Sabtu, 29 Februari 2020

Ronnie Liu risau ramai pemimpin PH akan dipenjara jika sudah tidak jadi Kerajaan

KUCHING – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mungkin merengkok dalam penjara jika Parlimen dibubarkan kerana kemungkinan mereka kalah sangat cerah.

"Jemput Bersatu untuk kembali ke keluarga PH dan lantik Mukhriz sebagai TPM. Orang lain boleh mengekalkan kedudukan menteri mereka. Tun boleh bersara dengan baik.



"Dalam hal pembubaran parlimen, risiko kehilangan kuasa kepada PAS dan UMNO / MCA / MIC sangat nyata. Sekiranya ini berlaku, Tun dan pemimpin PH yang lain boleh diletakkan di belakang jeriji besi dan bukannya Jibby dan Rosmah (Najib Razak dan Rosmah Mansor), " tulis Ronnie Liu di Facebook.

Ronnie yang juga hli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, berkata kegagalan PH untuk menunaikan janji pilihan raya kepada rakyat Sabah dan Sarawak juga menjadi titik kebencian.


"Masa untuk menawarkan Sabah dan Sarawak iaitu Warisan dan GPS jawatan Timbalan Perdana Menteri," kata beliau.

Ronnie berkata ini adalah sebagai tanda penghormatan kepada kuasa politik kedua-dua wilayah itu.

"Lebih penting lagi, menyampaikan janji pilihan raya mengenai pendapatan dan autonomi minyak dan gas 20% dan keistimewaan sejarah khas yang lain," katanya.

Ronnie akhir-akhir ini kerap menghentam bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad kerana tidak mengotakan janji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim. – Gagodaily


https://www.tuncarlos.com/2020/02/ronnie-liu-risau-ramai-pemimpin-ph-akan_29.html?m=1

[Gempar] Sah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8

NI/AAAAAAAAhSs/FwNy2pt9SIIBX4hSLBAVsO8DOFOqscL9wCLcBGAsYHQ/s1600/muhyiddin%2Byasin.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;">

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.



Jumaat, 28 Februari 2020

BERSATU gabung dengan PAS, UMNO?

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dikatakan akan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan, malam ini.


Pengumuman itu dijangka dibuat menerusi satu sidang media, namun butiran mengenai lokasi dan masanya belum dimuktamadkan setakat ini.



Sumber dalaman memaklumkan, Presiden BERSATU itu akan diketengahkan sebagai Perdana Menteri kelapan, bersandarkan sokongan daripada ‘Kumpulan Azmin’, Gabungan Parti Sarawak, Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan gabungan Muafakat Nasional merangkumi UMNO dan PAS.

‘Kumpulan Azmin’ merujuk kepada kumpulan diterajui bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 10 ahli Parlimen lain daripada parti sama, antaranya bekas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar.

Menerusi sokongan empat blok utama itu, sumber berkata, BERSATU akan memperoleh majoriti mudah 116 kerusi, sekali gus membolehkan mereka menubuhkan kerajaan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.


“Sekarang ini wujud percanggahan pendirian dalam BERSATU antara Dr Mahathir dan ‘kem’ Muhyiddin, justeru langkah seterusnya akan diumumkan malam ini, insya-Allah,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi BERSATU itu tiba di perkarangan Yayasan Al-Bukhary di sini pada jam 9.10 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat khas, membabitkan 25 lagi Ahli Parlimen parti berkenaan.

Ditanya nada suasana mesyuarat hampir dua jam itu, sumber memaklumkan ia berlaku dalam suasana tegang dengan menyaksikan Dr Mahathir meninggalkan pertemuan separuh jalan.


“Tun hanya masuk sekejap dan tinggalkan mesyuarat disebabkan pendirian BERSATU untuk bekerjasama dengan PAS dan UMNO,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660291/bersatu-gabung-dengan-pas-umno?fbclid=IwAR34pMLIoMmD830jHWeNiM6m-QIs08v_EDpTrYnwxy6a8VLEh1tbWDQY9wc

Khamis, 27 Februari 2020

[PANAS] Tun M tak ambil pandangan ketua parti untuk senaraikan Kabinet – Mujahid

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mendakwa konsep yang cuba dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan kerajaan perpaduan masih kabur.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, definisi perpaduan yang difahami parti politik yang menguasai Parlimen atas mandat rakyat tidak semestinya menjadi ahli Kabinet.






Beliau mendakwa, Dr Mahathir telah menjadikan kuasa Perdana Menteri sebagai penentu tanpa perlu mengambil pandangan ketua-ketua parti secara konsensus untuk senarai Kabinet.

“Ini adalah ironinya kehadiran Pakatan Harapan (PH) adalah untuk mereformasikan instituisi kerajaan bagi memelihara kepentingan negara dan perpaduannya. Kehadiran PH di persada kuasa adalah atas mandat rakyat.

“Kehendak rakyat mahukan perubahan dengan usaha melawan rasuah, memulihkan tatakelola kewangan yang bobrok dan menuntut keperibadian pemimpin yang telus dan bertanggungjawab.


“Ini adalah hasrat murni untuk memelihara perpaduan dan PH cuba memenuhinya selama hampir dua tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mujahid yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembentukan kerajaan dengan mandat dan dalam usaha memenuhi manifesto yang dipersetujui oleh parti-parti dalam PH dibuangkan begitu saja dan mahu diganti pula dengan konsep Kerajaan Perpaduan yang kabur.

Ujar, PH telah membawa usaha-usaha memulihkan negara dengan meletakkan dasar-dasar utama seperti termasuk memperkenal dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), Negara Rahmah, Pelan Induk Memerangi Rasuah, dan Isytihar Harta anggota Kabinet dan Ahli Parlimen.


Akta-akta pula dibawa untuk memenuhi tuntutan reformasi Akta Parlimen, antara lain pengundian umur 18 tahun, menarik balik akta anti berita palsu, pindaan untuk memenuhi MA 1963 dan Akta Profesion Guaman Syarie dan lain-lain lagi, tambahnya.

“Kesemua usaha ini yang baru berumur tak sampai dua tahun diganggu-gugat dengan nuansa perkauman, agama sempit dan politiking berterusan oleh pembangkang yang menggugat stabiliti dan perpaduan.

“Sepatutnya kerajaan PH perlu dipertahankan kerana isunya bukan hendak menggantikan sistem dengan Kerajaan Perpaduan tetapi meneruskan usaha reformasi demi memelihara Perpaduan.


“Mereka yang menggangu-gugat perpaduan dengan berbagai sabotaj kepada usaha pemulihan termasuk Lembaga Tabung Haji (TH) dan lain-lain sepatutnya diambil tindakan bukan dengan cubaan menjatuhkan kerajaan PH yang hadir untuk perpaduan atas asas ketelusan dan demokrasi,” jelasnya.

Katanya lagi, mungkin apa yang pernah disebut oleh Dr Mahathir bahawa Kerajaan Perpaduan banyak cabarannya merupakan perkara betul tetapi menafikan usaha pembaharuan selama hampir dua tahun itu atas alasan politiking adalah keterlaluan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/02/27/tun-m-tak-ambil-pandangan-ketua-parti-untuk-senaraikan-kabinet-mujahid/

Mereka sudah kritik secara keras, Itu kerajaan Mahathir bukan kerajaan PH – DAP

KUALA LUMPUR – Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menentukan siapa menteri-menteri Kabinet dalam kerajaan perpaduan manakala DAP dan parti-parti lain tidak akan dirunding dalam proses tersebut.


Itu rumusan DAP dalam satu kenyataan yang dikongsi kebanyakan ahli Parlimen parti itu di laman Facebook termasuk bekas Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok.



Menurut DAP, selepas menerima sokongan daripada semua parti untuk terus memegang jawatan perdana menteri, Dr Mahathir mengetengahkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada individu.

“Ini bermakna hanya Mahathir yang akan menentukan siapa menteri-menteri Kabinet. DAP dan parti-parti lain tidak akan dirujuk dalam proses tersebut.

“Malah, cadangan Kabinet oleh Mahathir ada kecenderungan menyenaraikan personaliti-personaliti yang sama yang mencetuskan krisis ini, begitu juga ahli-ahli Parlimen dari UMNO dan PAS,” kata DAP.

Menurut kenyataan itu lagi, hasilnya yang terbentuk adalah kerajaan Mahathir dan bukannya kerajaan Pakatan Harapan, justeru janji-janji yang terkandung di dalam manifesto PH tidak ditunaikan.


Kata DAP, mereka telah menjemput Dr Mahathir untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH untuk membincangkan keprihatinan mereka terhadap cadangan tersebut, namun Perdana Menteri Interim itu menolak.

Oleh itu, para pemimpin PH memutuskan untuk mempertahankan mandat rakyat yang diberikan kepada kerajaan PH dan menunaikan janji-janji dalam manifesto dengan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri PH.


“Kami mengajak semua rakyat Malaysia menyokong pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia yang kelapan, menghormati mandat yang diberikan pada pilihan raya umum ke-14 dan memastikan kestabilan negara yang berterusan,” kata DAP.

https://malaysiagazette.com/2020/02/27/itu-kerajaan-mahathir-bukan-kerajaan-ph-dap/

Rabu, 26 Februari 2020

'Saya mohon maaf', kerana keadaan politik kucar kacir - Tun M

“SAYA mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan di kalangan rakyat,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Interim di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.



Berikut adalah perutusan khas Dr Mahathir

1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan

politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuantuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana

Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan

Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya,


dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat

peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri

Interim.

4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa

saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat

memilih pihak mana yang saya pilih.

5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila

kuasa.

6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and

end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an

end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk

kebaikan negara.

7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang

terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan

Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong

saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana

saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.


10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan

Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini

Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan

diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO

akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya.

Maka terpaksalah saya letak jawatan.

13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika

peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.

Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh

ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya

hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi


masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa

sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada

mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.


17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/548711/saya-mohon-maaf-tun-m?fbclid=IwAR28lfJf65R6UaXdRjQbxfQlmgRMjB_1y6XZe4w5qfR6vf8smAkYW1YYG8Q

Lepas mesyuarat, pemimpin PH yakin ada majoriti mudah

KUALA LUMPUR – Walaupun malam tadi media telah diberikan undangan akan ada sidang media selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, namun lain pula jadinya.

Rata-rata media yang sudah berkampung di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana seawal 9 pagi tadi untuk mengikuti perkembangan susulan mesyuarat pimpinan PH itu.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menyuarakan keyakinannya bahawa PH akan dapat mengekalkan majoriti mudah di Dwan Rakyat.

