Khamis, 23 Januari 2020

Bila kerajaan nak buat undang-undang ketat terhadap pemandu mabuk? Ramai sudah jadi mangsa ni

Menurut catitan, dalam sebulan, mesti ada kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk, sudahlah langgar mangsa yang tak bersalah, masalahnya yang dilanggar itu orang tidak tahu apa-apa, meninggal dengan sia-sia sahaja kalau begini.

Yang menjadi kemarahan nitizen, mengapa tiada undang-undang ketat terhadap pemabuk bangsat ini, sudahlah melanggar orang sesuka hati, sudahnya bebas dan pemabuk pula yang nampak jadi mangsa.

Gila apa semua ini.

Ok disini cerita perihal pemandu pemabuk yang lahanat


Kes pemandu mabuk melanggar pengguna jalan raya yang lain, bagaikan sudah tiada jalan penyelesaian untuk perkara ini. Bertambah memeritkan, kebanyakan mangsa yang dilanggar pastinya cedera parah ataupun lebih sayu, nyawa mereka ini turut melayang.

Satu lagi kes yang berlaku di Melaka, sepasang suami isteri dikatakan telah dirempuh oleh seorang pemandu mabuk ketika mereka berdua sedang menunggang motor.

“Memusnahkan kehidupan orang lain…”
Menerusi Melaka Kini, kejadian ini dipercayai telah berlaku di Ketapang, Melaka pada hari sabtu lalu (17 Januari 2020). Rempuhan tersebut telah menyebabkan suami mangsa mengalami patah kaki yang teruk dan juga isterinya, mengalami kecederaan yang parah.

Baca selanjutnya https://ohmymedia.cc/dakwa-dilanggar-pemandu-mabuk-jururawat-kritikal-meninggal-dunia/

Terbaru berlaku di Jalan Kebun, sudahlah orang nak pergi kerja, pemandu mabuk stanik boleh pula kau langgar orang tak bersalah sampai ada yang meninggal dunia, keparat betul.

Mana keadilan untuk mangsa yang tidak tahu apa-apa ni? Kepada Menteri Pengangkutan, sila ambil perhatian perihal ini.

Kepada Menteri Kesihatan, jangan nak garang dengan perokok sahaja, buatlah sesuatu untuk mengajar pemabuk-pemabuk ini dari membuat onar lagi.

Yang jadi mangsa orang kita juga, orang tidak bersalah.


Kemalangan jalan raya merupakan antara perkara yang tidak dapat dielakkan. Lebih menyedihkan apabila mangsa yang terlibat mengalami kecederaan parah atau pun meninggal dunia.

Seorang meninggal dunia serta merta
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fauzi Aziz, dia telah memuat naik keadaan satu kemalangan yang berlaku di kawasan Jalan Kebun melibatkan beberapa buah kenderaan.

https://ohmymedia.cc/pemandu-mabuk-sauk-penunggang-motosikal-pergi-kerja-hingga-maut/?fbclid=IwAR3cbQ-hxKYxnE7y04oGc9fM5w5eoexZjwI0IYiWjmeGPTMUzhdteQCGrEo





Khairuddin otak udangkan ngo pro Anwar yang tidak faham perlembagaan

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) tidak boleh menentukan turun atau naiknya Perdana Menteri sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, hanya ahli-ahli Parlimen sahaja dan perkenan pihak Istana boleh menentukan kedudukan Perdana Menteri.



“Mereka adalah kalangan ‘otak udang’ yang tak faham Perlembagaan!! Persatuan dan NGO tidak boleh tentukan seseorang perdana menteri itu naik atau turun!

“Yang hanya boleh tentukan kedudukan Perdana Menteri adalah seramai 222 ahli-ahli Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) !” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Otai Reformis semalam yang akan memberi tekanan kepada Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum atau pada Mei 2020.


[12:36 AM, 1/23/2020] Khairul Shamlie: Otai Reformis juga tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalanan sekiranya Dr Mahathir masih gagal menyerahkan kuasanya kepada Presiden PKR itu.

Dalam pada itu, Khairuddin juga membidas pendirian NGO itu kerana didakwa tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan.

“Saya cabar semua para penyokong Anwar Ibrahim untuk bawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir di sesi pembukaan persidangan Parlimen akan datang!

“Jangan cakap banyak! Sekiranya mereka mempunyai cukup sokongan selepas itu maklum pada YDPA untuk mendapatkan perkenan bagi penggantian Perdana Menteri baru!” katanya.


Menurutnya, tindakan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu bercanggah dengan hukum Islam.

“Tolonglah jangan lantik ‘kaki peliwat’ untuk menjawat jawatan tersebut kerana ianya bercanggah dengan ajaran agama Islam!

“Anwar ibrahim sudah tidak relevan lagi! Dia sendiri pun sedar pengaruhnya di peringkat akar umbi sudah terhakis!!


“Golongan bangang ini sepatutnya duduk di rumah dan banyak istifar saja! Mereka sudah tidak relevan lagi!” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Rabu, 22 Januari 2020

PSS dibatalkan, Shafie akan maklumkan kepada KDN

KOTA KINABALU: Pas Sementara Sabah (PSS) yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada pemimpin politik dan rakyat keseluruhannya tidak akan dilaksanakan.



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan pembatalan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini.


Katanya, keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat, kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada KDN,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.


Shafie berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat reaksi rakyat yang menolak PSS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Sumber

https://www.borneotoday.net/pss-dibatalkan-shafie-akan-maklumkan-pada-kdn/

Ramasamy, naib presiden PKR pula kecam Syed Saddiq

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mengecam Syed Saddiq Abdul Rahman kerana mengkritik beliau dan beberapa pemimpin PH lain kerana tak habis-habis bercakap mengenai isu peralihan kuasa.

Tanpa selindung, beliau berkata Ketua Pemuda PH sepatutnya "merapatkan jurang" dan tidak mempersoalkan hak demokratik mereka untuk meminta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menghormati perjanjian menyerahkan kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.



