Khamis, 5 Mac 2020

[Panas] Khalid Samad dakwa Muhyiddin tawarkan PH jawatan menteri

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghubungi bekas menteri-menteri Pakatan Harapan untuk menawarkan jawatan menteri.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mendakwa Muhyiddin membuat tawaran sedemikian jika bekas menteri-menteri PH menyokong beliau.




Dakwaan Khalid itu menyusul selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau pernah ditawarkan jawatan Perdana Menteri.

“Sekarang Muhyiddin dan pasukan dia dalam kerajaan ada hubungi bekas menteri Pakatan Harapan untuk tawarkan jawatan menteri dalam Kabinet.

“Tak sedia nak cari orang yang berintegriti dan bersih, dia nak tawarkan jawatan kepada kami,” katanya dalam majlis temu rapat khas aktivis PH Gombak bersama pimpinan PH peringkat nasional di Pusat Khidmat Peduli Masyarakat malam tadi.

Kira-kira 70 orang penyokong Pakatan Harapan hadir pada ceramah tersebut yang turut menyaksikan kehadiran Pengarah Komunikasi PKR dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.


Bagaimanapun, Khalid mendakwa tiada pemimpin PH yang menerima tawaran tersebut sehinggalah kerajaan baharu itu menggunakan taktik licik mengarahkan isteri masing-masing untuk merayu supaya mereka menerima tawaran berkenaan.

“Mereka lobi melalui isteri, cuba yakinkan dan pujuk suami anda (untuk sertai Kabinet Muhyiddin), terimalah jawatan,” katanya.

Awal hari ini, Anwar mendedahkan beliau ditawarkan jawatan Perdana Menteri jika bersetuju menerima UMNO secara en blok.

https://malaysiagazette.com/2020/03/05/khalid-samad-dakwa-muhyiddin-tawarkan-ph-jawatan-menteri/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...