Foto - Sunday Daily

"Mengapa kita perlu bazirkan wang untuk pilihan raya apabila kita oleh dapat (majoriti) yang jelas," katanya ketika ditanya berkenaan gesaan BN dan PAS agar Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan.

Ketika ditanya lagi berkenaan perkara itu, beliau menegaskan bahawa PH mempunyai bilangan yang "cukup" untuk mengekalkan majoriti mudah.

Beliau ditemui pemberita di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, malam tadi.

Khalid berkata banyak "perkara baik" dibincangkan dalam mesyuarat tetapi ketika ditanya tentang perinciannya, beliau meminta pemberita menunggu pengumuman hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH telah mencapai konsensus dalam mesyuarat itu.

"Keputusan akan diumumkan esok (hari ini)," katanya lagi.

Pemimpin PH yang lain dilihat ceria ketika keluar daripada mesyuarat tetapi semuanya tidak bercakap dengan media.

Antaranya Presiden PKR Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Laman Facebook rasmi PH turut memuat naik gambar mesyuarat tersebut.

"Pakatan Harapan kekal bersama" mengiringi gambar itu, di sebalik ketiadaan wakil Bersatu susulan keluarnya parti itu daripada PH pada Isnin lalu.

PH kini hanya memiliki 102 kerusi Parlimen selepas Bersatu dan 11 anggota parlimen PKR, diketuai Azmin Ali, meninggalkan gabungan itu.

Sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen diperlukan untuk majoriti mudah di Dewan Rakyat.

https://www.malaysiakini.com/news/512237

Anwar enggan jumpa media, pemimpin lain kunci mulut

KUALA LUMPUR – Walaupun malam tadi media telah diberikan undangan akan ada sidang media selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, namun lain pula jadinya.


Rata-rata media yang sudah berkampung di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana seawal 9 pagi tadi untuk mengikuti perkembangan susulan mesyuarat pimpinan PH itu.

href="https://1.bp.blogspot.com/-4LKNyaSdDJc/XlXoEU4DQ8I/AAAAAAAAhRc/4O1LcA5GPlo1jbWfkIA9U6P1oT6HnEWUwCLcBGAsYHQ/s1600/20190720SN22_pkr_retreat_anwar_ibrahim.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;">
Selain daripada Anwar dan Guan Eng, Datuk Seri Wan Azizah, Datuk Seri Mujahid Rawa yang ditemui juga enggan bercakap.


Wajah mereka juga tidak begitu ceria dan seolah-olah begitu tegang sehingga tidak mahu berkata apa-apa.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmy Fadzil hanya menghantar pesanan dalam group sosial Whatsapp yang mengatakan pihaknya akan menghantar satu kenyataan media sebentar lagi.

Media masih lagi menunggu sekiranya ada lagi pimpinan bermesyuarat dan belum keluar lagi dari ibu pejabat PKR ketika ini. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/02/25/anwar-enggan-jumpa-media-pemimpin-lain-kunci-mulut/

Selasa, 25 Februari 2020

BN, PBRS, PAS cadang bubar Parlimen

BARISAN Nasional (BN), PBRS dan PAS berpendirian supaya Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ketika ini.


Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendirian itu sudah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.


Katanya, pendirian itu terpaksa dibuat berikutan ada cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin parti politik.

“Berasaskan kepada kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.


“Maka selepas parti berbincang kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat, kita mohon parlimen dibubarkan dan biarlah rakyat yang menentukan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/548380/bn-pbrs-pas-cadang-bubar-parlimen

Bukan kerana sedih, jauh sekali merayu kata Mujahid

Ada yang hantar mesej peribadi mendoakan saya. Saya ucapkan terima kasih atas ingatan.

Dinamika politik di dunia yang serba tidak ketentuan adalah hakikat yang perlu diurus bukan disalahkan.

Kami dari PH terlantik atas mandat rakyat. Sepanjang dua tahun tiada henti fitnah dan pembohongan bernuansa kaum dan agama sempit dimainkan.




Anggota post-cab mengenali saya melalui sikap dan keputusan pentadbiran yang dibuat. Tiada kompromi pada budaya ketaksuban dan kejumudan dalam pimpinan saya termasuk kipas-mengipas.

Saya hanya menuntut dasar Rahmatan Lil Alamin (RLA) difahami sebagai ikatan anda dengan kepimpinan saya. Ada yang terkilan dengan keputusan saya tetapi ia bukan kerana peribadi. Saya tak pernah ambil hati terhadap sesiapa atau niat menyakitkan hati sesiapa.

Hanya saya terkilan, dasar RLA belum masak sepenuhnya untuk dimenfaati oleh rakyat Malaysia. Saya hanya berkecil hati jika sesuatu yang baik tak dapat saya penuhi.

Dari sudut politik, ia belum berakhir kerana kegagalan kudeta hari Ahad sepatutnya membawa perompak mandat rakyat hari Isnin kelmarin sebagai kerajaan kononnya.


Alhamdulilah kami terus akan menyelamatkan dan mempertahankan mandat rakyat. Saya ingin ingatkan alam ketidaktentuan boleh jadi macam-macam tetapi kami sedang menguruskannya.

Orang bertanya saya: tak sedih ka? Saya jawab kenapa perlu bersedih di hadapan perompak mandat rakyat, saya perlu beri jaminan dengan tenang kepada rakyat: "Kami bersama mandat rakyat dan rakyat perlu tolak golongan pintu belakang!"

