Ahad, 8 Mac 2020

Anwar dan Mahathir perlu berundur - Dr Chandra Muzaffar

Sekurang-kurangnya ada tiga faktor yang menyumbang kepada keruntuhan PH. Pertama, hubungan antara keempat-empat parti komponen PH begitu rendah.


Mereka mempunyai latar belakang ideologi, sokongan politik dan intelektual yang begitu berbeza. Tetapi tiada usaha yang tersusun untuk memperkuat hubungan antara parti yang berbeza ideologi dan latar belakang sejarah terutamanya selepas PRU-14. Ini adalah masalah besar PH.


Kedua, saya nampak PH memang ada pencapaian tetapi mereka gagal dari segi komunikasi politik. Mereka melakukan sesuatu, tetapi tidak disampaikan kepada rakyat kenapa mereka berbuat demikian. Ada banyak reformasi yang dibuat dari segi sistem Parlimen, pilihan raya dan pentadbiran.

Umpamanya Pengerusi PAC daripada pembangkang, ini memang berlaku di negara-negara lain tetapi di Malaysia sejak merdeka individu yang mengetuai PAC adalah daripada ahli Parlimen kerajaan.


Dari segi pengundian, kita turunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, itu juga suatu yang penting dari segi demokrasi. Namun, pencapaian ini tidak diterangkan.

Ketiga, bagi mereka yang mengundi PH dalam PRU-14, harapan besar mereka bukan soal ketulusan soal akauntabliti, itu penting dari segi pentadbiran dan pemerintahan, tetapi bagi mereka sebagai rakyat dan pengundi yang penting itu adalah kos sara hidup dan peluang pekerjaan atau apa yang dipanggil politik perut.


Dr Chandra Muzaffar

https://www.sinarharian.com.my/article/72931/BERITA/Politik/Anwar-Dr-Mahathir-lebih-baik-berundur

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

 CYBERJAYA – Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin me...