"Tiada siapa pun yang memaksa Mahathir untuk undur diri sekaligus, tetapi mahu beliau menetapkan tarikh penyerahan kuasa kepada kepimpinan berikutnya iaitu Anwar," kata Ramasamy dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Adun DAP, perjanjian PH sebelum pilihan raya umum lalu adalah untuk Dr Mahathir menjadi perdana menteri sementara selama dua tahun.


"Tetapi malangnya, sehingga ke hari ini, Majlis Presiden PH masih belum menetapkan tarikh peralihan kuasa. Sekarang ini siapa yang salah?" Soalnya.

Ramasamy berkata suatu tarikh perlu ditetapkan walaupun Mahathir mahu melepaskan jawatan selepas sidang kemuncak negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November.

"Apa yang salah dalam menentukan tarikh muktamad bagi peralihan kuasa?

"Saya yakin Mahathir tidak mempunyai masalah dengan ini, tetapi Syed Saddiq seolah-olah tekinja-kinja untuk mendapat perhatian daripada Mahathir," katanya lagi.


Ramasamy juga tidak bersetuju dengan Syed Saddiq yang berkata gesaan tarikh penggantian kepimpinan akan menyebabkan ketidakstabilan atau menghalang kemampuan Mahathir untuk mentadbir negara.

"Jika Syed Saddiq percaya kepada demokrasi, beliau mesti menghormati hak untuk berbeza pendapat," katanya.

Beliau juga berkata mustahil PH dapat menang PRU14 tanpa gerakan reformasi yang dicetuskan Anwar dua dekad dahulu.


"Saya fikir Syed Saddiq hanyalah pendatang baru untuk memahami dan menghayati dinamik politik era reformasi, apalagi memahami konteks di mana Mahathir dijadikan perdana menteri sementara.

Baca sambungannya https://www.malaysiakini.com/news/507947

Syed Saddiq hentam pemimpin DAP, PKR pro-Anwar

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghentam beberapa pemimpin Pakatan Harapan kerana “tidak habis-habis” menggesa Dr Mahathir Mohamad berundur dan membuka laluan kepada Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda PPBM itu menamakan 9 pemimpin PH daripada PKR dan DAP, yang dituduh membelakangkan konsensus yang membenarkan Mahathir mengetuai kerajaan.


Ini termasuk Ramkarpal Singh dari DAP, P Ramasamy dan Ronnie Liu, serta penyokong Anwar dalam PKR seperti Syed Husin Ali, Johari Abdul, Abdullah Sani, Akmal Nasir, Rafizi Ramli, dan Syukri Razab.

“Tidak sampai 2-3 tahun Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri, mereka sudah mendesak Mahathir meletakkan jawatan.



“Bagaimana Mahathir ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang oleh mereka yang dianggap sebagai sekutu Anwar?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saddiq berkata tindakan mereka boleh dianggap tidak mengutamakan kepentingan negara.

“Perbaiki keadaan parti kamu! Berhenti tuntut perdana menteri yang dipilih secara demokrasi letak jawatan dan sila hormati konsensus PH!” katanya.

Mahathir baru-baru ini didesak mengumumkan tarikh khusus penyerahan kuasa kepada Anwar, seperti yang dipersetujui pemimpin PH sebelum pilihan raya umum 2018.


Beliau yang menjadi perdana menteri susulan kemenangan PH pada pilihan raya umum 2018 berulang kali berkata akan mengotakan janji itu selepas kira-kira 2 tahun.

Mahathir baru-baru ini mencadangkan penyerahan kuasa mungkin akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Kuala Lumpur pada November. FMT

[Gaduh Sudah] Pemimpin DAP bidas Syed Saddiq hentam pemimpin PH gesa Dr M berundur

GEORGE TOWN: P Ramasamy DAP hari ini membidas Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman kerana “menamakan dan memalukan” beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang menggesa peralihan kuasa perdana menteri.

Ramasamy berkata wakil PH hanya meminta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberikan tarikh yang tepat untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai peralihan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.



Terdahulu, Syed Saddiq menghentam mereka yang “tidak habis-habis” menggesa Dr Mahathir berundur dengan menamakan Ramasamy dan 8 yang lain dari DAP dan PKR.

Ramasamy memberitahu Syed Saddiq bahawa tiada pemimpin seorang pun PH memaksa Mahathir meletak jawatan, malah negarawan veteran itu tidak keberatan jika rakan-rakan pemimpin meminta tarikh yang tepat untuk peralihan itu.

“Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan menyokong Mahathir. Perubahan rejim yang penting pada 2018 tidak mungkin berlaku tanpa pergerakan reformasi yang dinyalakan oleh Anwar.


“Tanpa PKR dan DAP menyertai pasukan, tidak ada cara BN boleh ditumbangkan secara politik. Tetapi selepas kalah dalam 5 pilihan raya kecil, terdapat keperluan untuk menyelesaikan isu peralihan.

“Untuk pemimpin PH yang bertanya tentang tarikh peralihan kini tidak menyebabkan ketidakstabilan atau malah menjejaskan Mahathir dalam menjalankan tugasnya sebagai PM.

“Jika Mahathir mahu menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Pasifik pada November, tarikhnya perlu ditetapkan,” kata timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu.

Ramasamy mengingatkan Syed Saddiq bahawa konsensus PH sebelum pilihan raya 2018 adalah Mahathir menjadi perdana menteri sementara selama “kira-kira 2 tahun” sebelum menyerahkan kuasa kepada Anwar.


Beliau berkata serangan Syed Saddiq terhadap pemimpin PH iaitu daripada seorang “ahli politik baru” adalah dijangka. Beliau mengingatkan menteri muda itu menghormati hak untuk menentang jika beliau percaya kepada demokrasi.

“Saya rasa Saddiq keterlaluan sebagai pendatang baru untuk memahami dan menghargai dinamika politik era reformasi, apalagi memahami konteks di mana Mahathir dijadikan perdana menteri sementara.


“Syed Saddiq sepatutnya menutup jurangnya daripada mempersoalkan hak demokratik PKR dan pemimpin DAP untuk meminta PM menghormati perjanjian peralihan.

