Jumaat, 6 Mac 2020

[Memang sah] Latheefa Koya Letak Jawatan Atas Keputusan Sendiri, Tiada Tekanan

Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pegawai kanan kedua yang dilantik di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.


Keputusan itu disampaikan dalam surat kepada Muhyiddin Yassin pada 2 Mac – hanya sehari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 diikuti dengan pertemuannya dengan Muhyiddin semalam.
“Urusan seperti biasa di SPRM, di tangan pegawai saya yang berkeupayaan,” katanya.

Beliau menolak spekulasi tidak berasas bahawa peletakan jawatannya disebabkan oleh tekanan.
“Ia adalah keputusan saya sendiri untuk berbuat demikian,” katanya sambil menambah peletakan jawatannya tertakluk kepada persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gaduh besar] Bersatu, UMNO bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi. Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut ...