Ahad, 31 Mei 2020

Anwar masih mengharap Mahathir untuk merampas Putrajaya kembali?

Hiruk pikuk politik Malaysia kembali, sedangkan Wabak Covid 19 belum lagi reda, ingat lagi kenangan manis ketika Pakatan Harapan memerintah, pada saat covid 19 belum lagi merebak.

Sepatutnya kerajaan ketika itu bertindak dengan lebih efektif untuk tidak memberi sedikit ruang pun kepada wabak jahat ini melanda negara kita.


Apakan daya, Menteri-menterinya ketika itu sangatlah bodoh kuasa tiga. Tidak boleh ditunjuk ajar. Kenyataan yang menyakitkan hati kerap terjadi.

Februari tiba, hujung-hujung nya datang pula keadaan yang agak mengejutkan, bukan perihal wabak, tetapi peralihan kuasa yang tidak disangka.


Kerajaan PH runtuh, Menterinya secara automatik hilang jawatan setelah Perdana Menterinya letak jawatan.

Kerajaan bertukar tangan, Perikatan Nasional mengambil alih, kerajaan yang dikatakan sebagai kerajaan pintu belakang oleh PH.

Tidak mahu Anwar jadi PM ke-8

Ramai tertanya, kenapa pula sudah elok kerajaan PH itu pegang Putrajaya, elok sahaja Menterinya gembira dengan jawatannya. Alih-alih boleh terbongkang pula kerajaan yang dikatakan pilihan rakyat itu?

Misteri ini masih bermain-main dalam fikiran kita, dah tahu kerajaan dah ada, yang pergi jahanamkan tu buat apa.

Pemimpin PH langsung tidak menuju muncung senjatanya kepada Mahathir, sedangkang yang menjadi punca masalah adalah Mahathir.


Kenapa tidak tanya dengan tegas, mengapa Mahathir meletak jawatan PM dengan sengaja? Untuk apa berbuat begitu, sampai ramai pemimpin PH melopong dan merasa dibahlolkan oleh insan bernama Mahathir.


Menjadi masalah, mereka menuduh kerajaan ini adalah kerajaan pintu belakang, langsung tidak menerima kenyataan yang puncanya adalah Mahathir. Bodoh kuasa duabelas PH ni ye.

Kerajaan PN rakyat suka

Kalau melihat keadaan kerajaan PN memerintah, nampaknya populariti Muhyiddin melonjak naik, Menteri-menteri kabinet semuanya sangat hebat melakukan kerja.

Kerajaan PN prihatin rakyat dan berjaya pula mengawal wabak Covid 19 yang menghantui seluruh dunia.

Rakyat gembira dan sangat setuju, PN kerajaannya memang menjaga rakyat berbanding dengan kerajaan PH yang ketara kebencian rakyat terhadap mereka.

PH nak Putrajaya balik


Ketika wabak Covid19 sudah reda, tiba-tiba kecoh pemimpin PH ingin menawan Putrajaya kembali, kali ini mereka mengharapkan Mahathir dengan seadanya.

Katanya sudah ada nombor, 129 jumlah ahli parlimen kata mereka, punya seronok mereka ketika ini, yakin Putrajaya bakal mereka dapatkan kembali selewat-lewatnya Julai ini.


Persoalan, Mahathir dan Anwar boleh bersama-sama lagi? Setelah bocor segala bentuk bukti yang Mahathir punca keruntuhan PH kerana tidak mahu Anwar dan DAP?


Rakyat melihat situasi ini ibarat manusia gila kuasa, sendiri letak jawatan, sendiri runtuhkan kerajaan, tiba-tiba nak balik, malah tidak rasa bersalah khianat pemimpin PH itu sendiri diatas tindakannya meletak jawatan sebagai PM.

Bodoh juga pemimpin PH kan?

Bersambung.....

Dakwaan Dr M arah kurangkan keyakinan kepada DAP benar, kata bekas setiausaha politik

PETALING JAYA: Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip, mengesahkan dakwaan setiausaha agung PPBM, Hamzah Zainuddin, berhubung arahan bekas perdana menyerti itu supaya mengurangkan keyakinan rakyat kepada DAP.

Zahid berkata, beliau adalah antara pihak yang terlibat dalam menjayakan cita-cita Mahathir itu.

“Saya sahkan apa yang disebut Hamzah tepat, benar dan tiada ada melainkan benar belaka.



“Bukan itu sahaja saya terlibat mengatur beberapa pemimpin politik Melayu berjumpa Tun Mahathir, 2, 3 kali. Bukan di pejabat, tetapi di rumah Mahathir.

“Setiap pertemuan mereka bertemu mengambil masa sejam. Kalau sekali jumpa kunjungan hormat, tetapi kalau 2, 3 kali ada perbincangan tertentu,” katanya dalam satu video yang diterima FMT.


Semalam, dalam satu sidang media, Hamzah mendakwa pernah diarahkan oleh Mahathir supaya mengurangkan keyakinan rakyat kepada DAP.

Hamzah berkata arahan itu dibuat ketika Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), dan beliau akur dengan arahan itu.

Dalam pada itu, Zahid berkata, selain menyekat kemaraan DAP, Mahathir tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.

Katanya, disebabkan itu beliau mencadangkan supaya diambil langkah politik, tetapi atas permintaan Mahathir ia tidak mengaitkan nama beliau.

“Buatlah apa sahaja, jangan kaitkan nama beliau.

“Alhamdulilah keluar dari PH, dan Anwar tak jadi perdana menteri.

“Kepada Anwar saya nak beritahu, Allah merancang, kita merancang, (tetapi) perancangan Allah lebih baik. Dia boleh rancang nak jadi perdana menteri ke-8, tetapi Mahathir letak jawatan, dia terlepas tak dapat jadi perdana menteri dan Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri ke-8,” katanya.

Zahid nafi PPBM keluar PH atas keputusan Muhyiddin

Dalam perkembangan lain, Zahid juga menafikan keputusan PPBM keluar PH atas arahan Muhyiddin seorang.

Katanya, keputusan PPBM keluar PH adalah dalam pengetahuan Mahathir.


“Mana boleh keputusan besar, Muhyiddin seorang buat.

“Macam (pen)dedah(an) Hamzah, ada pertemuan dengan Mahathir bincang nak keluar PH,” katanya

Zahid berkata, beliau tidak percaya bahawa Mahathir mempunyai 129 sokongan ahli Parlimen.

