Isnin, 18 Mei 2020

Saya tidak peduli, usul undi tidak percaya adalah hak saya kerana Muhyiddin bekerjasama dengan Najib kata Mahathir

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri adalah kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional tanpa restu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Perkara itu dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang berulang kali menyebut bahawa Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan kleptokrat yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.



Katanya, amat malang apabila individu yang bersetuju dengan matlamat Bersatu itu kini bekerjasama dengan parti yang telah dijatuhkan oleh Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berulang kali menyebut nama Najib yang disifatkan sebagai pencuri dan kleptokrat, justeru keputusan Muhyiddin membawa keluar Bersatu dari PH dan bersama-sama PN bukan sahaja tidak pernah mendapat restu parti malah beliau tidak pernah merujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Hari ini diisytiharkan Bersatu sudah jadi PN, UMNO kata tidak ada parti PN. Tapi Muhyiddin Yassin telah sertai PN tanpa kelulusan Majlis Tertinggi Bersatu.


“Ini bertentangan dengan dasar perlembagaan parti. Nampak Bersatu telah diambil alih oleh Muhyiddin Yassin tanpa perlu rujuk kepada badan berkuasa dalam Bersatu.

“Ini masalah yang dihadapi Bersatu,” katanya dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) hari ini.

Dr Mahathir turut menarik perhatian mengenai kedudukan Bersatu yang menurut beliau masih sebahagian dalam gabungan PH bertentang dengan apa yang diumumkan Muhyiddin selama ini.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan MPT parti itu untuk keluar PH dan sebaliknya hanyalah diperingkat cadangan.

“Apa yang dilakukan Muhyiddin sebagai Presiden tidak melalui proses biasa (umum keluar parti), pertama MPT tidak pernah buat keputusan kepuar daripada PH


“Sepertimana kita semua tahu, dalam rakaman audio Muhyiddin beri masa satu minggu kepada kepada saya untuk buat keputusan tapi sebelum genap satu minggu dia sudah ambil tindakan tidak ada lagi dalam PH, ini bertentangan dengan perlembagaan parti.

Malah Muhyiddin juga didakwa membuat kenyataan bertentangan terhadap pemimpin UMNO semasa sama-sama menubuhkan Bersatu.


“Hari ini dia buat keputusan kerjasama dengan Najib Razak, itulah cara yang dilakukan Muhyiddin yang menyedihkan kami, dari awal kita tubuh PPBM untuk nak jatuhkan kerajaan Najib,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/05/18/tun-m-jelaskan-usul-undi-tak-percaya-kerana-muhyiddin-kerjasama-dengan-najib/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pemimpin Umno ada kes mahkamah jangan ugut keluar PN - Bersatu Kepong

Pemimpin Umno yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah dinasihatkan supaya jangan melakukan ugutan politik mahu keluar daripada kerajaan ...