Sabtu, 4 April 2020

[Panas] Pendekatan tembak rakyat langgar perintah tak sesuai di negara ini

KUALA LUMPUR – Pendekatan tegas yang dilaksanakan kerajaan Filipina dalam mengawal pergerakan rakyat supaya duduk di rumah sepanjang perintah berkurung Covid-19 tidak sesuai untuk dipraktikkan di negara ini.


Itu komen Datuk Zaid Ibrahim berhubung situasi semasa di negara ini yang menyaksikan masih ramai rakyat yang berlegar di luar walaupun ditegaskan kurangkan keluar rumah.



Dalam twitternya bekas Menteri Undang-Undang itu berkata, pendekatan yang dilaksanakan di Filipina oleh presidennya, Rodrio Duterte tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia.

“Pendekatan tegas yang dilaksanakan Duterte di Filipina tidak sesuai untuk kita. Kita secara amnya berlemah lembut dan orang baik dan boleh disalah tafsir dan salah bimbing,” kata ahli DAP itu dalam ciapan beliau.

Semalam, Duterte dalam perutusan khas Covid di negara itu, memberi amaran kepada mana-mana rakyat di negara itu yang melanggar perintah berkurung sepanjang Covid-19 berisiko ditembak mati kerana mencetuskan masalah.

Filipina setakat ini merekodkan 96 kes kematian Covid-19.


“Ia bertambah serius dan sekali lagi saya ingatkan kepada rakyat saya semua..sila dengar arahan ini.

“Arahan saya kepada polis dan tentera bahawa sekirnya ada masalah dan ada yang cuba melawan pihak berkuasa maka hidup anda dalam bahaya..faham tak,, hukum mati.. saya akan bakar kamu,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Suhakam: Vaksin percuma perlu rangkumi banduan, warga asing

 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan memberikan vaksinasi percuma kepada golongan rentan serta mereka yang berada dala...