“Bagaimanapun, siapa dia untuk beritahu saya tentang apa yang boleh dan yang tidak boleh saya katakan?”

FMT

Selasa, 21 Januari 2020

PH mampu elak jadi kerajaan sepenggal – Ramkarpal

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin menjadi kerajaan sepenggal jika perbalahan antara parti dalam gabungan itu berterusan merupakan peringatan dilakukan tepat pada masanya.


Pengerusi Biro Perundangan Nasional DAP, Ramkarpal Singh berkata, kelangsungan hidup PH perlu menjadi keutamaan dan perikatan parti politik itu mampu mengharungi kemerosotan sokongan dalam gabungan ini.

Foto - The Star

“Perlu mempunyai iltizam politik untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan dan menangani semua masalah  hubungan kaum yang semakin pudar secara serius,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh tentang kemerosotan sokongan, menurut Ramkarpal, sebagai ketua kerajaan, Perdana Menteri perlu bertanggungjawab bukan hanya ke atas kekalahan di Kimanis pada hujung minggu lalu.

Malah, tambah beliau, Tun Dr. Mahathir juga perlu  bertanggungjawab terhadap empat kekalahan pilihan raya sebelum itu, khususnya kemerosotan sokongan yang diterima PH sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.


“Tidak dinafikan, pelbagai isu tempatan yang dimanipulasi oleh pembangkang seperti Pas Sementara Sabah (PSS) mungkin menjadi faktor penyumbang kepada kekalahan parti Warisan namun adalah naif untuk memikirkan bahawa ia merupakan faktor tunggal,” ujarnya.

Sementara itu, Ramkarpal berkata, kenyataan Dr. Mahathir bahawa beliau bersikap terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja selagi ia bukannya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggambarkan bahawa PH mungkin bekerjasama dengan UMNO dan pihak-pihak yang kalah pada PRU14


Katanya, kenyataan itu jelas tidak memberi inspirasi keyakinan terhadap komitmen PH untuk melaksanakan pembaharuan dengan platformnya diperolehi melalui pencapaian yang mustahil dilakukan pada PRU14 dengan dengan menewaskan Barisan Nasinal selepas 61 tahun ia berkuasa.

Walaupun Ramkarpal bersetuju perbalahan dalam PH perlu dihentikan, isu lain perlu diutarakan dengan segera seperti peralihan kuasa dilakukan secara lancar dari Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menggariskan jangka masa seperti yang dijanjikan pada PRU14.


Katanya, suka atau tidak, isu ini telah mewujudkan tekanan dalam PH dan boleh memusnahkan pakatan itu jika ia tidak ditangani segera.

“Jika kita mula melakukannya sekarang, saya yakin PH tidak akan menjadi kerajaan sepenggal,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada sebab untuk PAS diterima masuk PH sebagai sekutu baharu kata Saifuddin

KAJANG – Tidak perlu untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa masuk Pas sebagai sekutu yang baharu.

Demikian pandangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung desas desus bahawa wujud gerakan seumpana itu, bagi membawa membawa masuk Pas dalam kerajaan, baru-baru ini.

Foto - Malay Mail

Menurut Setiausaha Agung PKR itu, tidak ada sebab dan alasan yang kukuh untuk gabungan lima parti, PKR-Bersatu-Amanah-DAP dan Parti Warisan Sabah (Warisan) menerima Pas kerana PH merupakan satu gabungan yang kukuh.

“Walaupun ada idea dan percubaan untuk memasukkan Pas dalam gabungan ini, ianya mesti berasaskan kepada prinsip konsensus dan bukannya majoriti.

“Saya tengok buat masa sekarang ia kekal sebagai khabar angin politik biasa dan tidak nampak sebab dan alasan untuk PH menerima keanggotaan Pas,” katanya selepas pra pelancaran Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Program Food Bank Malaysia di Pusat Pengagihan Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, Kajang, hari ini.

Saifuddin berkata demikan ketika ditanya media mengenai dakwaan wujudnya gerakan atau rancangan untuk membawa Pas menyertai kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tiada faktor besar yang memerlukan kerajaan membuat keputusan sedemikian biarpun negara menyaksikan beberapa siri kekalahan PH pada pilihan raya kecil (PRK) lepas.

Menurutnya, kemenangan BN itu tidak dianggap pelik kerana menyifatkan kawasan dimenangi parti lawan itu sebagai kawasan kubu kuat BN.

Saifuddin turut percaya gabungan PH yang dibina atas dasar hormat dan percaya itu tidak akan mengkhianati persetujuan yang telah dicapai sebelum PH menguasai Putrajaya, dua tahun lalu.

“PH adalah gabungan yang bersandarkan kepada rasa hormat dan percaya. Ia adalah gabungan politik berdasarkan kepada pegangan itu. Sekarang PH masih bersatu dan tidak mahu menerima Pas sebagai rakan sekutu,” jelas beliau lagi.

Laporan media semalam mendakwa Pas mungkin diberi peranan dalam Putrajaya untuk menarik sokongan rakyat kepada kerajaan diterajui PH ketika ini.

Ia berdasarkan menularan sekeping gambar yang menyaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dua minggu lalu.

Dr Mahathir semalam di Langkawi menjelaskan beberapa siri pertemuan antara beliau dengan Abdul Hadi merupakan perkara biasa.

Malah beliau berkata, dirinya sentiasa terbuka dalam membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas jika perkara itu memberi banyak manfaat kepada negara. – MalaysiaGazette

Papan iklan Maszlee diturunkan, digantikan

PETALING JAYA: Sebuah papan iklan di Lebuh Raya Persekutuan memaparkan gambar bekas menteri pendidikan Maszlee Malik sudah diturunkan dan digantikan.


Jurucakap agensi pengiklanan papan iklan itu memberitahu FMT bahawa kontrak itu hanyalah sehingga 31 Dis tahun lepas.

Foto - FMT


Papan iklan itu, dikatakan berkos RM150,000, boleh dilihat apabila menuju ke Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu menara papan iklan setiang itu menelan kos RM150,000 bagi tempoh 3 bulan atau RM500,000 untuk setahun. Ini kerana kedudukan papan iklan sepanjang Lebuh Raya Persekutuan dianggap kawasan emas.

