KUALA LUMPUR – Wakil rakyat DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee sanggup bergabung dengan kerajaan baharu di Melaka demi kepentingan orang Melayu.
“Saya terima seadanya dan mereka (ahli parti Perikatan Nasional) terima saya seadanya.
“Hari ini saya bertindak demi kepentingan orang Melayu. Saya sudah kerja keras, bertungkus lumus, mereka (kerajaan PH) kata mereka hendak bermaruah, saya tengok saya barua sahaja.
“Saya cakap terus terang, saya memang out spoken, bila kita beri sepenuh jiwa raga, saya tak reti hendak beralas, hari ini saya balik ke pangkuan,” ujarnya dalam satu sidang media bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ab. Raof Yusoh di Melaka hari ini.
Beliau seterusnya berharap kepimpinan baharu kerajaan negeri dapat bekerja untuk rakyat Melaka.
Ditanya bagaimana hubungannya dengan prti DAP, Norhizam berkata, perkara itu biarlah dia sendiri menguruskannya dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.- MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2020/03/02/saya-selama-ini-jadi-barua-sahaja-norhizam/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...

Tiada ulasan:
Catat Komen