Sabtu, 30 Mei 2020

Kerana Mahathir, semuanya Mahathir punya fasal

Mahathir punya fasal. Ringkas dan mudah jika kita membuat kesimpulan terus terhadap apa yang terjadi dalam senario politik sejak beberapa minggu ini.

Cuma, dua atau tiga hari kebelakangan ini, suhunya memuncak lebih daripada biasa apabila pimpinan dalam Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) saling pecat-memecat.



Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi melalui politik kepartian, sepatutnya tidak timbul isu perebutan kuasa seperti yang berlaku dalam Bersatu.


Seeloknya semua itu diterjemah dalam pemilihan parti bagi menentukan siapa yang boleh menjadi Pengerusi, Presiden, Setiausaha Agung dan timbalan-timbalannya.

Namun, itu bukanlah isu sebenar hendak dikupas. Cuma disentuh sikit kerana lain macam betul dramanya.

Kita patut lihat sisi positif dari segi perwatakan antara pemimpin-pemimpin, ambil contoh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sehingga kini masih mengaku sebagai Pengerusi parti setahun jagung itu.

Berdasarkan situasi yang berlaku di bangunan Yayasan Selangor semalam, memang benar-benar menampakkan kecelaruan Bersatu.

Namun begitu tak boleh nafikan pengaruh dan aura atau bahasa kasarnya ‘badi’ yang dibawa oleh Dr. Mahathir walaupun sudah dipecat.

Justeru, tiada siapapun petang semalam berani menghalangnya daripada memasuki pejabat pengerusi di tingkat lapan. Begitu juga dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.




Bukan itu sahaja, malah memanggil sidang akhbar untuk menyatakan pendiriannya serta memaklumkan mahu memecat Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakannya itu menyebabkan pimpinan parti yang berada dalam kerajaan pun kelam-kabut semalam.

Sebelum itu, penulis menerima jemputan sidang akhbar yang diketuai Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Lokasi asal sepatutnya dekat Petaling Jaya, tetapi ditukar ke sebuah hotel di Pusat Bandar Damansara. Kemudian balik semula ke lokasi asal.


Selepas habis sidang media, penulis diberitahu kepimpinan parti ini enggan bertembung iaitu antara pasukan kerajaan dan pembangkang.

Sebab itu lokasi sidang akhbar bertukar-tukar.


Itulah yang boleh dikatakan pengaruh, aura atau badi yang dibawa Dr. Mahathir. Boleh jadi sama ada bakat ataupun sumpahan.


Bila beliau letak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu, habis kacau politik parti dan negara.

Tetapi, apa yang ditinggalkan itu menyebabkannya mampu untuk cuba bangkit balik bersama parti yang diasaskannya bersama enam pemimpin lain.

Ini semua Dr. Mahathir punya fasal, apabila beliau letak jawatan dan Muhyiddin dipilih, mulalah adegan-adegan tidak puas hati dalam parti.

Akhirnya “dia pecat kau, kau, kau, kau dan kau. Aku pecat dia. Kami pecat Muhyiddin.” – SM

https://suaramerdeka.com.my/ini-semua-mahathir-punya-fasal/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Dengan Muhyiddin 'berkuasa mutlak', Dr M jangka berlaku salah guna kuasa

 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata "kuasa mutlak" yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pe...