Ahad, 19 Januari 2020

Dakwaan ‘orang Maszlee’ kuasai jawatan jadi perhatian ketika Dr M ambil alih KPM

PETALING JAYA: Salah satu tugas pertama Dr Mahathir Mohamad apabila mengambil alih portfolio pendidikan daripada Maszlee Malik ialah menyemak semula jawatan utama di agensi pendidikan kerajaan dan institut pendidikan tinggi negara, kata sumber dalaman kementerian kepada FMT.


Ini berikutan kritikan ia diisi individu yang sebaris dengan pertubuhan Islam tertentu yang bekas menteri pendidikan itu pernah aktif.


FMT difahamkan ada kebimbangan berhubung pelantikan yang dibuat Maszlee, terutama sama ada lantikan tersebut benar-benar layak untuk jawatan terbabit.

Ini termasuklah jawatan naib canselor, yang merupakan ketua de facto di beberapa universiti awam, selain ketua agensi pendidikan dan pegawai kementerian.


Ada juga kebimbangan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), badan kerajaan yang bertanggungjawab ke atas akreditasi program akademik di pusat pengajian tinggi, juga diketuai individu yang rapat dengan Maszlee.

Ini berikutan tempoh jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya Rahmah Mohamed tamat sehari sebelum Maszlee meletak jawatan dan tiada pengganti dinamakan.

“Oleh sebab Maszlee sudah letak jawatan, mungkin MQA akan terlepas daripada penempatan ‘orang Maszlee’ sebagai ketuanya, tetapi bukan begitu keadaannya dengan banyak jawatan utama akademik lain,” kata sumber.


Katanya, terdapat kebenaran berhubung dakwaan universiti dan agensi pendidikan diisi dengan individu “yang berkongsi inkubator politik-agama yang sama” dengan Maszlee.

Sumber merujuk kepada Pertubuhan Ikram Malaysia, sebuah pertubuhan Islam dengan jaringan di seluruh Malaysia, yang pandangan agamanya menyerupai Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam di negara Arab yang dilihat sebagai serpihan gerakan Salaf lebih progresif.

Salafisme merupakan nama lunak bagi Wahhabisme, doktrin yang melahirkan undang-undang keras dan menekan di Arab Saudi.


Sumber FMT

Tiada ulasan:

Catat Komen

'Malas layan, PRU14 pun ahli MIC tak sokong PAS, mereka undi PH'

 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan me...