Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan banduan untuk kesalahan tidak serius diberi pembebasan awal bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara.
Ia susulan permintaan Jabatan Penjara agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara bagi mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
Permintaan itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara Zulkifli Omar menerusi surat kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Selain itu, seorang jurucakap Jabatan Penjara juga mendedahkan kini terdapat 73,000 banduan di ruang yang sewajarnya hanya untuk 52,000 orang.
Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata kerajaan United Kingdom, India dan Indonesia sedang mempertimbangkan pembebasan awal kepada banduan bagi kesalahan tidak serius, di tengah-tengah kebimbangan Covid-19 boleh menular di penjara.
"Kerajaan Malaysia harus melakukan perkara sama untuk mengelakkan penularan Covid-19 dengan keadaan penjara Malaysia yang sesak, dengan membenarkan pembebasan awal banduan, terutama warga emas, mereka yang disabitkan kesalahan kecil atau tidak melibatkan keganasan, individu yang keadaan kesihatannya mempunyai risiko jangkitan Covid-19 yang jenayahnya tidak melibatkan ancaman fizikal kepada orang lain," katanya.
Dalam suratnya, Zulkifli berkata setakat 1 April lalu, seramai 378 orang telah dihukum penjara kerana melanggar PKP.
Lebih seratus lagi kini sedang dibicarakan atas kesalahan berkaitan PKP.
Lim berkata, dengan keadaan penjara yang sesak sekarang, penjarakkan sosial tidak boleh dilakukan.
Oleh itu, katanya lagi, hukuman untuk pesalah yang ingkar PKP perlu ditukar kepada hukuman bukan penjara.
“Ini juga bagi melindungi kakitangan penjara, yang tiada pakaian perlindungan peribadi (PPE) dan paling mudah terdedah jika berlaku penularan Covid-19 di sana," katanya lagi.
Menurut PKP, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah untuk urusan tidak penting.
Mereka yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun pesalah juga boleh dikenakan pendakwaan lain seperti menghalang pegawai awam menjalankan tugas, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.
https://www.malaysiakini.com/news/518868
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dr M minta saya letak jawatan sehari selepas lantikan, kata Tommy Thomas
KUALA LUMPUR: Tidak lama selepas Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara pada 2018, beliau diminta meletak jawatan oleh orang sama yang...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen