Ahad, 19 Januari 2020

Warisan kalah mungkin kerana pengundi belum rasai kebaikan kerajaan, kata Dr M

ALOR SETAR: Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Warisan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam mungkin disebabkan pengundi setempat belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya, akan memahami dan merasai pemerintahan kerajaan hari ini lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.




“Segala yang kita lakukan mengambil masa, macam kita buat dasar baru untuk pertanian, kita tidak boleh buat hari ini esok sudah dapat hasil, kena ambil masa,” katanya pada Majlis Makan Malam Santai 2020 Parlimen Kuala Kedah dekat sini, malam tadi.


PH ialah rakan sekutu Warisan di Sabah bersama sebuah lagi parti tempatan, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

Mahathir yang juga pengerusi PH berkata, parti itu akan mengkai punca sebenar kekalahan itu dan pandangan rakyat Sabah terhadap pemerintahan kerajaan.


“Ya, kita akan tentukan apa sebabnya kita kalah. Kalah lebih teruk daripada dulu. Jadi kita nak tahulah kenapa, apa yang buat rakyat Sabah kecewa dengan pemerintahan kita ini.”

Katanya, parti juga perlu terus berdamping dan dekat dengan rakyat bagi mengetahui masalah mereka dan cuba membantu menyelesaikannya.

Mengenai keperluan jentera parti menerangkan dasar kerajaan susulan kekalahan PH dalam beberapa PRK lain sebelum ini, perdana menteri mengakui ada ketika parti gagal berhubung dengan rakyat untuk menerangkan perkara itu, selain menceritakan pencapaian kerajaan.

“Ya, kita dapati kadang-kadang kita tak pandai nak berhubung dengan rakyat. Nak menceritakan tentang apa yang telah kita lakukan, kejayaan yang telah kita capai,” katanya.


PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas menteri luar, Anifah Aman bagi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-14.

Keputusan pengundian semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis selepas calonnya Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi, menewaskan pencabarnya Karim Bujang, 67, daripada Warisan. FMT

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

 CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...