Rabu, 20 Mei 2020

Klip audio 'hari ini kita keluar PH' satu pembohongan - Syed Saddiq

Satu lagi klip audio yang dikaitkan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Feb lalu beredar.

Kali ini, klip audio berkenaan menggambarkan suara seseorang yang dikaitkan sebagai suara Dr Mahathir Mohamad yang bersetuju agar Bersatu keluar PH.


Bagaimanapun, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa klip audio itu "pembohongan".



Syed Saddiq mendakwa dia sendiri berada di dalam mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada 23 Feb dan menurutnya Mahathir merayu agar pemimpin Bersatu tidak memaksanya "melanggar prinsip".

"Ini terang-terang adalah pembohongan. Saya hadir mesyuarat itu. Mahathir merayu tiga kali untuk tidak meninggalkan PH.

"Kali terakhir beliau merayu, berliau berkata 'jangan paksa saya langgar prinsip saya'.

"Saya cadangkan majlis pimpinan tertinggi (MPT) mendedahkan rakaman audio penuh yang akan membuktikan bagaimana Mahathir merayu agar tidak tinggalkan PH," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Marzuki Yahya, yang juga hadir mesyuarat itu berkata klip audio berkenaan sebagai hasil suntingan.


Marzuki bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Tariq Ismail Mustafa, dalam satu kenyataan menyifatkan klip audio berkenaan sebagai tindakan terdesak "puak-puak Sheraton".

Tariq dipercayai merujuk individu di sebalik gerakan politik Feb lalu yang membawa kepada tumbangnya PH.

"Anehnya, walaupun saya salah seorang ahli MPT yang hadir di mesyuarat tergempar tanggal 23 Februari 2020 tersebut, tidak sekali pun pada ingatan saya, keputusan dibuat agar menarik diri dari gabungan PH.


"Hakikatnya, usul untuk keluar daripada PH untuk bergabung bersama Muafakat Nasional berakhir dengan keputusan untuk menyerahkan keputusan muktamad kepada Mahathir setelah beliau menilai dan mempertimbangkan dengan teliti usul tersebut.

"Hakikatnya, puak-puak Sheraton semakin terdesak bagi membuktikan kesahihan mereka sehingga sanggup menimbulkan syak wasangka antara Mahathir dan PH serta perjuangan asal Bersatu walau apa cara sekalipun," katanya.

Baca seterusnya https://www.malaysiakini.com/news/526467

1 ulasan:

Melayu tak daftar undi sebab lihat ahli politik seolah dirasuk syaitan kata Khalid Samad

 PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ramai orang Melayu berag...