Ahad, 15 Mac 2020

PH mahu siasatan serangan ke atas Khalid disegerakan

KUALA LUMPUR – Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan sekumpulan individu yang menyerang Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad malam tadi.



Dalam satu kenyataan di sini, majlis itu melahirkan rasa terkejut dengan serangan ke atas Khalid dan mahu polis segara menyiasat kejadian itu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.


Majlis Setiausaha PH turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberi kerjasama dalam memastikan keselamatan Khalid sehingga beliau tiba di lapangan terbang pagi tadi.

Ahli Parlimen Shah Alam itu dikatakan diserang kira-kira jam 10.45 malam selepas menghadiri jelajah politik di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan


Khalid telah pun membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md Din mengesahkannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pemimpin Umno ada kes mahkamah jangan ugut keluar PN - Bersatu Kepong

Pemimpin Umno yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah dinasihatkan supaya jangan melakukan ugutan politik mahu keluar daripada kerajaan ...