KUALA LUMPUR – Meskipun menghargai keprihatinan yang disuarakan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli namun Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendiran peralihan kuasa perlu berlangsung secara aman.
Dalam masa yang sama Presiden PKR itu sekali lagi berkata pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu disokong agar pengurusan negara berjalan dengan lancar.
“Saya hargai keprihatinannya tapi saya fikir isu transisi mesti ditangani dengan baik, penting untuk pentadbiran Tun M diberikan sokongan dan begitu juga selepasnya (pentadbiran selepasnya).
“Bermakusd transisi itu mesti berlaku secara peaceful,” katanya ketika ditemui di ISTAC hari ini.
Rafizi dalam satu persidangan di Singapura baru-baru ini dilaporkan berkata, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana rakyat Malaysia sudah hilang sabar dengan isu peralihan kuasa.
Dalam perkembangan lain, Anwar menyarankan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyuarakan apa juga pendirian atau pendapatnya kepada Lembaga Disiplin PKR khususnya berkenaan siasatan yang dibuat terhadapnya.
“Itu dia kena jawab dalam Lembaga Disiplin kita tak bincang dalam Biro Politik,” katanya ringkas.
Terdahulu Zuraida tidak menolak kemungkinan tindakan siasatan Lembaga Disiplin PKR terhadap ahli dan pemimpin kanan parti itu termasuk dirinya sebagai cubaan jahat untuk menyingkirkan ‘pasukan’ yang didakwa tidak sehaluan dengan Anwar.
Zuraida juga dilaporkan kecewa dengan sikap Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana mendahului Lembaga Disiplin parti apabila mengeluarkan kenyataan beliau disiasat.-MalaysiaGazette
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?
PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...

Tiada ulasan:
Catat Komen