Teringat sifu politik saya memetik kata-kata semangat dari seseorang: "Jangan salahkan musuh kerana menjatuhkan kamu kerana itu kerja mereka, salahkan diri sendiri kenapa anda tidak bangun dan bangkit!"


Pentadbiran Islam perlu terus kekal dinamik dan progresif kerana itu adalah tuntutan syariat kita. Saya hanya membekalkan alat pentadbiran semata-mata. Terima kasih sekali lagi kerana bersama menjayakan. Pencapaian tidak boleh dipadam walaupun ada yang tidak menyukainya.


10. Saya menulis pada anggota post-cab hanya kerana arahan Yang di-Pertuan Agong melalui ketua setiausaha negara bahawa jawatan menteri dan timbalan sudah dibatalkan dalam masa interim ini, bukan kerana sedih jauh sekali merayu. Saya hanya merayu kepada Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Saya yang telah menjalankan tugas.

DR MUJAHID YUSOF RAWA ialah bekas menteri agama.

https://www.malaysiakini.com/news/512138?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2yKMCoN1l0QW5JNSEIqRZt9F9KnPAs9Hs9UoNhmhgWIXgEhDV77zIunJE

[Video] Kalau Parlimen tidak BUBAR, kami akan turun ke jalanan kata Bersih 2.0

Bersih 2.0 semalam mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman Bersih 6, sekiranya kabinet tidak dibubarkan.


Menurut Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann perhimpunan itu mungkin akan diadakan dalam masa terdekat ataupun dalam masa 3 tahun ke depan sementara pilihanraya yang baru diadakan.

Bagaimanapun perkembangan terbaru malam tadi, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali telah memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri Pakatan Harapan.


https://www.kinitv.com/video/f8de7455-5f50-496f-8a62-13af370d6587

Kami penyelamat agenda untuk menjatuhkan Mahathir kata Ahli Parlimen pro Azmin

KUALA LUMPUR: 11 pemimpin PKR yang mengumumkan keluar parti hari ini tampil membuat penjelasan dengan menolak tuduhan kononnya mereka pengkhianat susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan bersama yang diketuai Mohamed Azmin Ali , mereka sebaliknya berkata, tindakan yang diambil, yang turut melibatkan parti pembangkang seperti Umno dan PAS, bagi membentuk sebuah kerajaan baru adalah bagi “menyelamatkan” perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.




“Kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat.

“Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan perdana menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa perdana menteri daripada melaksanakan dasar kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu.

Kumpulan itu mendakwa gerakan mengehadkan kuasa perdana menteri telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu.


Menurut perjanjian yang dipersetujui pimpinan PH sebelum pilihan raya umum lepas, Mahathir akan menyerahkan kepimpinan kerajaan kepada presiden PKR Anwar Ibrahim pada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

“Jumaat lalu kita menyaksikan usaha sebahagian pimpinan Pakatan Harapan untuk memaksa Mahathir menetapkan tarikh beliau melepaskan jawatan perdana menteri dan melakukan peralihan kuasa kepada Anwar.

“Usaha tersebut adalah kemuncak kempen mereka untuk mewarwarkan isu peralihan kuasa sebagai agenda utama PH.

“Kempen ini telah menghakis keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kewibawaan kerajaan.

“Kami yakin bahawa percubaan memaksa perdana menteri menentukan tarikh peralihan kuasa sebagai usaha jahat untuk menjadikan perdana menteri sebagai ‘lame duck PM’,” kata mereka.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/25/kami-penyelamat-gagalkan-konspirasi-had-kuasa-dr-m-kata-ahli-parlimen-kumpulan-azmin/

Pihak cuba jatuhkan PM pengkhianat sebenar – Azmin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin bersama 10 Ahli Parlimen PKR yang keluar parti  hari ini menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel mereka sebagai pengkhianat.

Sebaliknya, mereka mendakwa pihak yang berusaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di tengah-tengah penggal pengkhianat sebenarnya.


Dakwa mereka, pihak berkenaan lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri daripada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat.

Mohamed Azmin dan Ahli-Ahli Parlimen terbabit membuat pendedahan itu ekoran kemelut politik negara yang meruncing ketika ini berkata, semuanya berpunca daripada usaha sebahagian pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang memaksa Mahathir menentukan tarikh melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dengan tindakan itu, ia membolehkan peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata mereka, kejadian tersebut berlaku pada malam Jumaat lalu.

Kenyataan Azmin ini dibuat bersama-sama Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Datuk Seri Dr. Santhara, Datuk Mansor Othman, Datuk Kamaruddin Jaafar, Baru Bian, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin

Menurut mereka, usaha tersebut merupakan kemuncak daripada kempen mereka untuk meuar-uarkan isu peralihan kuasa sebagai agenda utama PH.

Kempen itu didakwa mereka telah dimulakan sejak beberapa bulan lalu dengan kekerapan meningkat dari semasa ke semasa sehingga mengalihkan pandangan rakyat daripada usaha untuk memberikan tumpuan kepada agenda pemulihan ekonomi dan reformasi institusi.

https://malaysiagazette.com/2020/02/24/pihak-cuba-jatuhkan-pm-pengkhianat-sebenar-azmin/

Isnin, 24 Februari 2020

Pelantikan menteri dibatalkan - KSN

Ketua Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri PH.


"(Ia) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan perdana menteri."


"Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama," kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohd Zuki mengesahkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.

