Isnin, 13 April 2020

Tak semua pelajar ada akses ke internet, kata Teo Nie Ching

Bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching menggesa kerajaan menyediakan pelan bagi membantu pelajar mengikuti pembelajaran dari rumah.

Katanya, amalan pendidikan dari rumah akan menjadi kelaziman baru tetapi kerajaan perlu memahami tidak semua pelajar mempunya akses kepada platform digitan.

"Kementerian Pendidikan perlu menangani jurang digital ini segera.


"Ia termasuk melihat kepada berkaitan akses, kesediaan guru dan komunikasi di antara sekolah dan keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan lanjutan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berkata, semua sekolah akan terus ditutup sehinggalah ancaman Covid-19 dapat diatasi sepenuhnya.

Untuk rekod, sejurus sebelum PKP dilaksanakan, sesi persekolahan di negara ini memasuki awal cuti penggal pertama.



Sejak itu sekolah terus ditutup dan kini genap sebulan pelajar di negara ini tidak bersekolah.

Menurut Teo jika di Singapura, kementerian pendidikan negara itu menyediakan 3,300 peranti dan lebih 200 unit 200 dongle untuk menyediakan akses kepada pelajar di negara itu.


Risiko terdedah lama pada skrin

Dongle ialah peranti yang disambungkan kepada komputer untuk membolehkan capaian internet jalur lebar diperolehi, atau menjadi pelindung perisian.

"Apakah rancangan kita untuk membantu pelajar yang tiada peranti sepatutnya semasa proses pembelajaran dari rumah?" kata Teo.

Ahli parlimen Kluang itu juga berkata, Kementerian Pendidikan menetapkan tempoh maksimum pembelajaran dalam talian di negara ini selama dua jam sedangkan di Singapura, ia adalah empat jam untuk pelajar sekolah rendah dan lima jam bagi sekolah menengah.


"Sangat penting untuk kerajaan untuk menyediakan garis panduan e-pembelajaran.

"Ibu bapa juga harus dinasihatkan tentang risiko terdedah kepada skrin untuk tempoh masa yang lama," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menambah lebih banyak mata pelajaraan serta kumpulan sasaran yang dapat mengikuti pembelajaran melalui TV Pendidikan.

TV Pendidikan disiarkan melalui saluran TV Okey selama dua jam sehari.

Buat masa ini ia memancarkan pembelajaran bagi murid tahun satu, empat lima dan enam, selain tingkatan empat serta lima.

https://www.malaysiakini.com/news/520343

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...