Katanya, sekiranya dakwaan itu benar, Mahathir sudah lama ke istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau ada 129 (ahli Parlimen), semalam Mahathir dah tunggu (depan) istana dan tak datang ke pejabat PPBM.


“Mahathir pernah cakap takkan berhenti nak jatuhkan Muhyiddin. Untuk jatuhkan Muhyiddin ‘spin-spin’ begini perlu dibuat,” katanya merujuk kepada dakwaan tular bahawa blok pembangkang di Dewan Rakyat mempunyai sokongan majoriti 129 ahli Parlimen dan akan menghadap Agong untuk membentuk kerajaan baru.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/30/dakwaan-dr-m-arah-kurangkan-keyakinan-kepada-dap-benar-kata-bekas-setiausaha-politik/

Sah kerajaan bakal bertukar, Peralihan kerajaan mungkin sebelum sidang parlimen pada Julai - Salahuddin

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum persidangan parlimen akan datang, yang dijangka bermula pada Julai.

Salahuddin berkata demikian selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkan dalam hantaran di Facebook bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat PH di Petaling Jaya petang tadi.


“Kita membincangkan beberapa agenda mengenai ... perjalanan ke Putrajaya, kita masih mempunyai peluang cerah untuk kembali ke Putrajaya.


"(Kita boleh) tunggu hingga parlimen bermula pada Julai atau kita boleh lakukannya sebelum tempoh tersebut.


"Saya rasa (mengambil alih kerajaan) di luar parlimen juga tidak mengapa, tidak bertentangan dengan perlembagaan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai mesyuarat tersebut hari ini.

Beliau berkata PH sudah memiliki jumlah sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, yang menyebabkan mereka mengadakan beberapa mesyuarat sebelum hari ini lagi.

"Kami sudah mempunyai jumlah (sokongan). Saya rasa kita hanya akan memaklumkan keadaan kami terhadap Yang di-Pertuan Agong. Saya rasa kita boleh melakukannya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mereka memiliki sokongan 129 ahli parlimen atau tidak, seperti yang disebut-sebut di media sosial beberapa hari lalu, beliau hanya tertawa dan mengatakan itu hanyalah "khabar angin".

Salahuddin berkata bahawa beliau merupakan seorang yang praktikal dan merasakan PH perlu menentukan jumlah yang mereka ada sekarang dan bagaimana untuk terus ke hadapan.

Ditanya adakah ia bermakna mereka akan bertemu dengan Agong tidak lama lagi, Salahuddin tidak memberikan jawapan yang jelas.

"Tunggu dan lihat, okey. Kita memerlukan masa,” katanya.


Semalam, Anwar mengatakan bahawa jumlah sokongan dari 129 ahli parlimen itu masih belum dimuktamadkan.

Anwar juga berkata bahawa perkara itu tidak dibincangkan ketika mesyuarat bersama ahli parlimen PKR sehari sebelumnya, yang tidak menumpukan pada mendapatkan jumlah sokongan tersebut.

Spekulasi tersebar mengatakan bahawa PH, melalui bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Warisan didakwa telah memperoleh sokongan daripada 129 ahli parlimen untuk merampas semula Putrajaya daripada PN.

Bagaimanapun, pembantu Mahathir, menafikan bahawa bekas perdana menteri itu bertemu dengan Agong pada Khamis.

Kerajaan PH tumbang pada Februari lalu, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa partinya keluar dari PH, sementara Azmin Ali dan 10 yang lain keluar dari PKR, melalui gerakan politik yang digelar "Langkah Sheraton".

Muhyiddin dan kumpulan Azmin kemudian bersama-sama dengan Umno, BN dan PAS membentuk kerajaan PN.


Sementara itu dalam sesi dialog yang disiarkan secara langsung Facebook malam ini, Salahuddin berkata gelombang perubahan kemungkinan akan bermula di Johor.

"Mungkin bermula di Johor, saya cukup optimis.

"Kenapa tidak kita mulakan Johor sebagai negeri yang akan buat suatu gegaran skala richter 7.3 untuk gegarkan politik Malaysia.

"Jadi segala-galanya boleh berlaku di Johor dan kami sekarang tengah usaha ke arah itu... Tunggu dan lihat. Dari arus Selat Tebrau akan membawa perubahan besar di Putrajaya," katanya.


PN mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, sementara PH menguasai 27 kerusi lain. Hanya satu pertukaran sokongan akan menyaksikan dewan undangan negeri tergantung.

https://www.malaysiakini.com/news/527966

[Pandemik] Datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa bimbang mengenai kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini yang sedang berdepan wabak Covid-19.

Menerusi status di laman Facebooknya, beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim mengakui sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam negara.


“Wabak yang dok ada belum ada penawar, datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa.


“Yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kematian,” tulis beliau dalam catatan tersebut.


Jelas beliau lagi, ahli politik sepatutnya berganding bahu bekerjasama membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara ketika negara sedang berperang mengekang penyebaran virus bahaya itu.

Namun, katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Beliau membayangkan semua ahli politik yang terlibat hanya mementingkan kuasa daripada kesejahteraan dan keharmonian negara.

“Ingatkan dalam menghadapi COVID-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya.


Bekerjasama semua supaya Covid-19 dapat diselesaikan, membantu rakyat yang terbeban dengan wabak ini, membangunkan semula ekonomi dan sebagainya.

“Rupa-rupanya tidak, orang politik tidak mengenal wabak itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu, semak jadinya. Sedih terasa di hati. Apa nak jadi ni?” soalnya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/05/31/datang-pula-satu-lagi-wabak-wabak-kemaruk-kuasa/

Sabtu, 30 Mei 2020

Polis: Khalid Samad tak terlibat tuduhan rasuah bekas pembantu

Polis tidak akan menyiasat bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad berhubung tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan bekas setiausaha politiknya, Azli Yusuf.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan anggota parlimen Shah Alam itu tidak terlibat dalam perkara itu.


"“Kes ni tak ada kena mengena dengan (bekas) menteri berkaitan.


“Jadi, tak ada sebab untuk pihak polis panggil dia," katanya kepada Malaysiakini.


Nama Khalid disebut selepas polis menahan Azli pada 16 Mei.

Khalid sebelum ini berkata penahanan itu berdasarkan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang mendakwa menerima Arahan Pembangunan (DO) palsu daripada seorang "broker".

Beliau mendakwa broker berkenaan menggunakan nama Azli yang dikatakan telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan bahawa bekas menteri itu akan menjadi salah seorang yang akan dipanggil oleh pihak polis.

