Selasa, 12 Mei 2020

PH Kedah runtuh, Adun Lunas dan Sidam keluar parti PKR

Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas memperolehi bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mencukupi hari ini.

Sebentar tadi dua ADUN dari PKR iaitu ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee turut mengumumkan perletakan jawatan mereka di dalam PKR.



Mereka telah mengistiharkan perletakan jawatan dan turut memaklumkan mereka kini bukan lagi sebagai ADUN Parti Keadilan ( PKR).

Mereka turut mengumumkan memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut  Menyokong sepenuhnya Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat dan Negeri.


Sementara itu, dijangka satu sidang media PN akan berlangsung pada jam 3 petang ini, dimana dikahabarkan ianya bakal disertai pimpinan PAS dan UMNO Kedah bagi mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu.

Ketika ini, PAS dan UMNO mempunyai 17 kerusi DUN Kedah dan tambahan dua kerusi PKR menjadikan jumlah dimiliki gabungan itu adalah 19 kerusi.


Jumlah 19 kerusi DUN Kedah itu sudah mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri baharu yang bakal menyaksikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hilang majoriti.

Minggu lalu, PAS Kedah mengumumkan keyakinan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Keyakinan itu bersandarkan semangat kerjasama Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang kini memiliki 17 kerusi DUN, selain kepincangan dan permasalahan yang berlaku dalam kalangan ADUN PH ketika ini.

Ketika ini, komposisi DUN Kedah menyaksikan PAS menguasai 15 kerusi, PKR (tujuh), BERSATU (enam), Parti Amanah Negara (empat), DAP (dua) dan UMNO (dua).

https://therakyatinsight.com/adun-lunas-dan-adun-sidam-sah-keluar-parti-pkr/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...