Isnin, 11 November 2019

[Panas] Mahu minum arak di tempat awam tiada halangan kata Exco D4P

Agak terkejut, bila kenyataan begini bakal menjadi satu persoalan, adakah arak itu sudah tidak kisah untuk dihalang meminumnya di tempat awam?


Ini tidak melambangkang negeri yang makmur dicanang oleh Pakatan Harapan, ia tidak melambangkang negara ini agama rasminya adalah Islam.


Sepatutnya pemantauan lebih keras terhadap siapa yang minum arak di tempat awam, bayangkan ada yang selamba minum di taman awam, sambil mabuk-mabuk di tepi jalan.

Ini gila namanya, apa pihak KERAJAAN PAKATAN ini nak menjaga imej kaki minum sahaja? Jangan buat perkara bodoh, menjelekkan dan meloyakan rakyat.

Kalau rokok boleh didenda, arak pun sepatutnya kena juga.


Tiada larangan minum arak di tempat awam - Exco

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menetapkan tiada larangan untuk mana-mana individu meminum arak di kawasan awam.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, berkata perkara itu selaras dengan ketetapan Undang-Undang Kecil Taman (2005).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, individu yang meminum arak hingga mendatangkan kekecohan akan dikenakan tindakan tegas.

“Polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peminum arak itu sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengambil langkah menjalankan rondaan pemantauan di lokasi awam dan jika berlaku kacau ganggu akibat mabuk, mereka akan melaporkan terus kepada polis,” katanya ketika sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, Chua Wei Kiat (PKR-Rawang) meminta penerangan berhubung tindakan kerajaan Selangor dalam mengatasi kekecohan yang dilakukan peminum arak di kawasan awam.


Sze Han berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan pihak PBT mengambil inisiatif memasang papan tanda peringatan bagi melarang meminum minuman keras di kawasan awam bagi menjaga keselesaan dan ketenteraman pengunjung.

“Kerajaan juga menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual arak kepada pembeli di bawah 18 tahun.

“Kerajaan Selangor turut menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid , tokong, kuil, pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan,” katanya.


BH Online

[Bossku] Najib Razak diarah membela diri...

Bekas perdana menteri, Najib Razak, diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Gambar sumber Business Insider

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi kes tersebut.

Menurut Mohd Nazlan, Najib memainkan peranan dalam pinjaman SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2011.

Beliau juga mendapati bekas presiden Umno itu menggunakan dana sebanyak RM42 juta daripada SRC untuk kepentingan sendiri.
Jika didapati bersalah, Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda daripada nilai suapan.

Terdahulu pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahan pada 27 Ogos lalu selepas Najib mula dibicarakan 3 April.

Seramai 57 saksi dipanggil memberi kenyataan, termasuk bekas pengurus perhubungan awam AmBank Bhd, Joanna Yu, serta bekas menteri kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

Mohd Nazlan menetapkan 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Dis ini untuk Najib dibicarakan.

Pada hari pihak pendakwaan menggulung hujah mereka, Peguam Negara Tommy Thomas menawarkan seramai 66 saksi kepada pihak pembelaan.

Dari FB Nabeel Naqie

Hakim memutuskan Datuk Sri Najib Razak perlu dipanggil membela diri atas kesemua pertuduhan kes SRC.

Macam Nabeel cakap semalam, keputusan ini sudah dijangka walau kes pendakwaan rapuh.
Malaysia Baru memang penuh dengan kejutan seperti kes Guan Eng. 😜

Tapi apapun, Datuk Sri Najib Razak diberi 3 pilihan:

1) Memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

2) Memberi keterangan dengan tidak bersumpah di kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

3) Berdiam diri.

Datuk Sri Najib Razak memilih pilihan no 1 iaitu pilihan paling power dan anak jantan!

Boleh sapina sesiapa saja untuk datang ke mahkamah termasuk Zeti lahanat, Guan Eng dan sebagainya.

Terbuka untuk soal balas oleh pendakwaraya.

DSN sendiri kata tak sabar nak bela diri dan membentangkan cerita di pihak beliau.
Berani kerana benar!

Bukan macam Bang Non. Bang Non dulu ambik pilihan no 2. Serupa auw auw.
Takut kena bogel dengan pendakwaraya. 😝

Apapun, DSN masih tidak bersalah sehingga disabitkan. Memang bertahun-tahun le kes ni berjalan.

Walaupun dituduh kuda tunggangan D4P, Mat Sabu anggap tiada istilah kuda 'menguda' dalam Pakatan

Walau penafian yang Mat Sabu selaku Presiden Amanah, anggapan majoriti orang Islam terhadap Parti [email protected] sudah tidak boleh dielak, malah asal sebut parti kuali, orang akan pasti beranggapan jurucakap D4P yang setia.


Gambar sumber Facebook


Kalau isu berbangkit kepada orang Islam, kebanyakan pemimpin Pan, diam membisu, tetapi bila perihal D4P yang terang-terang banyak membuat masalah dari Pemimpinnya sendiri, Pan pasti menjadi pertahanan hadapan, (Kecuali isu L**E)

MELAKA: Presiden Amanah Mohamad Sabu menegaskan tiada perbuatan ‘kuda menguda’ atau memperguna antara satu sama lain dalam Pakatan Harapan (PH).

Mohamad yang juga menteri pertahanan berkata parti dalam PH iaitu PKR, DAP, PPBM dan Amanah mempunyai kerjasama erat dalam menyelesaikan pelbagai isu rakyat dan beliau yakin hubungan itu akan kekal kukuh sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Sebarang isu, termasuk berbeza pandangan kita selesai dalam mesyuarat, sama ada politik dalam Majlis Tertinggi PH atau kerajaan dalam Kabinet. Setelah dibincang, diambil keputusan dan bila perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad) umum, itu keputusan kita bersama.

“Tidak sukar (bekerjasama), cuma berbeza pandangan adalah perkara biasa yang akhirnya keputusan itu dibuat bersama.

“Saya yakin melalui kerjasama ini PH akan menang PRU15 nanti kerana kita memberi khidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari yang juga pengerusi Amanah negeri, Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin (ketua penerangan PKR) dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka Tey Kok Kiew (pengerusi DAP Melaka).

Ketika berucap merasmikan konvensyen itu, Mohamad menyeru rakyat supaya menyokong pakatan serta pemimpin yang mampu menjaga rakyat dengan baik tanpa mengira kaum.



Beliau juga mengingatkan rakyat, khususnya anggota parti Amanah supaya tidak mempercayai hasutan yang dimainkan pihak pembangkang, terutama yang berbaur perkauman.

FMT

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...