Papan iklan Maszlee mengundang kritikan daripada ahli majlis tertinggi PPBM, A Kadir Jasin, penasihat media kepada perdana menteri.

Kadir berkata kerajaan mengenai rakyatnya dan bukannya menteri yang berusaha membina personaliti.

“Lebih baik mempromosikan agenda kerajaan daripada wajah menteri,” katanya di Facebook pada Disember.


Maszlee mengumumkan peletakan jawatan pada 2 Jan, kira-kira 20 bulan selepas dilantik sebagai menteri pendidikan. Katanya keputusan itu berdasarkan nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa kontroversi berkaitan pendidikan meletus semasa beliau berkhidmat, dengan pengkritik menyeru beliau dikeluarkan daripada Kabinet.


FMT

Isnin, 20 Januari 2020

PH boleh jadi kerajaan sepenggal, kata Dr M

LANGKAWI: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata gabungan pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak melakukan beberapa perubahan.

Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir menewaskan gabungan Barisan Nasional yang sudah lama memerintah pada Mei 2018 atas janji reformasi dan perasaan meluat yang meluas terhadap rasuah.


Foto - FMT


Mahathir bergabung dengan bekas seterunya, termasuk Anwar Ibrahim, bagi menubuhkan gabungan yang menewaskan bekas perdana menteri Najib Razak.

Tetapi sejak itu gabungan itu sudah tewas pada 5 pilihan raya kecil, termasuk yang berlaku baru-baru ini pada Sabtu, dan tinjauan menunjukkan kemerosotan populariti dalam kalangan orang awam.

“Kita sudah tewas 5 pilihan raya kecil tetapi mereka masih tak faham,” kata Mahathir kepada pemberita di Langkawi.

“Saya sudah beritahu mereka dalam demokrasi anda perlukan sokongan kuat daripada rakyat, sebaliknya mereka bergaduh sesama sendiri dan memecah-belahkan rakyat…mereka tak akan menang kecuali ubah cara mereka,” katanya.

Pada 18 Jan, calon Barisan Nasional, Mohamad Alamin menewaskan calon sekutu PH, Karim Bujang dari Warisan, dengan majoriti selesa 2,029 undi.


Kekalahan itu merupakan yang ke-5 bagi PH di sebalik tinjauan pendapat menunjukkan populariti merosot dalam kalangan orang awam.

FMT

[Kerajaan Gabungan?] Susunan politik baru sedang dibentuk di Putrajaya?

KUALA LUMPUR: Pengaturan semula lanskap politik Malaysia secara besar-besaran, yang boleh mengangkat PAS ke kuasa persekutuan, mungkin sedang dirancang berikutan kemerosotan sokongan kepada pentadbiran 20 bulan Pakatan Harapan, FMT difahamkan.



Susunan baru itu, menjajarkan kumpulan-kumpulan politik yang bersepakat dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan pengaruh PAS di nusa teras Melayu di wilayah utara Semenanjung, akan mempunyai kesan buruk bagi DAP dan Anwar Ibrahim.

“Mahathir menunjukkan percaturan politik yang mantap bagi menggagalkan pertelingkahan dalaman PH dan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaannya,” kata sumber yang arif dengan rancangan-rancangan licik di Putrajaya kepada FMT.

Perkembangan ini disebalik jangkaan bahawa akan ada menteri dan timbalan menteri melepaskan jawatan secara sukarela, susulan peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendirikan pada 2 Jan.

Seorang pemberi maklumat yang bercakap dengan FMT menamakan seorang lagi menteri dari parti Mahathir, PPBM akan mengumumkan peletakan jawatan.

Dipercayai menteri itu mengetuai salah satu daripada 3 kementerian yang pada penilaian Mahathir menunjukkan prestasi yang lemah.

Pimpinan parti secara peribadi bercakap tentang kebarangkalian rombakan Kabinet selepas Tahun Baru Cina, khabar angin yang menyebabkan kerisauan dalam kalangan menteri.

Tetapi seorang ahli Parlimen pemerintah memberitahu FMT bahawa kekalahan Warisan pada pilihan raya kecil Kimanis pada Sabtu akan mendorong perdana menteri mempercepat penyusunan semula Kabinet.

Sebarang rombakan Kabinet akan menjadi yang pertama di era pasca-BN.

“Ramai menteri bekerja hingga lewat malam pada minggu-minggu terakhir 2019 bersama pereka grafik masing-masing untuk menyediakan laporan kementerian yang indah-indah, menyenaraikan pencapaian masing-masing sejak memegang jawatan pada 2018,” kata wakil rakyat itu.

“Menteri-menteri tiada pilihan selain menulis mereka sudah melakukan yang terbaik dengan harapan Mahathir tidak akan menyingkir mereka.”


Susunan baru?

Namun perhatian tertumpu kepada kemungkinan kebangkitan semula PAS, terutama kebarangkalian parti Islam itu diberi peranan dalam kerajaan persekutuan buat pertama kali dalam 4 dekad, menurut sumber.

Penjajaran PPBM dan PAS oleh Mahathir mungkin akan memunahkan harapan DAP untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan PH, tetapi pasti akan menghalang cita-cita Anwar, presiden PKR yang mahu menjadi perdana menteri.


PAS pernah menjadi sekutu penting bagi Anwar, dan sokongan parti Islam itu membolehkan beliau mengharungi masa-masa yang genting selepas pertikaiannya dengan Mahathir pada 1998.

Susunan baru Mahathir-PAS itu akan menarik sebahagian sokongan orang Melayu-Islam yang beliau perlukan untuk menuntut tampuk pemerintahan.

“Impian itu kini semakin sukar dicapai,” kata sumber FMT.

PAS meninggalkan kerajaan perpaduan Barisan Nasional pada 1977, dan selama beberapa dekad menjana sokongan secara bijak di nusa teras Melayu ketika ia menjadi mangsa kepada dasar-dasar Mahathir di awal-awal pemerintahannya.


