Sabtu, 11 Januari 2020

Negara kembali pada landasan yang betul lagi dua tahun

Masa awal memerintah, janji manifesto 100 hari, berilah PH masa, setelah setahun, ingat hari ini kahwin esok boleh beranak, ayat-ayat yang dijaja oleh pentaksub kerajaan PH.

Tanpa GST rakyat senang, PH menang, rakyat senang, kesimpulannya, sudah 20 bulan memerintah, penulis hanya ingin bertanya, apakah kebaikan yang telah dibawa oleh kerajaan PH ini? Selain dari Menteri-menterinya yang hari-hari rakyat maki hamun?


Apa yang nak dibanggakan dengan PH, setelah PRK Tanjung Piai, kekalahan paling buruk dalam sejarah menjadi kerajaan, rakyat masih percaya kepada PH?

Kali ini PM kita kata, negara akan kembali pada landasan sebenar lagi dua tahun, adakah PM kita akan kekal lagi dua tahun?

Apa pula akan jadi dengan perjanjian peralihan kuasa? Kita lihat sahaja drama-drama cakap tak nak kalah PH ni tuan-tuan. Anda akan faham dan mengerti bila anda menolak mereka pada PRU15 nanti.



Bacaan dibawah ini

Negara kembali pada landasan dua tahun lagi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini menafikan kritikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan hilang arah tuju.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 baharu sahaja dilancarkan beberapa bulan lalu.

Rangka kerja itu membolehkan rakyat di negara ini berkongsi kekayaan secara adil selain memulihkan semula ekonomi.

“Tuduhan bahawa Kerajaan PH ini tidak ada arah dilakukan oleh individu yang enggan mengakui realiti.

“Adakah kita sama dengan Malaysia di bawah Kerajaan sebelumnya? Atau mereka mengatakan mereka lebih suka Kerajaan kleptokratik lebih baik.,” katanya dalam satu kenyataan menerusi blog beliau.

Lantaran itu, Dr Mahathir meminta sedikit masa dan menggesa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam dasar-dasar Wawasan Kemakmuran Bersama.

“Nanti dalam masa dua tahun, anda akan menyedari bahawa kerajaan berada dalam hala tuju yang betul.”

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu bertujuan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih adil dan menambah nilai kepada ekonomi.

Ia sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur asing.

Yang lebih utama, wawasan itu mensasarkan Malaysia mencapai RM3.4 trilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),


Dr Mahathir turut mempertahankan bahawa ekonomi negara masih berkembang dengan kadar yang baik bagi sebuah negara membangun walaupun terdapat aliran keluar dana asing dan susut nilai ringgit.

Malaysia, katanya, masih mempunyai tabungan yang tinggi, dengan rizab Bank Negara adalah “sangat tinggi” pada lebih daripada RM400 bilion manakala dana-dana lain seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melebihi RM1.5 trilion.

Aset asing juga masih besar, kata Mahathir.

Malah, Petronas berjaya meraih pendapatan melebihi RM100 bilion.

Menurut beliau, di kebanyakan negara lain, saiz rizab ini akan menjamin kekuatan mata wang negara.


“Secara fakta ekonomi Malaysia dan mata wangnya kukuh. Walaupun pasaran dan pengkritik mungkin tidak fikir begitu. tetapi kerajaan mempunyai keyakinan terhadap dasar kewangan dan ekonomi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...