Pada 27 Mei, Khalid memberitahu media bahawa menurut Azli, namanya tidak pernah disebut dalam siasatan, sambil berharap supaya perkara itu dapat diselesaikan.


Sementara itu, Mohd Zakaria berkata, siasatan mengenai perkara itu masih dijalankan.

https://www.malaysiakini.com/news/527816

Kerana Mahathir, semuanya Mahathir punya fasal

Mahathir punya fasal. Ringkas dan mudah jika kita membuat kesimpulan terus terhadap apa yang terjadi dalam senario politik sejak beberapa minggu ini.

Cuma, dua atau tiga hari kebelakangan ini, suhunya memuncak lebih daripada biasa apabila pimpinan dalam Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) saling pecat-memecat.



Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi melalui politik kepartian, sepatutnya tidak timbul isu perebutan kuasa seperti yang berlaku dalam Bersatu.


Seeloknya semua itu diterjemah dalam pemilihan parti bagi menentukan siapa yang boleh menjadi Pengerusi, Presiden, Setiausaha Agung dan timbalan-timbalannya.

Namun, itu bukanlah isu sebenar hendak dikupas. Cuma disentuh sikit kerana lain macam betul dramanya.

Kita patut lihat sisi positif dari segi perwatakan antara pemimpin-pemimpin, ambil contoh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sehingga kini masih mengaku sebagai Pengerusi parti setahun jagung itu.

Berdasarkan situasi yang berlaku di bangunan Yayasan Selangor semalam, memang benar-benar menampakkan kecelaruan Bersatu.

Namun begitu tak boleh nafikan pengaruh dan aura atau bahasa kasarnya ‘badi’ yang dibawa oleh Dr. Mahathir walaupun sudah dipecat.

Justeru, tiada siapapun petang semalam berani menghalangnya daripada memasuki pejabat pengerusi di tingkat lapan. Begitu juga dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.




Bukan itu sahaja, malah memanggil sidang akhbar untuk menyatakan pendiriannya serta memaklumkan mahu memecat Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakannya itu menyebabkan pimpinan parti yang berada dalam kerajaan pun kelam-kabut semalam.

Sebelum itu, penulis menerima jemputan sidang akhbar yang diketuai Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Lokasi asal sepatutnya dekat Petaling Jaya, tetapi ditukar ke sebuah hotel di Pusat Bandar Damansara. Kemudian balik semula ke lokasi asal.


Selepas habis sidang media, penulis diberitahu kepimpinan parti ini enggan bertembung iaitu antara pasukan kerajaan dan pembangkang.

Sebab itu lokasi sidang akhbar bertukar-tukar.


Itulah yang boleh dikatakan pengaruh, aura atau badi yang dibawa Dr. Mahathir. Boleh jadi sama ada bakat ataupun sumpahan.


Bila beliau letak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu, habis kacau politik parti dan negara.

Tetapi, apa yang ditinggalkan itu menyebabkannya mampu untuk cuba bangkit balik bersama parti yang diasaskannya bersama enam pemimpin lain.

Ini semua Dr. Mahathir punya fasal, apabila beliau letak jawatan dan Muhyiddin dipilih, mulalah adegan-adegan tidak puas hati dalam parti.

Akhirnya “dia pecat kau, kau, kau, kau dan kau. Aku pecat dia. Kami pecat Muhyiddin.” – SM

https://suaramerdeka.com.my/ini-semua-mahathir-punya-fasal/

Jumaat, 29 Mei 2020

Tiga kemungkinan akan berlaku menamatkan krisis parti politik berebut kuasa – Rais

[Suara Merdeka] PAKAR undang-undang dan perlembagaan persekutuan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menyuarakan tiga kemungkinan yang akan berlaku dalam menamatkan kemelut parti-parti politik berebut kuasa untuk menguasai kerajaan.

Pertama, kata beliau, jika gabungan parti politik tertentu mengadap Yang di-Pertuan Agong kerana telah mempunyai jumlah sokongan ahli parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, baginda tidak semestinya bersetuju atas apa yang disembahkan.




Ia disebabkan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan memberi budi bicara kepada baginda “…yang pada pendapatnya…”.

“Sebaliknya jika di Dewan Rakyat, isu 129 ahli Parlimen (yang didakwa berpihak kepada Pakatan Harapan) itu menjadi kenyataan, mungkin Agong boleh menyetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


“Namun jika itu berlaku, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh pula mengadap baginda dan menyarankan Parlimen dibubarkan untuk PRU-15…ini pun baginda boleh perkenan atau tolak di bawah Perkara 40(2)(b),” kata beliau kepada SUARA MERDEKA
hari ini.

Blogger PH, Shahbudin Husin mendakwa, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru dipecat dari BERSATU dikatakan akan mengadap Yang di-Pertuan Agong kerana telah mempunyai jumlah sokongan yang cukup ahli parlimen untuk membentuk kerajaan.

Dakwa blogger itu, Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional (PN).

Dari segi bilangan ahli parlimen atau nombor yang ada, berapa jumlahnya sama ada 113, 115, 120 atau 129 bukanlah perkara mustahak kerana yang penting ia lebih daripada jumlah minimum 112, kata Shahbudin.


Rais menarik perhatian, sebelum ini dalam peristiwa “Sept. 16”, Anwar juga mengakui mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi buntu kerana terbuki ia tidak benar.

“Jika Agong enggan dengan asakan Tun Mahathir dan Anwar, keputusan undian di Dewan Rakyatlah yang paling berkesan. Hal ini tidak boleh diganggu oleh pihak Diraja.
“Persoalannya, sidang Dewan Rakyat hanya pada 13 Julai. Jadi, untuk kata putus dalam tempoh terdekat tidak mungkin,” kata beliau.

Kata Rais lagi: “Dan sayang sekali Tun Mahathir lebih memihak kepada PKR dan DAP dan tidak kepada partinya sendiri.


“Di sini tampak juga beliau tak berapa menekankan lagi prinsip BERSATUnya untuk agama bangsa. Bagaimanapun, itu pilihan bekas Perdana Menteri Malaysia ketujuh yang baru diambil tindakan oleh partinya sendiri (dipecat dari BERSATU).

