Rabu, 8 Januari 2020

Iran sudah gegarkan AS, serangan roket bertubi-tubi dilancarkan mengenai sasaran pangkalan udara AS

Washington: Iran melancarkan serangan roket menyasarkan dua pangkalan udara yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera bersekutu di Iraq.


Ia disahkan oleh jurucakap Pentagon, Jonathan Hoffman dalam satu kenyataan.

“Adalah jelas bahawa roket ini dilancarkan dari Iran dan menyasarkan pangkalan udara berkenaan di Al-Assad dan Irbil.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Serangan itu beberapa jam pihak pro-Tehran di Iraq berazam untuk bertindak balas terhadap serangan dron AS yang mengorbankan Komander kanan Iran, Qasem Soleiman, Jumaat lalu.

Sementara itu, White House dalam satu kenyataan berasingan berkata, Presiden Donald Trump memantau perkembangan terbaharu itu bersama pasukan keselamatan negara.

Sumber keselamatan tempatan memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya sembilan roket mengenai pangkalan udara Ain al-Asad.

Iran mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu.

AFP

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...