Ini selepas Dr Mahathir meluangkan kira-kira sejam setengah mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, pelantikan itu sementara menunggu seorang perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


Sementara itu, menurut sumber yang rapat dengan isu perlembagaaan berkata, Seri Paduka mungkin mengambil masa sehingga 10 hari untuk menentukan pihak mana yang mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Hari ini, Dr Mahathir membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.

Beliau dikatakan berbuat demikian kerana tidak merestui tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengumumkan partinya yang mempunyai 26 MP keluar daripada PH dan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengaturkan 11 MP PKR untuk berpaling tadah.

Semalam, Muhyiddin, Azmin, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden GPS Abang Johari Openg dan Presiden Warisan Shafie Apdal telah bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan campuran baru.


Bagaimanapun, Azmin mendedahkan baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam meminta lebih banyak masa untuk membuat keputusan.

Pagi tadi, pemimpin PH, selepas pertemuan dengan Mahathir mendakwa perdana menteri kecewa dengan gabungan baru itu kerana dirinya tidak mahu bekerjasama dengan Umno. Bagaimanapun, Mahathir belum menjelaskan perkara itu secara terbuka dengan mengadakan sidang media.


Peletakan jawatan Mahathir mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini beliau berkali-kali mangatakan bahawa beliau akan kekal sebagai perdana menteri sehingga selesai Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Apec November ini.

https://www.malaysiakini.com/news/512089

Mat Sabu (PAN) dan Lim Guan Eng (D4P) tetap sokong Mahathir jadi PM, mereka buat kelakar mungkin?

SOKONGAN KUAT TERBARU AMANAH DAN DAP KEPADA TUN DR MAHATHIR: LAWAK JENAKA, HIPOKRASI ATAU DESPERADO?




Berdasarkan pemerhatian dan laporan, yang paling kuat mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad segera meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, khususnya di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu, adalah pemimpin-pemimpin AMANAH dan DAP.

Alih-alih, bila Tun Dr Mahathir sudah meletakkan jawatan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pula menonjolkan AMANAH dan DAP sebagai yang paling kuat menunjukkan sokongan supaya Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.


Dalam kenyataan media segera Mohamad Sabu, beliau menyebut  “Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia”. Baca di sini:
https://www.facebook.com/100953840043211/posts/1601661383305775/

Dalam kenyataan media segera Lim Guan Eng pula, beliau menyebut  “DAP berhasrat untuk mengesyorkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia”. Tonton di sini: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/2572265136382826/


Tertanya-tanya pula saya di dalam kategori manakah kenyataan-kenyataan ini boleh dimasukkan:
A. Satu lawak jenaka?
B. Satu perlakuan hipokrasi?
C. Satu tindakan desperado?

Sumber @Kamarul Yusoff

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3043690362341668&id=100001022016761

Setelah letak jawatan PM, kini Mahathir meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM pula

Pejabat Perdana Menteri sahkan Tun Dr Mahathir telah menghantar surat perletakan jawatan kepada YDPA pada jan 1 tengah hari tadi.



Dengan ini, secara rasmi Malaysia sudah tidak mempunyai Perdana Menteri.


Bersama-sama kita doakan YDPA membuat keputusan yang terbaik untuk agama bangsa dan negara.


KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi  Bersatu Malaysia  (Bersatu) hari ini.

Surat peletakan jawatan telah dihantar ke ibu pejabat parti hari ini, menurut pejabat Pengerusi Bersatu.

Pengumuman ini dibuat setelah Mahathir menghantar surat perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kepada Yang Di Pertuan Agong.

Kerajaan 'pintu belakang' menjijikkan, kata Patriot

Perkembangan terbaru politik sehari dua ini dianggap sebagai amat menjijikkan pada pandangan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, Patriot berkata, sebarang usaha mengkhianti mandat rakyat dengan membentuk kerajaan melalui 'pintu belakang' tidak boleh diterima.


Presidennya, Mohamed Arshad Raji, berkata perubahan kerajaan mestilah dibuat secara demokratik iaitu dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang mereka mahukan.

"Patriot berasa jijik dengan perkembangan terbaru politikl dalam cubaan untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang.

"Seperti yang banyak dilaporkan Bersatu dan sebahagian ahli politik PKR cuba membentuk kerajaan baru bersama Umno dan PAS.

"Ini adalah mengejutkan terutama hanya dua hari selepas Majlis Presiden PH mengisytiharkan isu penggantikan perdana menteri sudah selesai," katanya.

Semalam, politik Malaysia dikejutkan dengan usaha menukar kerajaan apabila pemimpin parti politik utama negara - Bersatu, Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan dan sebahagian pemimpin PKR ke istana negara.

Terlebih dulu ia dimulakan dengan mesyuarat Bersatu dan sebahagian pemimpin PKR yang diketuai oleh timbalan presidennya, Azmin Ali, dan sebelah petang disusuli dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kemudiaanya pada sebelah malam di sebuah hotel di Petaling Jaya awalnya dijangka ada sidang media bagi mengumumkan pembentukan kerajaan baru.

Bagaimanapun tiada sebarang pengumuman dibuat, sebaliknya pemimpin parti-parti utama datang dan pulang tanpa memberi sebarang kenyataan kepada media, kecuali memberitahu mereka hadir untuk "makan malam" saja.

Presiden PKR Anwar Ibrahim malam tadi menyifatkan perkembangan politik tanah air yang berlaku itu sebagai satu “pengkhianatan”.