Bagaimanapun, parti Islam itu mengisytiharkan sokongan padu kepada Mahathir sebagai perdana menteri kerajaan PH, berikrar akan menyokongnya kekal di jawatan itu sepenuh penggal (2018-2023) menghadapi suatu persefahaman di mana Anwar akan mengambil alih sebelum pilihan raya umum akan datang.

Kebangkitan semula parti itu sebagai kuasa di peringkat persekutuan akan menjadi pukulan mati buat DAP, pengkritik terkuat dasar-dasar Islam parti itu ketika bersekutu dalam Pakatan Rakyat.


Baca seterusnya https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/20/susunan-politik-baru-sedang-dibentuk-di-putrajaya/

Ahad, 19 Januari 2020

Tak timbul soal undi PH di Kimanis merosot kata Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali berkata tidak timbul soal kemerosotan undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, semalam.

Sebalikya, timbalan Presiden PKR itu berkata Pakatan Harapan memerlukan lebih banyak masa untuk meyakinkan rakyat Sabah mengenai program dan dasar kerajaan hari ini.


Foto -The Star

“Kita melihat sokongan di Kimanis tidak banyak berubah daripada apa yang berlaku pada pilihan raya yang lalu di mana calon yang sama mewakili Warisan mendapat undi yang hampir sama.


“Jadi, tidak timbul kemerosotan undi. Namun, oleh kerana ini adalah kawasan di luar bandar, kita perlukan masa untuk meyakinkan mereka bahawa usaha-usaha yang dijalankan ini adalah untuk merapatkan lagi jurang di antara bandar dan luar bandar dan usaha ini akan diteruskan oleh kerajaan pimpinan Warisan dengan kerjasama yang baik bersama kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan limau sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut hujung minggu ini di Pasar Pekan Ampang, Selangor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan BN menambah majoriti undi pada PRK Kimanis, semalam.

Hadir sama pada program tersebut adalah menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.


PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar, Anifah Aman bagi kerusi itu pada pilihan raya umum (PRU) 14, lepas.

Keputusan pengundian semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis selepas calonnya Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi, menewaskan pencabarnya Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sementara itu, mengulas kenapa beliau tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam, Azmin berkata beliau berada di Sabah.


“Saya berada di Kimanis,” katanya ringkas.

Manakala disoal apakah beliau akan hadir pada mesyuarat seterusnya, Azmin hanya menjawab "Insya-Allah."

Malaysiakini

Boleh mansuh tol jika tiada skandal 1MDB, kata Guan Eng

PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan boleh memansuhkan tol jika bukan kerana skandal 1MDB.

Beliau turut membidas kerajaan Barisan Nasional terdahulu lupa mereka pernah melanjutkan konsesi tol PLUS Malaysia Bhd.


Foto - The Malay Mail

Putrajaya memutuskan tidak menjual PLUS kepada sektor swasta dan ia kekal dengan 2 pemiliknya – Khazanah yang memiliki 51% kepentingan menerusi UEM Group serta baki 49% dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Konsesi PLUS yang sepatutnya tamat pada 2038, akan dilanjutkan 20 tahun lagi, tetapi kadar tol akan dikurangkan 18% mulai bulan depan dan tiada kenaikan untuk 30 tahun lagi.

Lim menjawab kritikan ke atas keputusan kerajaan itu dengan berkata, ini bukan kali pertama konsesi PLUS dilanjutkan kerana kerajaan BN pernah berbuat demikian dari 2018 ke 2038.

“Tetapi masa itu, tidak dikurangkan kadar tol, sebaliknya mereka naikkan kadar tol mengikut tempoh konsesi ataupun kekalkan kadar tol,” katanya selepas melancarkan Ops Selamat di Butterworth, Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina hari ini.

“Tapi kali ini bila kita lanjutkan konsesi PLUS sepanjang 20 tahun, tidak seperti kerajaan dahulu di mana mereka naikkan kadar tol. Kerajaan PH kurangkan kadar tol, bukan sekadar kekalkan, kurangkan sebanyak 18% untuk tempoh sepanjang konsesi.

“Bila mereka ini yang tak kurangkan kadar tol mengkritik kita yang kurangkan kadar tol, saya rasa ini tak kena pada tempatnya, mungkin mereka perlu tengok cermin sendiri.”


Lim berharap rakyat boleh memahami dan menghargai perbezaan antara keputusan 2 kerajaan.

“Ada orang yang cakap kenapa tak hapus? Cakap senang, cakap mudah, kalau bukan kerana 1MDB, tak jadi masalah. 1MDB makan perbelanjaan RM150 bilion, sungguhpun kita dapat balik RM47 bilion, tapi kita masih kurang RM103 bilion.

“Untuk hapuskan tol konsesi PLUS, kita perlukan RM45.2 bilion. Mana boleh cari 45.2 bilion bila RM103 bilion sudah hangus dikebas oleh skandal 1MDB.

“Kalau bukan kerana skandal ini, tentu ini dapat dilakukan.”

Katanya, perkara terbaik yang kerajaan boleh buat ketika ini ialah mengurangkan kadar tol.


“Mengapa dulu kerajaan BN tak boleh buat, kita sekarang boleh buat? Kerana dulu kerajaan BN mereka lebih jaga kepentingan syarikat swasta, bukan macam kerajaan PH, kita lebih jaga rakyat.”

Mengenai Pilihan Raya Kecil Kimanis yang dimenangi BN semalam, Lim berkata, beliau menghormati keputusan rakyat di kubu kuat BN itu yang kekal menyokong mereka.

Semua pihak, katanya, perlu bekerja keras untuk memenuhi jangkaan tinggi rakyat.

Tetapi, beliau percaya keputusan PRK tidak semestinya mencerminkan sokongan cara pengundian rakyat pada pilihan raya umum akan datang.


Katanya, beliau fikir rakyat masih akan memilih PH yang kurang korup dan lebih cekap berbanding pembangkang.