“Sayang sekali dalam konteks Covid-19 dan kepayahan ekonomi rakyat, Tun Mahathir dan pimpinan pembangkang macam kurang ambil hal.” -SM

https://suaramerdeka.com.my/kuasa-budi-bicara-agong-tamat-kemelut-berebut-kuasa-rais/

[PH berkuasa balik] Anwar sahkan, 129 ahli parlimen - Masih dalam proses

Persoalan sama ada Pakatan Harapan mempunyai 129 ahli parlimen di pihaknya, masih dalam proses, dan belum dimuktamadkan, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Namun, menurut beliau, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat ahli parlimen PKR semalam.

“Mengenai 129 ahli parlimen, atau 130, ini kita (PKR) tak bincang pasal hal-hal ini masih dalam proses, belum muktamad.



“Kita sedang bincang dengan baik, yang penting dalam perbincangan itu bukan soal nombor , bukan soal kuasa.

“Kita dah banyak kali berkuasa, yang tidak menumpukan pada mendapatkan nombor atau kuasa. Pergi balik pergi balik jahanam juga kepentingan rakyat,” katanya sesi secara langsung di Facebook.


Sebaliknya, katanya perbincangan PKR tertumpu pada agenda untuk meningkatkan ekonomi, institusi negara dan kebajikan masyarakat.

Spekulasi tersebar luas bahawa Pakatan Harapan bersama Dr Mahathir Mohamad, dan Warisan didakwa telah memperoleh 129 anggota parlimen di pihak mereka untuk merampas semula Putrajaya dari Perikatan Nasional.

Semalam, seorang pembantu Dr Mahathir Mohamad menafikan spekulasi mengenai pertemuan bekas perdana menteri itu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu susulan tindakan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar, manakala Azmin Ali bersama 10 wakil rakyat lain meninggalkan PKR. Semua mereka bergabung dengan Umno, BN dan PAS untuk membentuk PN.

Azmin, semalam, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa PH kini mempunyai sokongan 129 ahli parlimen, sekadar berkata, “kita tidak patut diheret ke satu lagi krisis politik dan dijadikan mangsa hanya kerana seorang yang gila kuasa dan mahu menjadi perdana menteri."

Anwar membalas hari ini, dengan berkata, begitu cara Azmin menepis pengkhianatannya sendiri.

Sementara itu, Anwar ketika diminta mengulas mengenai pemimpin yang sepatutnya diangkat menjadi perdana menteri berkata perkara itu masih dibincangkan, tetapi matlamat utama adalah untuk tidak mengulangi kesilapan masa lalu.


Anwar juga memuji baki 39 anggota parlimen PKR, dengan berkata bahawa beliau mengagumi tindakan mereka yang menolak tawaran untuk menjadi menteri atau pengerusi GLC atas nama prinsip.

Beliau juga mengulangi pandangannya bahawa ahli politik yang sudah menerima gaji dan elaun RM15,000 tidak wajar dilantik menerajui GLC sedangkan ramai di kalangan rakyat yang kehilangan pekerjaan mereka dan bergelut untuk mendapatkan RM1,000.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, apa kata kalau dapat (jawata) GLC, bagi dia elaun RM1,500 sahaja sebulan.


“Tengok dia mahu atau tidak berkhidmat, nak berjuang kerana agama bangsa dan negara, tengok sanggup tidak kita sebagai pemimpin kena bagi contoh baik kepada rakyat,” katanya.

Lebih 30 pemimpin PN telah dilantik menerajui pelbagai GLC sejak PN merampas kuasa pada bulan Mac.

https://www.malaysiakini.com/news/527758

[Video] Tun M akan sertai PKR sedikit masa lagi?

Melalui satu video yang dimuat naik oleh blogger politik Raja Petra Kamaruddin semalam, beliau mendakwa jalan terakhir untuk Pakatan Harapan menghadap Yang Dipertuan Agung bagi merealisasikan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional adalah dengan membenarkan Tun Mahathir Mohamad menyertai mana-mana sahaja parti komponen Pakatan Harapan.




Menurut Raja Petra, adalah mustahil Tun Mahathir dapat menggerakkan usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sekiranya berada di blog ahli parlimen bebas.


Tun Mahathor dikatakan perlu untuk dilantik sebagai presiden mana-mana parti komponen Pakatan Harapan sekiranya mahu meneruskan hasrat itu.

https://msentral.net/video-tun-m-bakal-sertai-pkr-selepas-keahlian-bersatu-digugurkan/

Selangor pula berjaga-jaga, Pertemuan sulit ‘tumbangkan’ kerajaan PH Selangor sudah tersebar?

Pertemuan sulit ‘tumbangkan’ kerajaan PH Selangor?

Kelihatan kenderaan rasmi kerajaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dipercayai dinaiki oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba bersama rombongannya meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor di Shah Alam hari ini.


SHAH ALAM – Belum pun seminggu usia Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) di Kedah kini timbul pula desas-desus Kerajaan Selangor pula dijangka tumbang tidak lama lagi.


Lebih menggemparkan apabila usaha untuk ‘merampas’ Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) didalangi oleh beberapa pemimpin yang sama di sebalik Langkah Sheraton dahulu.


Menurut sumber MalaysiaGazette, satu pertemuan sulit berlaku di antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Amirudin Shari di kediaman Rasmi Menteri Besar (MB) Selangor di sini hari ini.

Ia mula dihidu apabila penularan gambar menu makanan yang disajikan kepada 30 tetamu di kediaman MB Selangor hari ini di mana 20 daripada adalah individu bertaraf VVIP di kediaman rasmi itu.

Lebih menghairankan apabila pertemuan tertutup itu bermula jam 12 tengahari sehingga 3 petang tadi.

Tinjauan MalaysiaGazette ke kediaman rasmi MB Selangor  mendapati, tidak kelihatan kenderaan rasmi yang membawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi mahupun Menteri Dalam Negeri itu.

Sebaliknya, kelihatan kenderaan rasmi kerajaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dipercayai dinaiki oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba bersama rombongan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

MalaysiaGazette menganggarkan hampir 10 kenderaan pelbagai jenis daripada KKM meninggalkan kediaman rasmi MB Selangor bermula jam 2.24 petang hingga 3.09 petang tadi.

Sementara itu, MalaysiaGazette juga dimaklumkan pertemuan sulit itu sebenarnya sudah dirancang lebih awal sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Memandangkan hubungan Mohamed Azmin dan Amirudin dikatakan tegang sebelum ini, rundingan berhubung pertukaran pentadbiran Selangor itu tidak dihadiri oleh Ahli Parlimen Gombak itu.

