Jumaat, 3 April 2020

[Panas] Setelah penat ‘tebuk atap’ Hadi dapat habuan – Mujahid

KUALA LUMPUR – Pelantikan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah disifatkan tidak wajar ketika negara kini sedang dilanda krisis penularan wabak Covid-19.

Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang mengkritik pelantikan tersebut menambah, lagipun Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara.




Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu turut  mendakwa pelantikan politik itu adalah habuan selepas penubuhan kerajaan terbaru hasil kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas, selain beberapa parti lain lagi.

“Tahniah! setelah penat ‘menebuk atap’ dapatlah habuan jadi Duta Khas taraf Menteri.

“PM-8 tidak habis lagi bagi ‘ghanimah’ pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid.

“Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara pun! Cukup yang sedia ada untuk tampung dasar kita di Timur Tengah,” katanya di Twitter.

Semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Hadi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.


Untuk rekod, Abdul Hadi pernah menyandang jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, juga tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Setelah tular] Tok Mat nafi jadi calon PM Muafakat Nasional

 TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dirinya telah dipilih sebulat suara sebagai calon perdana menteri bagi  Muafakat ...