Semalam, calon BN, Mohamad Alamin dipilih sebagai ahli Parlimen Kimanis yang baru selepas menewaskan lawannya dari Warisan, Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi. FMT

Dakwaan ‘orang Maszlee’ kuasai jawatan jadi perhatian ketika Dr M ambil alih KPM

PETALING JAYA: Salah satu tugas pertama Dr Mahathir Mohamad apabila mengambil alih portfolio pendidikan daripada Maszlee Malik ialah menyemak semula jawatan utama di agensi pendidikan kerajaan dan institut pendidikan tinggi negara, kata sumber dalaman kementerian kepada FMT.


Ini berikutan kritikan ia diisi individu yang sebaris dengan pertubuhan Islam tertentu yang bekas menteri pendidikan itu pernah aktif.


FMT difahamkan ada kebimbangan berhubung pelantikan yang dibuat Maszlee, terutama sama ada lantikan tersebut benar-benar layak untuk jawatan terbabit.

Ini termasuklah jawatan naib canselor, yang merupakan ketua de facto di beberapa universiti awam, selain ketua agensi pendidikan dan pegawai kementerian.


Ada juga kebimbangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), badan kerajaan yang bertanggungjawab ke atas akreditasi program akademik di pusat pengajian tinggi, juga diketuai individu yang rapat dengan Maszlee.

Ini berikutan tempoh jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya Rahmah Mohamed tamat sehari sebelum Maszlee meletak jawatan dan tiada pengganti dinamakan.

“Oleh sebab Maszlee sudah letak jawatan, mungkin MQA akan terlepas daripada penempatan ‘orang Maszlee’ sebagai ketuanya, tetapi bukan begitu keadaannya dengan banyak jawatan utama akademik lain,” kata sumber.


Katanya, terdapat kebenaran berhubung dakwaan universiti dan agensi pendidikan diisi dengan individu “yang berkongsi inkubator politik-agama yang sama” dengan Maszlee.

Sumber merujuk kepada Pertubuhan Ikram Malaysia, sebuah pertubuhan Islam dengan jaringan di seluruh Malaysia, yang pandangan agamanya menyerupai Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam di negara Arab yang dilihat sebagai serpihan gerakan Salaf lebih progresif.

Salafisme merupakan nama lunak bagi Wahhabisme, doktrin yang melahirkan undang-undang keras dan menekan di Arab Saudi.


Sumber FMT

Warisan kalah mungkin kerana pengundi belum rasai kebaikan kerajaan, kata Dr M

ALOR SETAR: Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Warisan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam mungkin disebabkan pengundi setempat belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya, akan memahami dan merasai pemerintahan kerajaan hari ini lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.




“Segala yang kita lakukan mengambil masa, macam kita buat dasar baru untuk pertanian, kita tidak boleh buat hari ini esok sudah dapat hasil, kena ambil masa,” katanya pada Majlis Makan Malam Santai 2020 Parlimen Kuala Kedah dekat sini, malam tadi.


PH ialah rakan sekutu Warisan di Sabah bersama sebuah lagi parti tempatan, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

Mahathir yang juga pengerusi PH berkata, parti itu akan mengkai punca sebenar kekalahan itu dan pandangan rakyat Sabah terhadap pemerintahan kerajaan.


“Ya, kita akan tentukan apa sebabnya kita kalah. Kalah lebih teruk daripada dulu. Jadi kita nak tahulah kenapa, apa yang buat rakyat Sabah kecewa dengan pemerintahan kita ini.”

Katanya, parti juga perlu terus berdamping dan dekat dengan rakyat bagi mengetahui masalah mereka dan cuba membantu menyelesaikannya.

Mengenai keperluan jentera parti menerangkan dasar kerajaan susulan kekalahan PH dalam beberapa PRK lain sebelum ini, perdana menteri mengakui ada ketika parti gagal berhubung dengan rakyat untuk menerangkan perkara itu, selain menceritakan pencapaian kerajaan.

“Ya, kita dapati kadang-kadang kita tak pandai nak berhubung dengan rakyat. Nak menceritakan tentang apa yang telah kita lakukan, kejayaan yang telah kita capai,” katanya.


PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas menteri luar, Anifah Aman bagi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-14.

Keputusan pengundian semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis selepas calonnya Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi, menewaskan pencabarnya Karim Bujang, 67, daripada Warisan. FMT

Sabtu, 18 Januari 2020

Anwar: ‘Parah’ jika PH tidak ambil iktibar kekalahan di Kimanis

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengenai “keparahan” yang akan berlaku jika gabungan itu tidak mengambil iktibar daripada kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Kimanis hari ini.

Anwar berkata, kekalahan hari ini juga tidak seharusnya menjadikan seluruh pimpinan PH lemah semangat, sebaliknya harus bangkit untuk menangani “luka” yang dihadapi rakyat.



“Saya fikir bukan masanya hendak salahkan sesiapa, tetapi tindakan harus diambil. Kalau tidak dapat terima kenyataan ini, kesannya parah kerana nampaknya ia sudah menyeluruh ke seluruh negara.


“Tentunya ada kesan. Bila masalah berbangkit ia bukan sahaja tanggungjawab Dr Mahathir Mohamad, ia juga tanggungjawab saya bersama rakan-rakan pimpinan PH, untuk memikirkan langkah berkesan.

“Khususnya untuk memenangi hati rakyat yang nampak luka,” katanya sewaktu ditemui pemberita pada Sambutan Tahun Baru Cina di Port Dickson, hari ini.

Pada PRK Kimanis hari ini, calon BN Mohamad Alamin mendapat 12,706 undi mengalahkan calon Warisan Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi, dengan majoriti jelas sebanyak 2,029 undi.

BN merampas semula kerusi berkenaan setelah keputusan pilihan raya umum 2018 dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya berikutan satu petisyen difailkan oleh Karim yang kalah tipis ketika itu.


Dalam pada itu, ketika mengulas tindakan Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap naib presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin, Anwar berkata, semua ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menerima keputusan berkenaan.

“Semua ahli MPP tahu. Tidak ada masalah dalam mesyuarat tadi. Semua terima keputusan Lembaga Disiplin, dia (Zuraida) akan jawab dalam tempoh 2 minggu,” katanya.