Sebaliknya Mohamed Azmin hanya menghantar wakilnya sahaja namun sumber tidak memberitahu tarikh dan masa pertemuan yang sebenarnya dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden PKR dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

MalaysiaGazette cuba mendapatkan pengesahan daripada pejabat MB Selangor berkenaan pertemuan sulit itu dan menurut sumber, perjumpaan itu merupakan kunjungan hormat Menteri Kesihatan Malaysia bersama rombongan KKM kepada MB Selangor dan ia dibuat secara tertutup.


Desas-desus Kerajaan Selangor bakal tumbang selepas tindakan Lembaga Disiplin PKR yang melakukan pembersihan parti itu termasuk memecat dan menggantung keahlian beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) PKR di Selangor.

Antara yang dipecat daripada PKR ialah Mohamed Azmin sendiri yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham.

Bagi ADUN di Selangor yang digantung keahliannya ialah Haniza Talha (ADUN Seri Setia) yang juga Ketua Wanita Keadilan kerana menghadiri pertemuan dengan bekas pemimpin PKR itu, Mohamed Azmin dan Zuraida Kamarudin pada Februari lalu.

Selain itu, lima ADUN Bersatu juga kini menjadi pembangkang di Selangor, iaitu Harumaini Omar (Batang Kali); Mohd Shaid Rosli (Jeram); Sallehudin Amiruddin (Kuang); Adhif Syan Abdullah (Dengkil) dan EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang).


Kedudukan PH di Selangor semakin goyah apabila beberapa ADUN PKR di Selangor yang sebelum ini didakwa menyokong Mohamed Azmin mungkin akan menyokong kerajaan PN.

Malah sumber memberitahu ADUN-ADUN PKR itu telah dihubungi Mohamed Azmin sebelum ini dan mereka didakwa bersetuju membentuk Kerajaan PN di Selangor. – MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2020/05/28/pertemuan-sulit-tumbangkan-kerajaan-ph-selangor/

Khamis, 28 Mei 2020

Bakal berlaku peralihan kuasa lagi sekali? Nombor sudah cukup kata sumber

Nombor sudah cukup, selamat tinggal Muhyiddin kata blogger tersohor PKR. Namun tidak dipastikan nombor apa yang cukup.

(Malaysia Gazette) – Drama politik Malaysia semakin hangat dengan satu lagi “kejadian besar” dikhabarkan akan berlaku pada Julai.

Sinchew Daily melaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, dan beliau hanya memerlukan tiga kerusi untuk mencapai hasrat itu.




Sudah ada desas-desus mengenai kejayaan Dr. Mahathir menambat hati tiga wakil rakyat yang diperlukan, malahan tiga penyokong itu dikatakan berstatus menteri dan timbalan menteri.


“Wakil rakyat ini tidak berpuas hati kerana Perikatan Nasional kekurangan hala tuju politik dan tidak menegaskan kerajaan yang bersih,” kata sumber.

Difahamkan, Dr. Mahathir sedang berbincang dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, termasuk mempertimbangkan Ketua Menteri Sabah tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya merampas semula kuasa pentadbiran negara.

“Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,” kata sumber lagi.


Menurutnya, sokongan terhadap Dr. Mahathir telah mencapai 112 yang diperlukan kerana selain 92 kerusi Pakatan Harapan, beliau turut mendapat sokongan lima penyokong daripada Bersatu, Warisan (sembilan), UPKO (satu), selain sokongan Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau di Sarawak serta tambahan tiga orang baharu.

Katanya, Dr. Mahathir pada masa yang sama juga berusaha menarik lebih banyak wakil rakyat untuk menyokongnya.


Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir juga perlu mendapat sokongan Anwar termasuk perlu bertoleransi dalam hal tertentu.

“Dr. Mahathir tidak boleh menukar kerajaan tanpa sokongan Anwar,” katanya.

https://www.tuncarlos.com/2020/05/mahathir-akan-mengadap-agong-dakwa.html

https://www.malaysia-today.net/2020/05/28/satu-lagi-kejadian-besar/

Rabu, 27 Mei 2020

PH kena ambil balik kuasa dari PN, ini wajib kata bekas Menteri

Pakatan Harapan (PH) berikrar untuk merampas kembali pentadbiran Putrajaya daripada Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sambil menegaskan rampasan balik kerajaan adalah perkara wajib kerana ia amanah yang diberikan rakyat ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


“Saya nak menegaskan usaha nak ambil alih kembali pentadbiran yang dirampas oleh PN melalui tindakan khianat adalah usaha yang wajib ke atas PH kerana PH diberi mandat oleh rakyat melalui PRU14.



“PH menang pilihan raya lalu itu amanah besar yang mana setelah PH dikhianati, maka kita tidak ada pilihan melainkan berusaha mendapat balik tampuk pemerintahan sepertimana diperjuang oleh ramai rakyat Malaysia, ia bukan soal nak jawatan, nak kedudukan, ini soal memenuhi amanah rakyat,” katanya ketika sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Ketika ditanya adakah PH sudah kembali mendapat sokongan majoriti, Khalid berkata, jika kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin mempunyai kekuatan, beliau tidak akan menangguhkan perbahasan sidang Parlimen sehingga Julai termasuk membenarkan usul undi tidak percaya terhadapnya.

“Sepatut selepas dia (Muhyiddin) dilantik perdana menteri, kalau dia ada maruah dia buktikan dia ada sokongan majoriti tapi tunda, sekarang dia sedang fikir macam mana nak hadapi Julai.


“Sama ada diadakan atau tidak kita tengok, silap-silap tunda lagi, memang dia tak yakin dengan sokongan yang ada pada dirinya,” katanya.

Ketika ditanya kesediaan PH menghadapi pembubaran Parlimen jika Muhyiddin hilang sokongan, Khalid berkata parti yang akan terjejas teruk dan akan hancur ialah PPBM jika pilihan raya diadakan.

“Kalau Parlimen dibubar maka PPBM hancur, yang nak Parlimen dibubar Umno dan PAS ini sebab Muhyiddin khuatir kalau dibuat undi tidak percaya, Umno dan PAS akan khianat dia dan tidak hairan kerana dia khianat Dr Mahathir, sama ada bubar Parlimen atau tidak saya yakin bila tiba ketika itu PH dapat sokongan majoriti,” katanya.


Khalid berkata, mana-mana wakil rakyat PPBM pro-Muhyiddin juga akan sedar akan kehilangan kerusi jika pilihan raya diadakan.

