Rabu, 26 Februari 2020

Lepas mesyuarat, pemimpin PH yakin ada majoriti mudah

KUALA LUMPUR – Walaupun malam tadi media telah diberikan undangan akan ada sidang media selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, namun lain pula jadinya.

Rata-rata media yang sudah berkampung di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana seawal 9 pagi tadi untuk mengikuti perkembangan susulan mesyuarat pimpinan PH itu.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menyuarakan keyakinannya bahawa PH akan dapat mengekalkan majoriti mudah di Dwan Rakyat.

Foto - Sunday Daily

"Mengapa kita perlu bazirkan wang untuk pilihan raya apabila kita oleh dapat (majoriti) yang jelas," katanya ketika ditanya berkenaan gesaan BN dan PAS agar Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan.

Ketika ditanya lagi berkenaan perkara itu, beliau menegaskan bahawa PH mempunyai bilangan yang "cukup" untuk mengekalkan majoriti mudah.

Beliau ditemui pemberita di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, malam tadi.

Khalid berkata banyak "perkara baik" dibincangkan dalam mesyuarat tetapi ketika ditanya tentang perinciannya, beliau meminta pemberita menunggu pengumuman hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH telah mencapai konsensus dalam mesyuarat itu.

"Keputusan akan diumumkan esok (hari ini)," katanya lagi.

Pemimpin PH yang lain dilihat ceria ketika keluar daripada mesyuarat tetapi semuanya tidak bercakap dengan media.

Antaranya Presiden PKR Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Laman Facebook rasmi PH turut memuat naik gambar mesyuarat tersebut.

"Pakatan Harapan kekal bersama" mengiringi gambar itu, di sebalik ketiadaan wakil Bersatu susulan keluarnya parti itu daripada PH pada Isnin lalu.

PH kini hanya memiliki 102 kerusi Parlimen selepas Bersatu dan 11 anggota parlimen PKR, diketuai Azmin Ali, meninggalkan gabungan itu.

Sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen diperlukan untuk majoriti mudah di Dewan Rakyat.

https://www.malaysiakini.com/news/512237

Tiada ulasan:

Catat Komen

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

 PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...