Isnin, 6 Januari 2020

Pengganti Maszlee, D4P pesan kepada Bersatu, jangan bongkak sangat

Pemimpin DAP Ronnie Liu mengingatkan supaya tidak bersikap bongkak dalam isu mencari pengganti Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dipilih oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen.

Foto - The Sun Daily

“Ini kerana pemimpin-tertinggi gabungan Pakatan Harapan yang lain kesemuanya gentlemen. Mereka menghormati persetujuan yang telah dicapai beberapa minggu sebelum berlangsung pilihan raya umum yang lalu,

“Adalah lebih baik untuk Perdana Menteri cuba menerima cadangan yang dilontarkan oleh pimpinan tertinggi komponen setiap parti supaya satu pelantikan bijak serta tepat dapat dilaksanakan kali ini,” kata Ronnie.

Setiausaha Agung DAP  Lim Guan Eng sebelum ini telah dikritik hebat oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin Bersatu apabila mencadangkan supaya pelantikan menteri pendidikan yang baharu dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

Memetik laporan Bernama, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, adalah lebih baik perkara itu diadakan perbincangan terlebih dahulu kerana semua komponen parti dalam PH mempunyai pandangan masing-masing.

“Saya rasa lebih baik kita bincang bersama dalam Pakatan Harapan. Semua ada pandangan, biar kita bincang…itu lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun cadangan pemimpin utama DAP itu dikritik termasuk oleh Ketua Penerangan Bersatu merangkap Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Radzi Jidin.

Menurut Dr. Radzi, Perkara 43 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat perdana menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri dalam kalangan mana-mana ahli satu majlis parlimen.

“Ini juga bermakna bukanlah menjadi keperluan untuk perdana menteri berbincang pelantikan seorang menteri dalam mana-mana mesyuarat khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian.

“Dalam konteks pelantikan menteri pendidikan yang baharu,  di mana penyandang sebelum ini adalah daripada parti Bersatu tidak wujud keperluan bagi PH untuk bermesyuarat bagi memilih seorang pengganti daripada parti Bersatu,” ujar Dr. Radzi.-SM

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...