“Mereka ini akan kembali kepada PH, begitu juga dengan pihak lain yang khuatir dengan pilihan raya,” katanya.

Baca seterusnya https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/27/ph-wajib-rampas-balik-kerajaan-kata-amanah/

PH tetap bertanding walaupun kalah teruk PRK DUN Chini kata bekas Menteri

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) perlu meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini meskipun menyedari mereka mempunyai peluang tipis merampas kerusi Barisan Nasional (BN).

Menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, walaupun PH mempunyai rekod kekalahan teruk dalam lima PRK lepas namun ia boleh dijadikan medan menyampaikan mesej bahawa pentadbiran Putrajaya perlu bersih.



“DUN Chini memang kerusi di mana kita alami kekalahan agak dahsyat dalam PRU lepas, sama ada kita tanding atau tidak belum diputuskan dan pihak mana bertanding juga belum dimuktamadkan.


“Tapi secara prinsipnya, kita perlu bertanding untuk tidak beri laluan mudah, kalau tidak bertanding ia akan dianggap kita tak berani bertanding.

[19:50, 5/27/2020] Khairul Shamlie: “Kita nak bawa mesej bahawa kerajaan perlu bersih dan bebas rasuah, kita perlu suarakan pada setiap masa,” katanya ketika sidang media di pejabatnya hari ini.

PRK DUN Chini, Pahang akan diadakan pada 4 Julai depan, manakala hari penamaan calon adalah pada 20 Jun.


PRK DUN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Allahyarham Abu Bakar mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 4,622 undi.
[19:51, 5/27/2020] Khairul Shamlie: Allahyarham Abu Bakar menewaskan calon Pas yang mendapat 5,405 dan calon PKR mewakili PH hanya mendapat 1,065 undi.


DUN Chini berada di bawah kawasan Parlimen Pekan yang diwakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/05/27/ph-tetap-bertanding-walaupun-kalah-teruk-prk-dun-chini/

Isnin, 25 Mei 2020

Rakyat Malaysia beruntung, Malaysia tidak teruk macam negara lain, jadi bersyukurlah hendaknya kata bekas PM ke-7

Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana situasi wabak Covid-19 di negara ini jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara lain.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun hari ini umat Islam di negara ini tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti biasa, tetapi sekurang-kurangnya wabak Covid-19 di negara ini tidak seteruk negara lain.




Oleh itu katanya, rakyat negara ini perlu bersyukur dan menerima situasi yang berlaku itu termasuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan.

‘Kita harus bersyukur kerana di negara-negara lain keadaan jauh lebih teruk. Mereka nak ada sekatan pun tak dapat.

“Mereka bercampur-campur. Mereka tak ikut aturan dan dengan itu ada besar kemungkinan lepas raya nanti akan ada yang akan dapat jangkitan,” katanya melalui klip video Aidilfitri yang disiarkan di Facebooknya.

Katanya, Malaysia bernasib baik kerana rakyatnya lebih tertib dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.



Pada hari ini pun kata Dr. Mahathir, kes-kes positif Covid-19 sudah berkurangan, tetapi ia perlu terus dilakukan hingga sampai kepada angka sifar.

Sehubungan itu katanya, rakyat Malaysia perlu terus patuh kepada peraturan termasuk kali ini terpaksa berhari raya dalam keadaan tertutup.

“Tahun ini kira beraya dalam keadaan tertutup, iaitu kita tidak seperti biasa. Bebas  untuk ke sana sini melawat kawan-kawan melawat ahli keluarga dan sebagainya.


“Namun demikian walaupun raya duduk di rumah, tetapi duduk dirumah itu memadailah, memandangkan penyakit itu merebak ke seluruh Malaysia,” katanya.

Oleh itu katanya, adalah penting untuk rakyat negara ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan Covid-19 tidak merebak.

“Kita sedar bahawa perintah berkurung  (PKPB) ini adalah perintah yang penting kita ikuti. Jika tidak oenyakit ini akan merebak kepada lebih ramai rakyat negara ini.


“Walapun kita kecewa sambut raya tahun ini tak macam dahulu, tetapi  insya Allah kalau (kita) dapat kurangkan penyakit ini sehingga ia berhenti, mungkin insya Allah tahun depan dapat sambut raya seperti biasa,” katanya.

Dalam klip video selama kira-kira 12 minit itu. Dr. Mahathir bersama isteri. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di negara ini. – SM

https://suaramerdeka.com.my/rakyat-malaysia-perlu-bersyukur-negara-lain-jauh-lebih-teruk-dr-mahathir/

PH runtuh semuanya kerana salah Tun M kata Ronnie Liu

KUALA LUMPUR – Pemimpin tertinggi pusat DAP (CEC), Ronnie Liu terus menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menjadi punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek berkata, jika Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti janji yang dibuatnya, tidak timbul masalah.



Katanya, jika Dr Mahathir tidak meletakkan jawatan dan menerima nasihat Yang di-Pertuan Agong, tidak ada masalah.

”Jika Tun tidak melucutkan seluruh Kabinet, tiada masalah.

” Jika Tun M tidak mencadang untuk menubuhkan sebuah kerajaan unity (perpaduan) tanpa PH dan mana-mana parti politik, tiada masalah.

”Akhirnya Kerajaan PH tumbang kerana rampasan kuasa oleh orang parti Tun M sendiri, termasuk anak angkatnya AA dan timbalannya Moo,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.


AA dan Moo dipercayai adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak cukup dengan itu, Ronnie berkata, semua ‘katak-katak’ yang melompat parti dari UMNO kini berada dalam kem Muhyiddin.

“Padan muka Tun M,” katanya.


Tambah Ronnie, yang membatalkan akta melompat parti adalah Dr Mahathir, malah yang menolak enakmen akta anti-melompat parti juga Dr Mahathir.

Menurut beliau, jika wujudnya akta anti-lompat parti, pastinya Kerajaan PH di peringkat pusat dan negeri termasuk Johor, Melaka, Perak dan Kedah tidak akan terjatuh ke tangan kerajaan sekarang.


”Tun M lah yg menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan beliau belum lagi mengaku kesilapannya dan belum meminta maaf kepada rakyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/05/22/semuanya-salah-tun-m-ronnie/

Sabtu, 23 Mei 2020

PH diambang perpecahan, sudah mula kelihatan tanpa selindung kata penganalisis

PETALING JAYA: Seorang penganalisis percaya bibit perpecahan mula kelihatan dalam blok pembangkang, terutama selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir sidang media yang diadakan Dr Mahathir Mohamad ketika pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain hadir.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata alasan Anwar tidak hadir – sidang media itu bukan dianjurkan PH secara rasmi – adalah aneh, terutama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menghadirinya.



