Ahad, 26 April 2020

Pegawai D4P berlakon dalam video parody hina Ustaz Ebit Lew? Nitizen 'hamun' kata dah tua pun bodoh

KUALA LUMPUR – Sejak beberapa hari lalu, nama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas beliau dan pasukannya memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah.


Beliau diserang daripada pelbagai pihak, termasuk pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah, individu dan kumpulan organisasi lain.




Di laman-laman media sosial, pelbagai tuduhan telah dilempar terhadap pendakwah bebas berbangsa Cina itu.

Sejak dua hari lepas, tular pula sebuah video yang dipercayai menyindir aktiviti dakwah Ebit.

Menurut sumber, salah seorang daripada pelakon dalam video tersebut, Rosly Yusof merupakan pegawai kepada Ahli Parlimen DAP, Bukit Mertajam, Steven Sim.

Turut berlakon dalam video tersebut, Muhammad Fitri Termizi, yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas tujuan video tersebut dan tidak menyebut mana-mana nama, netizen sudah dapat mengagak ciri-ciri yang dilakonkan semula menggambarkan situasi yang sama dalam kebanyakkan video Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di Facebook, video tersebut mendapat kecaman dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelaku di dalam video tersebut.






Antara lain, netizen menganggap perbuatan dan video sindiran tersebut sebagai bodoh dan pelbagai lagi kecaman lain.




SuaraTV telah menghubungi Rosly Yusof, yang juga merupakan pelakon dalam video tersebut, tetapi gagal mendapat sebaran respon. -SuaraTV

Tiada ulasan:

Catat Komen

Dengan Muhyiddin 'berkuasa mutlak', Dr M jangka berlaku salah guna kuasa

 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata "kuasa mutlak" yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pe...