Sabtu, 21 Mac 2020

Tiada ruang kepada menteri jadi bahan jenaka, (PH) sedia meminjamkan bekas Menteri Kesihatan kata Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Semua rakyat perlu bersatu dalam mengatasi wabak Covid-19 dan seharusnya tidak ada ruang diberikan kepada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan dan dijadikan sebagai bahan jenaka.

Itu kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba bahawa meminum air suam dapat menghalang seseorang daripada dijangkiti Covid-19.


“Usaha Dr. Amalina Bakri yang kini berada di UK membongkar nasihat tidak berasas diberikan menteri kesihatan untuk meminum air suam bagi melawan penularan wabak ini haruslah dipuji.

“Tambahan lagi, mitos ini telahpun dibongkarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Kit Siang percaya Pakatan Harapan (PH) sedia meminjamkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad kepada kerajaan sekarang bagi membantu menangani pandemik merbahaya itu.


Beliau percaya Majlis Presiden PH sedia menimbangkan permintaan ini sebaik mungkin, bagi memastikan Dzulkefly dapat berkhidmat demi negara dalam memimpin usaha mengatasi wabak Covid-19.

“Ini adalah masanya untuk bersikap profesional dan serius bagi menyatu-padukan rakyat Malaysia dalam usaha memerangi wabak Covid-19 ini,” katanya.

Sementara itu, Kit Siang jugamelihat pihak tentera tidak diperlukan dalam usaha rakyat Malaysia mengatasi wabak Covid-19.


Baginya, perkhidmatan tentera dalam aspek perubatan dan kesihatan merupakan satu keperluan, namun bukannya untuk tujuan rondaan.

“Angkatan tentera kita mempunyai pelbagai kebolehan, dengan Kor Perubatan, Kejuruteraan, Unit CBRNe (bahan letupan kimia, biologikal radioaktif, dan nuklear) yang boleh digembleng dalam usaha memerangi wabak ini.


“Perkhidmatan profesional seperti menyediakan katil dan wad tambahan di hospital tentera untuk membantu hospital tempatan, pergerakan untuk membina struktur sementara untuk kegunaan kecemasan dan kerja-kerja pembasmian adalah bertepatan, tetapi tidak ada keperluan untuk tujuan rondaan,” katanya.- MalaysiaGazette

3 ulasan:

  1. Tidak ramai yang percaya atau setuju dengan Lim Kit Siang.

    Walau pun DAP bersama dengan PH menang PRU14, bukan nya depa undi sebab DAP atau Kit Siang - depa undi sebab fedap dengan Umno Bn kerana Najib songlap berbillion Ringgit wang rakyat di 1MDB, dll sebab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib adalah penjahanam Umno. Dahlah sebabkan Umno Bn terlungkup di Pru14, dia masih berharap memimpin Umno.

      Bagus lah Zahid sindir dia dengan mengata "Umno sekarang ada hanya seorang pemimpin sahaja."

      Pembohong, Penipu, Perompak (kata2 Tun M) Najib Klepto Al Jibo mungkin tak faham lagi. Atau buat2 tak faham.

      Padam
  2. Waaah, kena lockdown tak boleh keluar rumah pun, tak ramai yang nak gunakan masa untuk commenting in blogs.

    BalasPadam

Pemimpin Umno ada kes mahkamah jangan ugut keluar PN - Bersatu Kepong

Pemimpin Umno yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah dinasihatkan supaya jangan melakukan ugutan politik mahu keluar daripada kerajaan ...