Sabtu, 2 November 2019

[Hot] Ada dua pemimpin 'ngok ngek' dalam PKR tidak sukakan saya, mereka tidak relevan, adakah Anwar mengata Azmin dan Zuraida?

Lain macam nada Anwar Ibrahim kali ini, dengan bermuka agak keruh dan masam, mengatakan ada dua 'ngok ngek' yang tidak relevan dalam PKR, agaknya Anwar nak tujukan kepada siapa agaknya?

Kita sedia tahu, pemimpin Pro Azmin sememangnya tidak mahu Anwar mengantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri dijangka tahun hadapan.


Gambar - MSN.com

Hubungan keruh antara pro Azmin dan Anwar sudah tidak mampu disorok lagi, Anwar seboleh-boleh inginkan jawatan Perdana Menteri yang diidamkan sejak 20 tahun dahulu. Adakah bakal digagalkan oleh team pro-Azmin?


Ngok ngek itu ditujukan kepada Azmin dan Zuraida sebenarnya. Retak yang tidak boleh diperbaiki, hanya menunggu rebah, kalau Anwar sah menjadi Perdana Menteri, jawatan kedua pemimpin PKR sekarang itu sudah pasti akan tinggal kenangan.

Satu dua 'ngok ngek' dalam PKR sudah tak relevan - Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim memberitahu anggota parti itu agar mengabaikan segeintir pihak dalam parti itu yang disifatkan sudah tidak relevan.

Berucap pada Konvensyen PKR Wilayah Persekutuan hari ini, Anwar berkata parti itu sebaliknya perlu menumpukan kepada agenda rakyat.

"Tumpu kepada agenda rakyat, satu dua ni ngok-ngek ngok-ngek ni biarlah, not relevant," katanya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, beliau dipercayai merujuk kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya.

Menyentuh konvensyen di empat negeri di Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan yang dihadirinya, Anwar merumuskan beliau mendapat 90 peratus sokongan akar umbi.


"Di Johor semalam semua cabang hadir, saya ke Pulau Pinang, Sabah, sambutan baik.

"Mana boleh (Sokongan) 100 percent, you ketua cabang, you pun tak 100 percent sokong, samalah saya presiden," katanya diiringi tepukan.

"Adakah ini satu masalah? Kamu ada 90 peratus sokongan (ahli akar umbi) parti dan pimpinan. Jadi sebab itu saya nak minta 90 percent tetapkan suara rakyat, suara Keadilan (PKR)," katanya.

Tanpa menyebutkan nama, Anwar juga mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak lupa bahawa mereka dikenali dalam politik disebabkan PKR.


Pada sidang media kemudiannya, Anwar menjelaskan bahawa beliau hanya membuat peringatan itu secara umum kepada semua pemimpin parti. Malaysiakini


[PRK Tanjung Piai] Peluang BN cerah, tetapi....

PRK Tanjung Piai sudah membuka gelanggang pertarungannya, seramai 6 calon mewakili parti masing-masing (termasuk Bebas) bakal menentukan siapakah jaguh di daerah paling selatan Semenanjung Malaysia.

Adakah PH akan mempertahankan kerusi panas ini? BN pula akan memberi tentangan sengit, manakala parti yang lain dikatakan hanya untuk pecahkan undi.



Calon PH dikatakan juga mempunyai aura paling hebat (kononnya) kerana rakyat Tanjung Piai sudah mengenali beliau kerana orang tempatan?

Calon BN sebagai lawan sebenar PH, sebelum ini hanya kalah dalam 500 undi sahaja.

Kita sebagai rakyat hanya menjadi pemerhati, kalau PH kalah kali ini, imej Mahathir tercalar teruk, manakala kemenangan BN akan melonjakkan gabungan Muafakat Nasional yang baru ditandatangani antara PAS dan UMNO serta parti-parti gabungan yang lain.


Penamaan calon pilihan raya kecil Tanjung Piai berlangsung pagi ini dengan penganalisis politik berpandangan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang lebih cerah berbanding Pakatan Harapan (PH), perkembangan yang mendapat perhatian dalam dan luar negara.

Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia berkata, BN berpotensi untuk merampas balik kerusi itu walaupun mengekalkan calon MCA yang dilihat kurang mesra PAS di kerusi majoriti Melayu.

Kamarul Zaman Yusoff.
“Faktor PAS tidak besar di Tanjung Piai, jadi isu seperti penentangan calon BN, Wee Jeck Seng ke atas RUU 355 tidak memberi impak besar ke atas pola pengundian,” katanya kepada FMT merujuk kepada rang undang-undang bagi menambah kuantum hukuman Mahkamah Syariah.


Setakat ini, lima parti menamakan hasrat masing-masing untuk turun gelanggang. Selain PH dan BN, Gerakan, bekas anggota komponen BN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan bebas mahu bertanding. FMT






Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...