FMT

Jumaat, 17 Januari 2020

Mujahid mahu pegawai kerajaan kata Ponggal haram diambil tindakan

NIBONG TEBAL – Datuk Seri Mujahid Yusof mahu tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai kerajaan yang mengeluarkan pekeliling mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ini kerana Jakim tidak pernah mengatakan adalah “haram” untuk menghadiri perayaan itu tetapi sebaliknya berkata, orang Islam dibenarkan mengambil bahagian dalam perayaan itu selagi akhlak Islam dipatuhi.



“Kami mendesak tindakan tegas diambil ke atas individu yang menulis surat tersebut dan kemudian menyalahkan Jakim kerana membuat keputusan itu. Kasihanilah saya dan Jakim,” katanya.

Surat yang dirujuk oleh Mujahid merupakan pekeliling Kementerian Pendidikan kepada semua pengetua sekolah yang dikeluarkan menjelang sambutan perayaan Ponggal.

Pekeliling bertarikh 13 Jan itu menyebut bahawa Jakim mengisytiharkan mengambil bahagian dalam ritus Ponggal adalah “haram”, terutamanya perbuatan mendidihkan susu, yang merupakan acara utama perayaan menuai masyarakat Tamil itu.

Ia ditulis oleh penolong pendaftar institusi pendidikan dan guru Adzman Talib.


Terdahulu Mujahid melancarkan program e-RPH untuk sekolah agama, termasuk aplikasi telefon bimbit untuk guru bagi membantu mereka menyampaikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

Beliau berkata, kerajaan merancang untuk menaikkan elaun semasa RM1,000 kepada guru sekolah agama sebanyak RM100 bergantung kepada kelulusan.- MalaysiaGazette

Pemimpin Umno curi dari rakyat tunggu giliran ke penjara, kata Azmin

BEAUFORT: Dua hari menjelang pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Kimanis, Mohamed Azmin Ali meminta pengundi memberi isyarat jelas dengan menolak parti yang “mencuri” daripada mereka.

“Hari ini pencuri dan perompak sedang berada di Kimanis,” kata Azmin kepada kira-kira 300 hadirin dalam sebuah ceramah di Kampung Pimping malam tadi.

Foto - The Star

“Bossku pun ada di sini malam ni…tak tahu malu punya orang,” katanya merujuk slogan “Malu Apa Bossku” yang dipopularkan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, pemimpin Umno termasuk Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi akan dipenjarakan dan mempersoalkan kesetiaan calon Barisan Nasional di PRK Kimanis, Mohamad Alamin.

“Kamu tak malu ke mewakili sebuah parti yang sudah rosak? Orang Semenanjung sudah tolak Umno. Umno sudah ditalkinkan.”

Alamin berdepan calon Warisan, Karim Bujang yang kalah tipis 156 undi kepada calon BN, Anifah Aman pada pilihan raya umum 2 tahun lalu.

Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi, memberi jaminan kepada orang Sabah yang Putrajaya mengutamakan negeri itu di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Katanya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sedar pembangunan tertumpu di kawasan seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pulau Pinang.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, Mahathir pernah memintanya berkongsi kekayaan Selangor dengan negeri lain.

“Saya datang dari Selangor. Selangor penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia. Kita menyumbang 23%. Perdana menteri panggil saya, (beliau berkata) Azmin cukuplah, Selangor dah kaya, bagilah negeri lain.

FMT

[Terbaik] Tiada salahguna kuasa berkaitan perolehan di bawah Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Tiada penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung tatacara perolehan bekalan dan perkhidmatan di Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.




Menurut kementerian itu, pihaknya sentiasa terbuka dan menyerahkan urusan siasatan dijalankan Suruhanjya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) atau pihak berkuasa lain.

“Proses pemilihan syarikat dalam urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan di kementerian ini dilaksnakan mengikut tatacara perolehan bekalan dan perkhidmatan sejajar dengan Arahan Perbendaharaan yang dikuatkuasakan Kementerian kewangan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Kementerian Belia dan Sukan di bawah kerajaan baharu menafikan bahawa ia berurusan dengan GK Sports and Recreation Sdn Bhd.


Menurutnya, tiada kontrak diberikan kepada syarikat tersebut.

Sebelum ini, kementerian itu didakwa memberi kontrak kepada Gk Sports and Recreations yang dikaitkan dengan salah seorang daripada 17 orang yang ditahan semasa serbuan anti-narkotik pada Ahad lalu. – Malaysiagazette

Khamis, 16 Januari 2020

Peningkatan pelaburan asing bukti reformasi Pakatan Harapan berjaya - Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Laporan media antarabangsa mengenai peningkatan pelaburan asing ke negara ini menunjukkan Reformasi Pakatan Harapan berjaya, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.


Menteri Pertahanan itu berkata, ia sekali gus membuktikan kepercayaan pelabur asing ke Malaysia kembali meningkat sejak kerajaan bertukar pentadbiran.

“Tahun 2020 ini, kerajaan akan bekerja dengan lebih keras lagi untuk memulihkan ekonomi negara agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Fokus ini tidak harus terganggu dengan isu-isu lain termasuk isu-isu perkauman dan agama yang sengaja dimainkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam artikel bertarikh 15 Januari itu, akhbar Straits Times melaporkan dana asing kembali memasuki negara ini, walaupun di sebalik ketidaktentuan politik sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran pada 2018.

Menurut laporan itu, bon yang dicatat memasuki pasaran negara ini bernilai RM20 bilion, melebihi dana RM11 bilion yang meninggalkan pasaran stok, dan beberapa penganalisis melihat ia sebagai tanda positif reformasi pentadbiran Pakatan Harapan.

Mohamad berkata, atas sebab itu, isu peralihan kuasa juga tidak harus terus-menerus dibangkitkan, kerana ia hanya akan menganggu tugas kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

“Biarlah Majlis Presiden PH yang menentukannya,” kata Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi. Astro Awani

Kimanis Memilih: Warisan diramal menang selesa - Ilham Centre

KIMANIS: Parti Warisan Sabah (Warisan) diramal menang selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini, sekali gus meranapkan status kubu kuat yang dipegang parti Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu.

