Rabu, 13 Mei 2020

'Serbuan ke rumah Najib malam Ramadan 2018 sangatlah keterlaluan'

Mengenang detik-detik penggeledahan rumah bekas perdana menteri pada malam pertama Ramadan 2018, bekas pengawal peribadi kepada Najib Razak, berkata sebagai anggota polis tindakan itu dilihatnya keterlaluan.


Sub Inspektor (B) Alias Yahya dipetik laporan The Malaysian Gazette berkata serbuan yang bermula pada malam 16 Mei itu melayan bekas perdana menteri seolah-olah Najib ialah suspek kes yang melibatkan mati mandatori.

“Bekas perdana menteri pun, baru berapa hari baru kalah saja. Tapi dia serang dia serbu rumah macam kes yang melibatkan mati mandatori tu.


“Sebagai polis akhirnya saya pun macam tak puas hati juga, walaupun dia orang (polis) tugas, tapi dalam hati kecil saya memang saya tak puas hatilah, sebab kalau penjenayah yang memang dikehendaki oleh polis tak apalah kamu buat macam itu.

“Ini perdana menteri tu, bekas perdana menteri. Buat dia sampai macam tu, saya tak puas hatilah. Tapi tak boleh buat apa sebab mereka pun terima arahan,” kata Alias (gambar bawah, di sebelah kanan Najib).

Pada lewat malam 1 Ramadan 2018, yang menyaksikan lebih 10 kereta polis dan sebuah Black Maria berada di luar banglo Najib di Langgak Duta bagi tujuan penggeledahan yang berlanjutan sehingga 18 jam.

Tindakan terhadap Najib itu, malah turut mengundang maklum balas pentadbiran PH.

Daim Zainuddin yang ketika itu menjadi pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata Najib harus diberi layanan secara bermaruah dan kesamarataan sebagaimana warga negara Malaysia yang lain sungguhpun di tengah-tengah operasi penggeledahan oleh pihak berkuasa di kediaman peribadi beliau.

“Semua orang harus dihormati dan diperlakukan seperti manusia terutama bekas perdana menteri. . Mereka (para pegawai) harus membiarkan orang tidur,” katanya.

Malah ada antara pemimpin PH ketika itu membantah cara polis menggeledah kediaman Najib berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebelum ini.


Nurul Izzah Anwar yang ketika itu naib presiden PKR misalnya berkata siasatan pihak berkuasa sepatutnya berlangsung mengikut konsep keadilan serta tidak mengetepikan aspek hikmah.


"Sebagai bekas mangsa serbuan pada awal pagi, saya mesti tegaskan bantahan saya terhadap penggeledahan pada mana-mana rumah pada waktu yang tidak sewajarnya, katanya.

Pemimpin Amanah Khalid Samad pula berkata tiada sebab untuk menyiasat Najib sehingga jam 4 pagi.

Balas dendam

Sebelum serbuan itu berlaku, Najib baru selesai menunaikan solat tarawih di Majid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.


Najib pada laporan The Malaysian Gazette hari ini berkata beliau tidak terfikir serbuan akan dilakukan pada malam Ramadan pertama, dan menyifatkannya sebagai perbuatan “balas dendam” terhadapnya.

“Saya tak terfikir hari pertama malam pertama Ramadan dia nak lakukan perkara ini, seolah-olah tak ada masa lain.

“Tapi itulah kerajaan PH memang mereka nak, ada sifat balas dendam yang amat sangat. Jadi mereka lakukan apa sahajalah.


“Itu permulaannya, mereka menggeledah rumah ni dengan alasan ini ada kaitan dengan 1MDB,” katanya lagi.

Susulan serbuan ke rumahnya itu, kediaman yang berkaitan dengan Najib juga turut digeledah polis.


Najib dan beberapa ahli keluarganya kemudian dikenakan berbagai pertuduhan berkaitan skandal 1MDB, termasuklah pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan jenayah pecah amanah.

https://www.malaysiakini.com/news/525387

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...