Dengan nada sinis dia kata boleh sahaja lepas jawatan kalau Majlis Presiden PH mahu dia berhenti, macam cabar pula kepada pemimpin yang ada dalam Majlis Presiden PH itu, persoalannya, berani ke mereka-mereka pecat Mahathir?
Beranikah mereka dengan persetujuan Majlis Presiden, mengarahkan jawatan Perdana Menteri dilucutkan dan diberikan kepada Anwar Ibrahim?
Percayalah cakap penulis, semua sembang je, depan-depan Mahathir mereka tidak akan berani punya, pijak semut pun tak 'kiok' orang kata.
Semua pemimpin PH dari PKR, Amanah dan D4P semua menikus je dengan Mahathir, cakap belakang diaorang hebatlah.
Bacaan dibawah ini
Dr M: Saya undur sekarang jika majlis presiden PH mahu
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan mengkehendakinya.
"Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.
"Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pagi ini.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai respons terhadap beberapa ahli parlimen PKR yang mencadangkan agar beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini.
Sebelum ini, perdana menteri berkata beliau akan menghormati janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan diadakan di Malaysia pada November. -MalaysiaKini
Tiada ulasan:
Catat Komen