Menurut Speaker Mohamad Ariff Md Yusof, kerajaan telah meminda urusan majlis mesyuarat Dewan Rakyat dengan menetapkan tiada sidang selepas titah diraja.
Mohamad Ariff Md Yusof - Speaker Dewan Rakyat
Mohamad Ariff berkata, surat daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan penularan wabak Covid-19 “masih belum reda sepenuhnya”.
Pindaan itu selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Menurut Ariff, setiausaha Dewan Rakyat akan mengeluarkan notis baru kepada semua ahli Dewan Rakyat.-SM
https://suaramerdeka.com.my/dewan-rakyat-18-mei-hanya-titah-agong-tiada-sidang/?fbclid=IwAR17CFa00CNJUdQwbb2Q-hSyFuHxhfndo_7dR1z92cp3HxDauq46nQVzIRE
Tiada ulasan:
Catat Komen