Ahad, 5 Januari 2020

PRK Kimanis: Calon PH hairan dan bingung Najib masih popular





Calon Pakatan Harapan Karim Bujang menyuarakan kebingungannya terhadap populariti bekas perdana menteri Najib Razak termasuk di Sabah.

Beliau berkata ia di sebalik sejumlah pertuduhan berkaitan skandal 1MDB yang dihadapi Najib di mahkamah pada masa ini.

“Saya tertanya-tanya, seorang yang ada kes di mahkamah, boleh datang ke sini dan berlagak seperti bos dan orang masih mengundi (untuk BN). Bagi saya itu ironi, bukan?

“Seorang yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, datang ke sini dan orang masih panggilnya ‘Bossku’. Apa jenis mengarut ini?” katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK Kimanis.



Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung kehadiran Najib di Kimanis semalam.

Dalam satu program semalam, Najib mengkritik kerajaan antaranya berhubung projek lebuh raya Pan Borneo dan isu Pas Sementara Sabah (PSS).

Sumber

2 ulasan:

  1. Najib banyak jasa disabah.. Projek pan borneo antara wawasan terbaik dan tepat utk rakyat sabah

    BalasPadam
  2. Najib sangat sayang orang2 Sabah, buat highway terpanjang tanpa TOL. Kamik orang2 Semenanjung sudah kenak TIPU dengan DAP/PH janji bebas TOL! DAP/PH kuat menipu, mereka TIPU bebas TOL, TIPU tak perlu bayak PTPTN.

    Jom semuak orang2 Kimanis ayuh pangkah BN!!!

    BalasPadam

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...