Jumaat, 10 Januari 2020

Tiada pertuduhan kes video semb*rit sangat melucukan kata kumpulan pro Anwar

PETALING JAYA: Kumpulan pro-Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis mirip menteri kerana gagal mengenal pasti individu terbabit sebagai “melucukan”.

“Kami tidak percaya dan tidak boleh terima alasan yang diberikan,” kata Bendahari Otai Reformasi, Ronnie Liu Tian Khiew.

Ronnie Liu

“Kami desak supaya dedahkan kepada umum laporan penuh hasil siasatan forensik dalam dan luar negara.”

Beliau mengingatkan kegagalan berbuat demikian tidak akan meyakinkan rakyat bahawa individu yang dituduh tidak terlibat.

Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mengumumkan Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis itu kerana gagal mengenal pasti individu terbabit dalam video yang tersebar pada Jun tahun lalu.

Pada Jun, bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz mengejutkan negara apabila mengakui terbabit dalam video itu dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi dinafikan Azmin yang menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Ronnie mencadangkan pihak berkuasa menghantar video itu kepada pihak forensik di China, mengatakan teknologi negara itu paling berkesan.

“Kalau tidak, rakyat akan terus percaya kepada khabar angin, ia tidak menyakinkan rakyat,” katanya.

FMT

Tiada ulasan:

Catat Komen

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...