Mohamed Arshad berkata langkah membentuk kerajaan melalui 'pintu belakang' adalah pengkhianatan kepada mandat rakyat.

"Patriot tidak akan menyokong sebarang kerajaan yang dibentuk dengan memasukkan Umno dan PAS.

"Jika benar kerajaan PH sudah runtuh, seperti amalan demokrasi matang yang lain, langkah yang betul perlu diambil ialah membubarkan parlimen agar parti gabungan boleh mendapatkan mandat baru daripada rakyat," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/511982

Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah

ALOR SETAR: Seluruh pimpinan Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak mempermainkan dan mengkhianati amanah yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dengan menjalinkan pakatan baharu bersama parti pembangkang, untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

Demikian disuarakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, yang menyifatkan ia satu tindakan gelojoh pemimpin-pemimpin tertentu, sama ada dari PH, Pas, UMNO atau parti pembangkang lain, yang mempunyai agenda peribadi untuk memiliki semula kuasa mentadbir Malaysia.


Beliau menasihatkan mana-mana pemimpin PH yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan yang dikeluarkan pimpinan tertinggi parti dan mahu membentuk "pakatan baharu," supaya menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat yang baharu dan sah daripada rakyat.

"Saya daripada dulu sebut bahawa, kita kena hormati mandat rakyat. Mandat rakyat adalah Pakatan Harapan. Jadi, kalau kita betul tak setuju, tak puas hati, tunggulah mandat rakyat semula. Jadi, masa mandat rakyat itu adalah dalam pilihan raya akan datang.

"Sekarang ini, yang disebut Pakatan Nasional ini, adalah disebabkan ada agenda peribadi pemimpin yang gelojoh kuasa. Dia nak kuasa. Kalau pembangkang nak jadi kerajaan, padahal rakyat tak sokong (pembangkang), rakyat pilih mereka sebagai pembangkang pada masa ini, tetapi mereka nak berkuasa (dengan segera)," katanya.

Ismail berkata demikian menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya.

Tambahnya, apa-apa tindakan membentuk koalisi Pakatan Nasional atau "kerajaan pintu belakang" adalah perkara yang tidak boleh dihormati rakyat sama sekali.

Ia bukan sahaja merampas kuasa daripada parti yang sah dipilih menerusi mandat rakyat bahkan melanggar amalan dan kesuburan sistem demokrasi yang diamalkan negara.

"Mulanya bentuk Muafakat Nasional, yang itu sama-sama pembangkang. Dalam kerajaan pun, ada yang gatal (kemaruk kuasa) itu dalam Pakatan Harapan, join sekali, jadi Pakatan Nasional.

"Jadi, pada saya, apa pun yang terjadi kita tak respect lah. Kalau betul pun berlaku macam Perak dulu, maka kita rasa, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam sistem demokrasi yang kita amalkan," jelas beliau.

Amanah Kedah kini memiliki empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Kedah.

Parti terbabit berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah yang baharu bersama-sama Bersatu (6 kerusi DUN), PKR (7 kerusi DUN) dan DAP (1 kerusi DUN).

Manakala di pihak pembangkang, Pas memiliki kerusi DUN tertinggi di negeri itu dengan 15 kerusi, diikuti Barisan Nasional (2 kerusi DUN).

http://www.astroawani.com/berita-politik/jangan-mainkan-amanah-rakyat-tunggu-pru-akan-datang-amanah-kedah-231488

PAS, Umno tidak harus ‘rampas’ kerajaan PH di tengah jalan, kata Mat Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pakatan Harapan (PH) di tengah jalan untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Beliau berkata, parti tersebut harus mengikut amalan demokrasi yang baik dan tidak menggunakan “tingkap” atau “pintu belakang” untuk membentuk kerajaan kerana PAS diketahui cuba menyertai kerajaan sebelum ini.


“Pada 2004 apabila Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, PAS mahu menyertai Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan, tetapi bekas mursyidul am parti itu, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat membantah idea itu kerana PAS berada dalam Pakatan Rakyat pada masa itu.

“Apabila Najib (Razak) menjadi perdana menteri, PAS juga mengambil langkah untuk menyertai kerajaan, tetapi ia tidak berlaku. Sekarang ia (PAS) melakukannya sekali lagi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau berkata, parti tersebut harus mengikut amalan demokrasi yang baik dan tidak menggunakan “tingkap” atau “pintu belakang” untuk membentuk kerajaan kerana PAS diketahui cuba menyertai kerajaan sebelum ini.

“Pada 2004 apabila Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, PAS mahu menyertai Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan, tetapi bekas mursyidul am parti itu, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat membantah idea itu kerana PAS berada dalam Pakatan Rakyat pada masa itu.

“Apabila Najib (Razak) menjadi perdana menteri, PAS juga mengambil langkah untuk menyertai kerajaan, tetapi ia tidak berlaku. Sekarang ia (PAS) melakukannya sekali lagi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) memenangani pilihan raya kecil (PRK) di Cameron Highlands, Semenyih, Tanjung Piai dan Kimanis dan sepatutnya menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka yakin akan memenangi majoriti kerusi Parlimen.

Mohamad Sabu, yang juga menteri pertahanan, berkata demikian pada satu majils sayap Wanita parti itu di Taman Koskam di sini, hari ini.

