Rabu, 4 Mac 2020

[Masih sedih?] Lebih sejam berdiri depan pagar MB Perak, ini penjelasan Hasnul

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim menjelaskan tindakannya berdiri lebih sejam depan pagar kediaman Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam hanyalah untuk mendapat penjelasan Menteri Besar Perak itu.


Jelas ADUN Titi Serong itu, beliau mahu tahu dari mulut Ahmad Faizal sendiri mengenai pendiriannya tentang kedudukan kerajaan negeri Perak ketika ini.

Foto - Facebook


“Kenapa saya berdiri di depan rumah Menteri Besar semalam? Dari 2.30 petang sehingga 3.45 petang saya berdiri depan rumah Datuk Seri MB. Semata-mata untuk mendapatkan pandangan dan pendirian beliau tentang kerajaan Perak terkini.

"Ada yang cakap, apalah YB Hasnul berjam-jam berjemur tengah panas nak jumpa MB. Awok dulu bereformasi tengah panas, tiada masalah. Yang pentingnya, membawa suara rakyat, kita nak dengar dari MB," katanya semasa Program Sembang Santai @Tengku Hussein di sini pada Selasa.


Walaupun tidak dibenarkan berjumpa Ahmad Faizal, Hasnul berpuas hati kerana Menteri Besar itu menghubunginya semula apabila pulang ke rumah.

http://www.astroawani.com/berita-politik/lebih-sejam-berdiri-depan-pagar-mb-perak-ini-penjelasan-hasnul-232439

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...