Khamis, 9 Januari 2020

Iran punya wayang, serang Pangkalan Tentera AS untuk elak korban nyawa, malah banyak peluru berpandunya tersasar

Melihat isu Iran dan Amerika, ketahuilah, wayang opera mereka ini memang sengaja, bibit-bibit lakonan itu hanyalah untuk menguntungkan proksi-proksi tertentu, mana tahu pembunuhan General Iran Qasem Soleiman juga wayang yang berskrip.

Serpihan peluru berpandu Iran ditemui

Mungkin ada deal untuk habiskan musuh politik dari Iran sendiri? Targetnya adalah General yang dikatakan membawa masalah kepada Amerika.

Wayang oh Wayang. Iran sembang hebat bagai halilintar, Amerika sembang mereka tidak akan kalah.

Kecoh sahaja, hasil dia rupanya untuk operasi sulit yang kita pun mana nak tahu kan.

Semalam Iran telah menyerang Amerika dengan mensasarkan Pangkalan Tentera di Iraq dengan berpuluh peluru berpandu dikatakan tepat kesasaran.

Malah media Iran dengan bangga mengatakan hampir 80 tentera Amerika mati, Trump agak terkejut dengan laporan itu membalas balik dengan memaklumkan semuanya dalam keadaan baik, tidak terkesan.



Malah laporan media Antarabangsa, CNN mengesahkan yang sasaran peluru berpandu Iran tersasar jauh dan tiada kematian dilaporkan, dua dari 17 peluru berpandu itu tersasar di kawasan kampung di Heet yang terletak 40km dari Al-Assad, amboi jauhnya target. Siapa komander Iran ni yang target pun tersasar?


Pentagon mengatakan yang Iran nampak macam sengaja menyerang kawasan yang tidak membolehkan berlakunya kematian yang ramai, malah tiada kematian langsung. cedera ada kot.

Sasaran yang tersasar, menimumkan kerosakan, memaksimumkan amaran dan kesan. Pelik juga Iran ni, nak perang buat cara perang, sembang kari je.

Mungkin fasa pertama Iran buat begitu, atau mungkin sengaja mengatakan, Iran belum bersedia nak perang. Realitinya kedua buah negara ini pasti tidak akan berperang sebabnya mereka satu kepala yang memusuhi Islam Sunni.

Sumber dari Tribune News

Tiada ulasan:

Catat Komen

MB Perak selamba 'sound' Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO

 UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan d...