BELIAU BAGAIMANAPUN ENGGAN MENJAWAB SOALAN BERDASARKAN SPEKULASI KETIKA DITANYA PENDIRIAN PARTI ITU SEKIRANYA MAHATHIR MEMBENTUK KERAJAAN BARU BERSAMA-SAMA UMNO DAN PAS.

Beliau juga enggan memberi komen apabila diberitahu pemimpin parti politik, termasuk Umno berada di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membentuk kerajaan baru.

“Semuanya ombak besar dalam politik, tetapi ia bersifat sementara. Pakatan Harapan masih relevan dan kuat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan PH telah menunaikan 60% janji pilihan rayanya, bagaimanapun rakyat tidak sedar dan pemimpin parti perlu pergi ke akar umbi untuk menjelaskan pencapaian PH.

Katanya, mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lepas bersetuju memberi kuasa penuh kepada Mahathir untuk menentukan tarikh beliau akan berundur sebagai perdana menteri bagi membuka jalan kepada peralihan kuasa kepada presiden PKR Anwar Ibrahim.

Namun suasana politik di Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi memberi isyarat ke arah bertentangan sewaktu PPBM, PAS, dan Umno mengadakan mesyuarat pimpinan tertinggi parti masing-masing.

Pada masa sama timbalan presiden PKR Mohamed Azmin; naib presiden Zuraida Kamaruddin dan beberapa orang ahli Parlimen parti itu turut mengadakan mesyuarat berasingan.

https://muafakatnasional.net/pas-umno-tidak-harus-rampas-kerajaan-ph-di-tengah-jalan-kata-mat-sabu/?fbclid=IwAR3uqgVueDQgwjKwPbjE4ZaHGnUZ4p-UXHFJKCCDoKO7SS42h6CbpE78uCE

Sabtu, 8 Februari 2020

Apa sahaja usaha satukan bangsa Malaysia saya terbuka – Redzuan

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof bersikap terbuka seandainya benar ada ura-ura untuk membentuk kerajaan baharu menerusi kerjasama Pas dan UMNO bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau turut menyambut baik apa sahaja usaha-usaha untuk memperkasa dan menyatukan bangsa Malaysia mengikut kaedah kepimpinan Melayu.

“Soal setuju atau tidak setuju, kita kena tengok bentuk penyatuan itu sendiri. Adakah ia memberi keuntungan kepada negara dan agama kita,” kata beliau kepada Suara Merdeka hari ini.
SM

Boleh anti PH tetapi jangan tulis berita palsu, Guan Eng beri amaran

PUTRAJAYA- “Boleh anti Pakatan Harapan, boleh anti kerajaan Persekutuan tetapi jangan siarkan berita palsu,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi amaran kepada akhbar Sinchew Daily dan The Star.

Kedua-dua akhbar itu dikatakan membuat laporan palsu kononnya Pakatan Harapan sedang menuju kehancuran.

Foto - MalaysiaGazette

Beliau yang kelihatan sangat marah itu mengingatkan semua media supaya memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran ekonomi terutamanya penularan wabak koronavirus ketika ini dan bukannya menyiarkan laporan sedemikian.

“Biarlah kita menyatupadukan rakyat untuk mengambil cabaran terkini.

“Kerajaan ini adalah kerajaan Pakatan Harapan. Noktah.

“Kedua-dua akhbar ini mempunyai kepentingan politik masing-masing dan mempunyai agenda dan motif politik masing-masing tetapi ini bukan masanya.

“Saya yakin tiada sebarang usaha yang dibuat Perdana Menteri ketika ini (untuk menubuhkan kerajaan “pintu belakang”) kerana kami kerap berjumpa beliau.

“Biar kita beri tumpuan kepada ekonomi,” katanya semasa sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Ini bukan pertama kali Guan Eng memberi amaran kepada The Star dan Sin Chew dalam sesi sidang medianya namun kali ini, Setiausaha Agung DAP itu nampaknya sudah betul-betul hilang sabar.

Beliau turut membawa keratan akhbar laporan Sinchew Daily yang bertajuk “Pakatan Harapan sedang menuju kehancuran” tulisan Timbalan Pengarangnya, Tay Ting Yan dan The Star bertajuk “Possible revamp on the horizon” tulisan wartawan kanannya, Joceline Tan. – MalaysiaGazette

Kerajaan jamin beli lebihan topeng muka daripada pengilang

PUTRAJAYA – Kerajaan meminta pengeluar-pengeluar topeng muka (3 ply surgical mask)  meningkatkan kapasiti masing-masing dan memberi jaminan akan membeli lebihan topeng muka yang dikeluarkan oleh kilang-kilang terbabit.

Foto - NST

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, ini adalah bagi memenuhi keperluan topeng muka ketika negara sedang berhadapan dengan virus 2019-nCoV.

“Dua hari lepas kami telah mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri dan telah memberi jaminan jika mereka meningkatkan pengeluaran, kerajaan sedia untuk membeli.

“Bagi setiap tambahan pengeluaran sama ada harian, mingguan atau bulanan kerajaan akan beli.

“Dengan jaminan itu, pengilang boleh membekalkan topeng muka dengan serta-merta dengan meningkatkan pengeluaran harian mereka,” katanya semasa sidang media khas di Kementerian Kewangan hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurut Guan Eng, Kementerian Kewangan menyokong usaha KPDNHEP itu dan mahu topeng-topeng muka yang telah dibeli kerajaan diletakkan di lokasi yang diperlukan di seluruh negara.