Beliau berkata ia jelas ada isu yang belum selesai dalam kalangan pembangkang dan memberi amaran potensi pakatan itu untuk menawan kembali Putrajaya akan terjejas sekiranya perbezaan mereka gagal diselesaikan.

Azmi berkata perselisihan dalaman yang sudah berlaku sejak PH menjadikan PPBM sebagai sekutu, sinonim dengan persepsi pakatan itu tidak menunjukkan prestasi yang baik sebagai sebuah kerajaan.

“Pembangkang perlu mengetepikan perselisihan dalaman seperti ini, yang mana bagaimana mereka hilang sebagai kerajaan pada mulanya.


“Rakyat agak berwaspada dan mungkin mengesyaki mereka tidak memiliki apa yang diperlukan untuk memerintah negara ini,” katanya kepada FMT.

James Chin dari Institut Asia University of Tasmania
berkata PKR dilihat sebagai hubungan yang lemah dalam PH ketika ini, sambil menambah ada kemungkinan lebih banyak pembelotan dari parti Anwar untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).


Beliau berkata pendaftaran rasmi PN sebagai entiti politik akan menjadi faktor penentu utama jika ia akan ditubuhkan sebagai gabungan tunggal menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Jika PN didaftarkan sebagai sebuah gabungan- di mana saya fikir mereka akan lakukannya – maka ini akan membolehkan semua parti PN, termasuk Barisan Nasional (BN), berdiri di bawah simbol parti tunggal.

“Dan lebih lama mereka (PN) memegang kuasa, lebih mudah untuk mereka membawa masuk beberapa orang PKR,” katanya.

Azmi Hassan

Chin berkata kedudukan PPBM ketika ini bersejarah dan menarik, berikutan tidak pernah berlaku parti pemerintah yang memiliki ahli Parlimen dalam kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang.


Menyentuh mengenai organisasi politik, Azmi berkata, BN dilihat sebagai gabungan yang lebih stabil berbanding PN dan PH.

“PN adalah yang paling lemah memandangkan ahli berada dalam gabungan itu kerana agenda yang berbeza, berbanding dengan PH, di sebalik perselisihan dalaman mereka, mempunyai agenda bersama untuk menyingkirkan BN.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/23/bibit-perpecahan-mula-kelihatan-dalam-ph-kata-penganalisis/

[Panas] Seorang lagi ahli Parlimen PKR akan keluar parti

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti, satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan.

Sumber dalaman parti beritahu FMT bahawa ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak tumbangnya kerajaan PH pada Februari, yang juga menyaksikan penyingkiran para penyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali daripada PKR.



Azmin dan beberapa ahli Parlimen belot dan menyokong Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dengan sokongan Umno, PAS, dan GPS.


Dipercayai ahli Parlimen itu akan mengumumkan keluar PKR esok. FMT tidak menamakan wakil rakyat itu sehingga mendapat pengesahan.

Sumber sama beritahu FMT bahawa PKR akan menyaksikan “beberapa lagi ahli Parlimen” jadi wakil rakyat Bebas.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/22/seorang-lagi-ahli-parlimen-pkr-akan-keluar-parti/

“Besar kemungkinan ahli-ahli Parlimen ini kekal sebagai wakil rakyat Bebas. Macam mana sekalipun, ia satu tamparan pada Anwar Ibrahim dan PH yang berusaha untuk mendapatkan sokongan wakil rakyat untuk kembali berkuasa,” kata sumber itu, merujuk kepada presiden PKR yang juga kini pengerusi PH.


Perkembangan ini seminggu selepas 2 Adun PKR di Kedah mengumumkan keluar parti, mempercepatkan kejatuhan kerajaan PH pimpinan Mukhriz Mahathir.

Mukhriz meletakkan jawatan MB beberapa hari selepas Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra PN.

Khamis, 21 Mei 2020

PN patut guna formula Kerajaan PH mampu kawal kenaikan harga barang kata bekas Menteri

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang seharusnya menggunakan kaedah kerajaan Pakatan Harapan (PH)  dahulu bagi mengawal kenaikan harga barangan sepanjang 22 bulan mentadbir.

“PN seharusnya menggunakan kejayaan PH mengawal kenaikan harga barang sepanjang 22 bulan mentadbir sebagai kayu ukur, dan meneruskan dasar-dasar yang menjaga kemaslahatan dan kebajikan rakyat,” kata PH dalam satu kenyataan hari ini.


Foto - Malaymail

Kenyataan itu ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mohd Hatta Ramli dan Naib Presiden DAP,  Chong Chieng Jen.


PH juga mahu tempoh pemantauan dan jumlah barangan yang dikawal harganya perlu ditambah.

Kaedah dahulu bukan sahaja dapat mengawal harga barangan pada musim Hari Raya Aidilfitri dalam masa sama tindakan yang pernah dilakukan PH juga didakwa dapat membantu rakyat khususnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Perbezaan jumlah barang dan hari kawalan ini cukup memberi kesan kepada harga barangan keperluan akibat permintaan tinggi khusus sekitar musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.


“Pada ketika ramai hilang punca pendapatan malah juga pekerjaan, dibeban pula dengan perbelanjaan besar menjelang Hari Raya, perkara yang paling diharap oleh rakyat adalah Kerajaan yang prihatin dan proaktif menyelesaikan masalah rakya,” kata mereka lagi.

Sehubungan itu, kerajaan digesa untuk meningkatkan jumlah barangan kawalan dan hari kawalan serta segera melaksanakan lagi langkah yang patut untuk menurunkan harga barangan keperluan penting bagi Hari Raya Aidilfitri.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan 11 jenis barangan kawalan yang terlibat dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada musim perayaan kali ini.


Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, 11 barangan tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.

Pelaksanaan skim itu melibatkan tiga perayaan iaitu Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, yang akan disambut tidak lama lagi.

Tarikh skim ini berkuatkuasa adalah bermula 20 Mei (Rabu) hingga 3 Jun iaitu selama 15 hari.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/05/21/pn-patut-guna-formula-kerajaan-ph-kawal-kenaikan-harga-barang/

Anwar sahkan audio mesyuarat PH yang tegang itu asli, saksikan sendiri pertikaman lidah

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan rakaman audio mesyuarat gabungan itu pada 21 Februari lalu yang ditularkan baru-baru ini adalah sah.

