Selasa, 19 November 2019

[Gempar] Hidung Tun M berdarah, sidang media diberhentikan serta merta

KUALA LUMPUR, Nov 19 — Sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada pagi ini dihentikan serta-merta apabila hidung beliau mula berdarah.


Kejadian berlaku apabila Tun Dr Mahathir sedang menjawab soalan wartawan selepas perasmian MPOB International Palm Oil Congree and Exhibition (Pipoc) 2019. Tun Dr Mahathir kelihatan mengelap hidung beliau dengan saputangan, dan tertampak kesan merah.

Pengiring Perdana Menteri dengan serta-merta menghentikan sidang media tersebut dan mengiringi beliau keluar.

.Sumber memberitahu Perdana Menteri dibawa bagi mendapatkan rawatan perubatan segera. – The Sentral

Kereta terbang akan menjadi kenyataan Khamis ini, Menteri sendiri akan uji kereta terbang tersebut

Akhirnya kita patut berbangga, kerana kereta terbang bakal menjadi kenyataan, tidak dipastikan bagaimana rupa bentuk kereta terbang yang dicanang oleh Menteri gila nak terbang ini.

Sejak tahun lepas ideanya nak sangat kereta terbang direalisasikan, mungkin betul-betul nak tengok suasana moden dan khayalan itu menjadi kenyataan.


Tetapi, persoalannya, kereta terbang teknologi mana yang bakal Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof gunakan? Ambil terus kereta terbang yang dibuat dari China dan hanya tukar logo atau memang teknologi tempatan yang telah diuji dengan jayanya dan teknologi itu mampu buat kereta itu terbang?


Penulis pun tidak pasti, kita tunggu sahaja pada khamis ini, kalau boleh terbang, kita sebagai rakyat Malaysia mesti berbangga, kita tidak akan menghadap jem lagi lepas ini, terutama di Lembah Klang.

Terbaik Menteri, bukan kaleng-kaleng idea kamu.

Menteri pandu uji sendiri kereta terbang Khamis ini


KUALA LUMPUR – Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali, Khamis ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Malah beliau sendiri akan melakukan sendiri pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Menurutnya, ia akan dilakukan di Subang dan turut mengundang beberapa ahli parlimen pembangkang bagi menyaksikan sendiri sesi pandu uji tersebut.




“Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat hari ini.

Ia juga menarik perhatian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan bergurau kerana beliau tidak diundang menyertai sesi yang sama.


Mohd. Redzuan kemudian menjemput Mohamad Ariff dan berkata ia akan diadakan selepas pukul 2 petang di Subang.

Mengikut laporan terdahulu, kereta terbang dikenali sebagai ‘Vector’ itu adalah dron yang dikuasakan oleh empat motor menggunakan bateri litium-ion dan boleh menampung beban antara 150 hingga 200 kilogram.

Sebelum itu, kereta terbang menjadi modal pembangkang dan beberapa pemimpin kerajaan juga yang mengkritik usaha Mohd. Redzuan.- MalaysiaGazette

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.

Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.

Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.



Selain ahli parlimen BN, ahli parlimen PKR turut hadir.

Sumber berkata sekurang-kurangnya 22 ahli parlimen BN dan lima ahli parlimen PKR hadir perjumpaan itu.

Wartawan Malaysiakini yang tiba di lokasi mengesahkan melihat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak).

Ketika ditemui, Zuraida sekadar melambai kepada wartawan tanpa memberi sebarang ulasan. Ahli Parlimen BN yang lain yang meninggalkan kawasan itu turut enggan memberi ulasan.

Salah seorang ahli parlimen BN dilihat berjalan keluar dari kawasan itu ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor.

Apabila ditanya mengenai pertemuan itu, dia hanya berkata: "Tak ada apa. Saya datang sebab rumah saya dekat saja."

Malaysiakini juga melihat kenderaan Ahli Parlimen Umno Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran).

Ismail, yang ditemui pula sekadar berkata: "Ia(isi perjumpaan) hanya antara ahli parlimen dan menteri".

Van katering merupakan kenderaan meninggalkan kawasan kediaman itu pada tengah malam ini.

Azmin melihat wartawan berkumpul di luar rumahnya tetapi tidak bertemu dengan mereka dan sebaliknya terus masuk dalam rumah.

Perjumpaan antara Azmin dan pemimpin BN ini berlangsung dua hari selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Beberapa pemimpin PH menyalahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas kekalahan itu dan mencadangkan agar beliau menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Azmin hari ini tampil menyokong Dr Mahathir dan menyeru pemimpin serta ahli-ahli parti PH untuk bersamanya.

PKR ketika ini dilihat terpecah antara kem Azmin dan kem Anwar.

Pergeseran antara penyokong Azmin dan penyokong Anwar diteruskan lagi dengan isu terbaru berhubung pembatalan jemputan buat timbalan presiden PKR itu untuk merasmikan kongres Pemuda PKR (AMK).

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Azmin bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, yang juga Ahli Parlimen Sembrong, untuk mengumpul sokongan ahli parlimen bagi menyekat Anwar.

Perkembangan terbaru ini hadir ketika Dr Mahathir terus berteka-teki berhubung tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti dipersetujui PH sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Malaysiakini

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...