Sabtu, 16 November 2019

[PRK Tanjung Piai] PH diajar cukup-cukup oleh rakyat dengan kekalahan memalukan

Menurut laporan tidak rasmi, Barisan Nasional mampu menang majoriti besar, tidak dipastikan laporan itu bakal membuatkan kem PH terutama Bersatu tergamam sebentar.

PH kalah dengan keadaan yang sangat memalukan, menyedihkan, paling tidak boleh terima, semua peruntukan juta-juta diturunkan ke Tanjung Piai sebelum penamaan calon lagi.




Kenyataan Menteri, semuanya kebetulan, jadi fikir-fikirkan, ini adalah reforendum rakyat, kalau ada lagi PRK, mungkin akan ada sesuatu signal lebih kejam bakal berlaku (kecuali kerusi ramai orang cina)



PONTIAN – Pakatan Harapan (PH)  menyifatkan dapatan kajian sebuah portal kononnya Barisan Nasional (BN) mendahului Pakatan Harapan dengan majoriti besar hanyalah perang psikologi saat akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang berakhir 11.59 malam ini.

Timbalan Pengerusi PH,  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ramalan sebegini telah banyak kali berlaku dalam PRK lalu.
[8:16 PM, 11/16/2019] Khairul Shamlie: PONTIAN: Barisan Nasional (BN) sedang mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan majoriti lebih 10,000 undi setakat ini, yang akan memberi laluan kepada calonnya, Wee Jeck Seng kembali menjadi ahli Parlimen di kerusi itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Wee setakat ini mendapat 16,957 undi berbanding calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini yang meraih 6,529 undi.


Empat calon lain, iaitu Wendy Subramaniam daripada Gerakan memperoleh 1,070 undi, manakala Badhrulhisham Abdul Aziz yang mewakili Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) mendapat 552 undi dan dua calon bebas, Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar memperoleh 207 dan 22 undi.

Ini adalah keputusan tidak rasmi bagi 87 daripada 128 peti undi yang dikira setakat ini. FMT

BN menang majoriti besar hanyalah perang psikologi, sebenarnya yang bakal menang adalah PH

PONTIAN – Pakatan Harapan (PH)  menyifatkan dapatan kajian sebuah portal kononnya Barisan Nasional (BN) mendahului Pakatan Harapan dengan majoriti besar hanyalah perang psikologi saat akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang berakhir 11.59 malam ini.

Timbalan Pengerusi PH,  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ramalan sebegini telah banyak kali berlaku dalam PRK lalu.


Tetapi katanya, kajian PH menerusi badan think tank yang dilantik pihaknya pula mendapati PH mendahului BN di Tanjung Piai setakat hari ini.

“Itu perang psikologi, saya banyak lalui PRK, ramalan sebegini yang memihak satu pihak menang sebab ada keadaan yang mana mungkin secara ‘survey’ biasa susah hendak baca sikap pengundi.

“Kita dapati setengah kawasan di kawasan hitam yang mana UMNO, BN kuat, mereka tak bersedia tunjuk sikap terbuka sebab mereka risau takut akan timbul mungkin berbagai reaksi tak baik untuk mereka, jadi dia buat kajian ‘random'(rawak).Saya tak mahu salah tafsir, sebab ramai soal selidik cara begitu.

“Kami sendiri lakukan kajian soal selidik menerusi badan think tank yang dilantik PH dan mereka kata kami dahului setakat hari ini, berapa peratus itu kami tidak perlu maklumkan kerana bagi kami trend mutakhir ini kritikal, last 24 jam ini dan esok sangat penting,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH petang ini.

Tambah Muhyiddin, pihaknya sedang menjalankan kerja-kerja yang patut dan tidak mengambil mudah situasi berkenaan PRK.

Menurutnya  PH hanya akan berpuas hati sekiranya peratusan keluar mengundi menunjukkan peningkatan.

“Selagi mereka (pengundi) tak keluar dan mengundi, kami tak puas hati sebab kami hendak lihat ada trend meningkat dari segi peratusan keluar mengundi.

“Soal kehadiran pengundi patut lebih baik ekoran tinjauan kami mendapati terdapat kecenderungan untuk pengundi balik mengundi termasuk yang ada di luar,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...