Anwar turut berkata semua pertikaman lidah dalam mesyuarat itu juga benar-benar berlaku dan disaksikan sendiri oleh beliau.



“Memang tepat apa yang disuarakan itu bukan palsu memang berlaku begitu, dan saya tidak fikir ia berlaku tanpa perancangan baru, tanpa dalang besarnya kerana seperimana kita tahu yang dibangkitkan itu soal kedudukan Tun Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Baru-baru ini tersebar rakaman audio lebih dua jam semasa mesyuarat Majlis Presiden PH yang kedengaran tegang apabila pertikaman lidah tentang penetapan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar.

Antara suara yang kedengaran dalam rakaman audio itu adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Lim Guan Eng, Datuk Seri Azmin Ali dan ada juga suara Anwar.


Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata situasi itu tegang kerana ada pihak yang tidak puas hati dengan indidivu yang menyingkap kembali janji yang dibuat PH bahawa jawatan perdana menteri hanya digalas sementara oleh Dr Mahathir dan patut diserahkan kepada beliau.

Malah perkara itu pernah dipersetujui semua parti gabungan parti dalam PH.

“Disebut mulanya setahun, dua tahun, kemudian lepas APEC, saya setuju semua, itupun tidak memuaskan hati golongan ini, ada kakak itu sebut kalau boleh biarlah (Mahathir) selamanya, ini putar belit politik, paling rendah dan jijik dalam sejarah,” katanya.

Kakak yang dimaksudkan dipercayai merujuk kepada bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Kata Anwar, semuanya bermula apabila beberapa pemimpin Bersatu dan bekas pemimpin PKR bertindak membuat bantahan jika isu peralihan kuasa terus dibangkitkan.


“Bila dalam mesyuarat itu, beberapa orang PPBM dan pengkhianat dalam PKR merancang membuat gesaan yang keras membantah apa-apa pandangan tentang transisi menyebabkan beberapa teman kita dari Amanah, PKR dan DAP bersuara

Baca seterusnya https://malaysiagazette.com/2020/05/21/anwar-sahkan-audio-mesyuarat-ph-saksikan-sendiri-pertikaman-lidah/

Langkah Sheraton punca negara alami gelombang kedua Covid-19, kata Kit Siang

Lim Kit Siang lupa agaknya, masa gelombang awal, menteri PH banyak buat kenyataan dan keputusan paling tidak sesuai ketika covid19 sudah merebak diseluruh dunia.

Malah Menteri Kesihatan ketika itu menyanggah WHO mengatakan bakal memberi panik, Menteri Pelancongan lagilah, dengan penuh emosi, katanya jangan halang pelancong China yang sihat untuk melancong di negara ini.


Perdana Menteri ke-7, apa pula kata dia, mana kita nak letak 2 juta pelancong China? Dalam kandang lembu? Kata-kata pemimpin PH ketika itu sangat menjelekkan ibarat tidak serius menangani wabak ini.

Paling lahabau kata orang Melaka, sudahlah mereka tidak bersungguh menangani wabak ini, ketika wabak sedang bergelora, Kerajaan PN yang banyak melakukan kerja ketika wabak ini berterusan dan kalaulah tidak bertukar kerajaan, apa agaknya yang pemimpin PH ini akan buat?

Ikat perut? Jangan harap duit kerajaan? Jaga diri sendiri atau wabak makin teruk kerana kebodohan Menteri PH itu sendiri.


Rakyat Malaysia semua tahu perangai huduh pemimpin PH.

Langkah Sheraton punca negara alami gelombang kedua Covid-19, kata Kit Siang

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyalahkan “langkah Sheraton” sebagai punca gelombang ke-2 penularan Covid-19 di negara ini dengan berkata, jika bukan kerana langkah politik itu, Malaysia mungkin dapat mengelakkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata hampir separuh kes Covid-19 yang dikesan membabitkan kluster konvensyen jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.




Perhimpunan keagamaan itu berlangsung antara 28 Feb dan 1 Mac membabitkan peserta tempatan dan antarabangsa.

“Jika tidak kerana ‘langkah Sheraton’ dan pergolakan politik yang semakin buruk seperti dinyatakan dalam titah Yang di Pertuan Agong pada pembukaan sidang Parlimen selama 1 hari pada Isnin, Malaysia tidak perlu berdepan gelombang ke-2 penularan Covid-19.

“Jumlah kes Covid-19 kita yang disahkan akan berada dalam lingkungan 3000, jika tidak di bawah 3,000 kes, berbanding hampir mencapai 7,000 kes hari ini.”


Beliau berkata ketika Malaysia melaksanakan PKP pada 18 Mac, negara mencatatkan jumlah tertinggi kes Covid-19 di Asia Tenggara dan kedudukan ke-18 di dunia.

“Sekarang, kedudukan kita jatuh ke tangga ke-56 dari segi jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang disahkan. Sebenarnya, jika bukan sebab gelombang ke-2 penularan Covid-19, kita sepatutnya berada di atas kedudukan ke-70 dalam kalangan negara di dunia dari segi kes Covid-19 yang disahkan.”


Malaysia, katanya, sepatutnya berada di belakang Thailand yang mempunyai penduduk 2 kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia, tetapi negara jiran itu berada pada kedudukan ke-70 itu dan hanya melaporkan 3,033 kes dan 56 kematian.

“Kesan langkah Sheraton dan pergolakan politik yang semakin buruk memberikan impak yang sangat berat kepada Malaysia.”

Untungnya, kata Lim, Malaysia tidak perlu bergantung pada kepemimpinan politik untuk memerangi gelombang ke-2 Covid-19.

“Rakyat Malaysia dengan tepat memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri mereka sendiri bagi memastikan gelombang ke-2 penularan Covid-19 terkawal.”


Lim berkata, kerajaan seharusnya membentangkan pelan strategi keluar Covid-19 bagi memastikan pemulihan ekonomi ketika Dewan Rakyat bersidang pada Isnin.

“Bilakah kerajaan akan membentangkan kepada umum strategi pelan keluarnya dan ‘blue print’ sewaktu pakar menasihatkan orang ramai supaya belajar hidup dengan koronavirus memandangkan vaksin yang efektif mungkin mengambil masa 2 hingga 5 tahun untuk dibangunkan dan boleh didapati dengan mudah?”

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...