Ahad, 15 Mac 2020

Kaji selidik TSIS sahkan Anwar memang ditolak oleh orang Melayu

TERENGGANU Strategic & Integrity Institute (TSIS) tertarik dengan penegasan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wawancara Eksklusif Sinar Harian bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditolak oleh orang-orang Melayu kerana falsafah ‘Liberal’ beliau.

Kaji selidik bebas TSIS dari 1 Februari ke 20 Februari 2020 merangkumi 1451 responden di kesemua 222 Parlimen di seluruh Malaysia mendapati bahawa penegasan Tun Dr Mahathir bahawa Dato’ Seri Anwar ditolak oleh orang-orang Melayu adalah betul.



Malah, kaji selidik bebas TSIS bertajuk “Kaji Selidik Mengenai Situasi Politik Semasa Negara” ini mendapati penolakan ke atas Dato’ Seri Anwar ini bukan hanya membabitkan orang-orang Melayu sahaja tetapi turut merentasi kaum, jantina dan peringkat umur.

Bila ditanya kesetujuan mereka bahawa Dato’ Seri Anwar adalah pemimpin Pakatan Harapan yang paling sesuai untuk menggantikan tempat Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, hanya 33% (479) yang bersetuju manakala 59% (856) tidak bersetuju.


Daripada yang tidak bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar paling sesuai menjadi Perdana Menteri ini, 33% (282) memberikan punca ketidaksetujuan mereka kepada ‘masalah moral’ berbanding 26% (223) kepada ‘terlalu Liberal’ dan 20% (171) kepada ‘tidak tegas’.

Bila diselidiki lebih lanjut, didapati bahawa, bagi ramai responden yang ditemui, ‘masalah moral’ dan ‘tidak tegas’ yang dikatakan dihadapi oleh Dato’ Seri Anwar ini adalah berhubung-kait rapat dan turut berpunca daripada sikap ‘terlalu Liberal’ beliau.

Antara contoh yang diberikan ke atas sikap ‘terlalu Liberal’ ini adalah pengumuman Dato’ Seri Anwar seperti yang tersiar di dalam agensi berita Associated Press pada 17 Mei 2018 bahawa “dasar-dasar tindakan afirmatif untuk orang-orang Melayu mesti dihapuskan”.

Begitu juga dengan ucapan Dato’ Seri Anwar di LSE pada 18 Mac 2010 bahawa mempercayai hanya akidah tertentu mampu menyelamatkan manusia adalah sikap eksklusif dan mengatakan kepercayaan penganut agama lain salah adalah tidak betul.


Begitu juga dengan kenyataan Dato’ Seri Anwar yang tersiar di dalam agensi berita Al-Jazeera pada 21 September 2018 bahawa undang-undang liwat adalah purba dan tidak adil kerana perlakuan itu hanya menjadi kesalahan jika ianya dipaparkan kepada khalayak.


Contoh lain yang diberikan ke atas sikap ‘terlalu Liberal’ ini adalah kenyataan Dato’ Seri Anwar yang tersiar di dalam agensi berita British Broadcasting Corporation pada 25 Ogos 2009 yang bersetuju bahawa Lina Joy perlu diberikan hak untuk menjadi seorang Kristian.

DR WAN MAT SULAIMAN
Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) – HARAKAHDAILY 14/3/2020

https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/14/kaji-selidik-tsis-dapati-anwar-memang-ditolak/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...