“Ini dikira sebagai stockpile dan jika ada keperluan terhadap topeng muka tersebut, ianya telah tersedia.

“Kerajaan hanya mahu memastikan bekalan topeng muka mencukupi dan kami tidak mahu (ada yang mengambil kesempatan) dengan menaikkan harga topeng muka. Topeng muka adalah barang kawalan,” katanya.

Penularan wabak 2019-nCoV menyebabkan bekalan topeng muka terutamanya topeng muka pembedahan dan N95 tidak mencukupi di pasaran. – MalaysiaGazette

Selasa, 4 Februari 2020

Hadkan kelas ajaran agama 2 jam seminggu – Zaid

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar pengajaran kelas agama di sekolah-sekolah seluruh negara dihadkan kepada dua jam seminggu.

Bekas Menteri Undang-Undang itu berkata, minda orang Melayu yang terlalu bergantung kepada guru agama untuk ilmu pengetahuan didakwa punca pembangunan minda mereka agak perlahan.



Foto - The Malay Mail

Beliau berkata demikian dalam ciapan Twitter peribadinya dalam bahasa Inggeris baru-baru ini.

Menurutnya, sebab utama pembangunan minda Melayu agak perlahan ialah kebergantungan mereka terhadap guru agama untuk ilmu pengetahuan.





Dalam perkembangan sama, Zaid juga menasihatkan para ibu bapa Melayu  menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Melayu seperti mana yang dilakukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk anak Cina.

Malah menyentuh mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad minggu lalu, Zaid yang juga ahli tetap DAP berkata, misi itu sukar dicapai kali ini.


“Kami telah mencuba selama 11 tahun dan gagal melaksanakannya kerana kekurangan guru terbaik,” katanya.

Beliau sebagai memberi penyelesaian bagi isu tersebut menyarankan supaya penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru diperluaskan lagi.

“Inggeris untuk Matematik dan Sains sukar dicapai kerana kami sudah mencuba 11 tahun tetapi gagal sebab kekurangan guru-guru yang berbakat fasih berbahasa Inggeris.


“Solusinya adalah penggunaan Bahasa Inggeris perlu diperluaskan lagi agar lebih ramai guru-guru boleh bertutur dalam bahasa tersebut,” katanya.-MalaysiaGazette

Isnin, 3 Februari 2020

Kelakuan Sajat beri imej buruk kepada agama – Mujahid

PUTRAJAYA – Tindakan usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang bertelekung semasa menunaikan umrah memberi imej buruk kepada agama dan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa kesal dengan kelakuan itu dan menunggu laporan lanjut mengenainya.


“Sudah tentu kita rasa kesal dia telah menjejaskan imej Islam. Sebagai seorang dalam IC (kad pengenalan) lelaki dan lelaki secara biologinya, pergi Mekah naik flight elok pakai lelaki dan sampai Mekah pakai telekung macam wanita dan pergerakan, tempat sembahyangnya tempat wanita dan menimbulkan rasa tak selesa.

Foto - The Star

“Saya terima aduan jemaah sendiri, dia (Sajat) sudah ceroboh ruang wanita. Ini sangat menjejaskan imej islam dan saya kesal dengan perbuatannya. Saya masih menunggu laporan yang berkaitan kerana beliau masih berada di Mekah.

“Saya juga akan mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang agensi pelancongan yang bawa dia ke sana.

“Ini adalah satu perkara yang sangat kita kesal kerana pihak agensi ubi sepatutnya sudah bersedia bahawa dia adalah individu yang kontroversi,” katanya kepada media selepas selepas menghadiri town hall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Usahawan kosmetik itu sekali lagi mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila tampil dengan pakaian wanita dengan bertelekung di Mekah ketika ibadah umrah.


Justeru itu, Mujahid akan memanggil agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarganya.

Ditanya apa bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Sajat, Mujahid berkata, pihaknya memerlukan maklumat yang lebih lanjut dan akan mengambil tindakan wajarnya kerana melibatkan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Perbuatan dia itu buat di Saudi dan tidak di Malaysia, mungkin kita boleh tengok dari segi dia muatnaik gambar itu dalam Instagram dan Facebook dan di situ kita boleh ambil tindakan sebab menimbulkan sensetiviti dan kemarahan orang.


“Kita akan lihat daripada itu. Itu bukan kuasa saya dan ia dalam bidang SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multi Media),” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu turut menasihatkan Sajat agar berhenti membuat sebarang kontroversi dan kembali kepada fitrah beliau yang merupakan seorang lelaki.

“Dia kena berhenti sebab dalam realiti, dia menimbulkan pelbagai isu dan dipamerkan dalam sosial media. Seolah dia berada tidak bersalah dan ini lebih memberatkan lagi isu ini.

“Orang ramai marah dan saya merasa kesal dan apa tindakan seterusnya. Saya mengatakan saya perlu maklumat yang lebih lanjut sebagai menteri. Daripada tindakan kita perlu alternatif dari segi undang,” katanya lagi.


Semalam, agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd yang membawa Sajat mengerjakan umrah mendakwa usahawan kontroversi itu berpakaian lelaki semasa proses perlepasan di lapangan terbang.

Kemudiannya beliau ‘bertukar’ identiti menjadi ‘wanita’ semula sebaik sahaja sampai ke Tanah Suci. – MalaysiaGazette

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...