Hasil kajian yang dijalankan badan pemikir Ilham Centre mendapati calonnya, Datuk Karim Bujang yang berkhidmat selama lima penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan mempunyai kelebihan dengan 57 peratus berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

Karim Bujang

Menurut ketua penyelidiknya Dr Muhd Yusri Ibrahim, hasil dapatan itu berdasarkan kajian yang dibuat membabitkan 491 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis.

“Kami jangkakan Warisan akan memenangi dengan keadaan yang agak selesa berbanding sebelum ini BN memenangi dengan 150 undi (pada Pilihan Raya Umum ke-14) lalu,” ujarnya.


Mengulas lanjut, beliau berkata faktor kemenangan parti Warisan dipengaruhi tiga pemboleh ubah utama iaitu Warisan sebagai parti pemerintah, faktor pengikut sedia ada, dan sentimen pengundi yang lebih menyokong parti tempatan.

“Yang pertama faktor Warisan itu adalah parti pemerintah yang kecenderungan pengundi untuk memberi undi kepada parti pemerintah adalah lebih tinggi berbanding parti BN sebagai pembangkang.

“Yang kedua adalah faktor pengikut-pengikut sedia ada daripada ADUN Membakut sendiri Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif yang keluar daripada BN masuk ke Bersatu.

"Jadi, mereka ada 6,500 pengundi yang asalnya menyokong Datuk Ariffin. Jadi, sebahagian besar itu mampu memberi undi kepada Warisan.


“Kemudian begitu juga pengundi Parti Harapan Sabah yang mempunyai 1,300 yang sebahagian besar juga akan memberi undi kepada Warisan.

“Kemudian sentimen pengundi di Kimanis ini lebih cenderung kepada lokal parti. Jadi, Warisan adalah parti tempatan di Sabah berbanding BN.

"Maka, kecenderungan pengundi kepada parti tempatan lebih tinggi berbanding parti yang dianggap sebagai parti Semenanjung,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Muhd Yusri memaklumkan hasil kajian juga mendapati isu pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) boleh menjadi ancaman kepada Warisan jika ia tidak ditangani dengan baik.

Berdasarkan kenyataan berasingan yang dikeluarkan Ilham Centre pada Rabu, sebanyak 62 peratus responden menyatakan mereka amat memahami mengenai PSS dan 38 peratus menyatakan sebaliknya.


Sementara itu, berkaitan persetujuan pelaksanaan, sebanyak 38 peratus responden menyokong, 30 peratus tidak pasti, dan 32 peratus membantah keras pelaksanaan PSS.

Isu-isu nasional pula tidak mendapat tempat dalam psikografi pengundi dengan menyaksikan sebanyak 87 peratus responden menyatakan isu-isu lokal dan kenegerian adalah perkiraan utama berbanding isu nasional.

Malah, jelas kajian itu lagi, isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga tidak mendapat perhatian responden kerana sukar difahami dan kompleks.


Ralat kajian tersebut dicatatkan sebanyak lima peratus dengan peratus keyakinan sebanyak 95 peratus.

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bongawan dan Membakut dengan jumlah 29,664 pemilih layak mengundi termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.


Pengundi itu terdiri daripada 14,800 lelaki dan 14,864 perempuan dengan DUN Bongawan mempunyai 16,273 orang manakala DUN Membakut dengan 13,391 orang. Astro Awani

Kes Dadah : Adhif Syan (Adun Dengkil) digantung jawatan Ketua Armada Selangor

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengesahkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah sebagai Ketua Armada Selangor digantung berkuat kuasa serta-merta.



Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Belia dan Sukan itu berkata Majlis Ketua Armada Nasional memutuskan penggantungan itu berterusan sehingga siasatan polis berkaitan kes dadah itu selesai.


“YB Tuan Adhif Syan Bin Abdullah digantung dari jawatan Ketua ARMADA Negeri Selangor dan jawatan tersebut akan dipangku oleh Sdr Anas Akashah Bin Nazri, Timb Ketua ARMADA Negeri Selangor,” kata Syed Saddiq dalam kenyataan itu.

Turut digantung jawatan ialah Penolong Setiausaha Armada Nasional Ahmad Redzuan Shafi, dan jawatan itu dipangku Exco Armada Nasional iaitu Anas Akashah Nazri.

Pada Isnin lepas, Adhif Syan, dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi.

Kesemua mereka ditahan pada jam 4.45 pagi di sebuah kondominium di Jalan Puchong.


Siasatan mendapati daripada 17 individu berkenaan, hanya seorang negatif dalam ujian dadah.

Astro Awani

Rabu, 15 Januari 2020

[Pulak] KPM kaji semula arahan memakai kasut hitam?

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kaji semula kasut hitam?

Itu arahan berdasarkan satu surat pekeliling KPM yang tular di media sosial hari ini.




Dalam pekeliling bertarikh semalam itu, Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Datuk Mohd Jamil Mohamed menerusi satu surat pekeliling berkata, kajian itu perlu diselesaikan sebelum atau pada Rabu depan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan peraturan yang diperkenal tahun lalu.

Kajian berkenaan akan mengambil kira dapatan daripada pihak sekolah.




KPM semasa Dr. Maszlee Malik menjadi menterinya telah memperkenalkan pelaksanaan peraturan berkenaan yang dikuatkuasakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan tahun lalu hingga tahun 2021. – MalaysiaGazette

Serai ganti straw cadang Pengerusi (KADA)

Penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.


Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa yang bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.


Foto - Harian Metro

Beliau berkata, penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

"Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.

"Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.

"Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban," katanya di Ladang Merdeka Senor, Pasir Mas, semalam.


Husam menyifatkan penggunaannya adalah dua dalam satu kerana lapisan luar saja dijadikan penyedut minuman manakala isi dalamnya dijadikan bahan masakan seperti biasa.

Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk kemukakan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.

"Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman adalah amat bagus kerana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik," katanya.

Harian Metro

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...