Rabu, 15 Januari 2020

Peralihan kuasa, Tun M ada sebut dalam MPPH – Mujahid

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyebut tempoh beliau memegang jawatan Perdana Menteri dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH).

Oleh itu, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, beliau percaya Dr. Mahathir akan membuat keputusan sebagaimana disebutnya.

Foto - The Star

“Perdana Menteri ada sebut. Yang paling utama ialah keputusan itu dibuat dalam MPPH dan keputusannya akan dibuat dalam pakatanlah (MPPH), seperti yang dia sebut,” katanya ringkas.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir hari ini, yang dilaporkan berkata, tidak kisah jika diminta untuk meletakkan jawatan sekarang jika itu keputusan sebulat suara MPPH.

“Saya rasa perkara ini (iaitu) saya perlu meletakkan jawatan atau tidak perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan apabila kami duduk bersama (bermesyuarat).

“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi (meletak jawatan) sekarang, saya akan pergi,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Integriti Nasional Bank Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Sejak kebelakangan ini desakan supaya Dr. Mahathir menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin kedengaran.

Tambahan pula, tiada sebarang tarikh ditetapkan bagi peralihan kuasa tersebut.

Terbaharu, beberapa ahli PKR dengan lantang meminta Dr. Mahathir meletakkan jawatan di samping memberi saranan kepada Sekretariat Pakatan Harapan memastikan Mesyuarat Majlis Presiden membuat ketetapan tarikh peraliha kuasa Perdana Menteri pada Mei 2020. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...