Selasa, 12 Mei 2020

SPRM siasat rasuah: Berani kerana benar, kata Syed Saddiq

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq tidak gentar dengan tuduhan rasuah yang dilemparkan terhadap beliau berhubung kehilangan wang tunai RM250,000 di rumahnya.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau sendiri melaporkan kes tersebut kepada pihak sekaligus membuktin wang tersebut bukan duit rasuah. Beliau juga menegaskan sekali lagi bawa wang yang hilang itu melibatkan milik dirinya dan keluarga.


“Kami sudah buat laporan polis. Wang untuk tujuan renovasi rumah. Kalau duit rasuah, kenapa kita nak laporkan?


Walaupun diberikan AP semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah. Tiada Vellfire, tiada sports car. Saya juga tiada aset yang mahal dan baru yang dibeli,” kata Syed Saddiq.


Hari ini media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kes rasuah terhadap Syed Saddiq Syed.

Difahamkan, kertas siasatan telah dibuka susulan kejadian pecah masuk kediaman bekas menteri itu di Petaling Jaya pada 29 Mac lalu yang mengakibatkan kehilangan wang tunai ratusan ribu ringgit.

Menurut sumber, Syed Saddiq telah dipanggil untuk proses merekod keterangan.

Sementara itu Syed Saddiq berkata, ehingga sekarang beliau tidak faham mengapa ada keperluan untuk seorang menteri menerima rasuah.

Jelasnya seorang menteri menerima gaji dan gaji Ahli Parlimen berjumlah RM55,000. Menteri juga menerima elaun one-off berjumlah RM42,000 dan elaun percutian tahunan berjumlah RM70,000.


Selain itu seorang menteri juga menerima elaun makan berjumlah RM180 sehari dan elaun pindah rumah berjumlah RM10,000.

Menteri juga akan menerima bayaran RM150,000 sekiranya diberhentikan.


“Untuk kes ini saya serahkan sepenuhnya ke pihak SPRM untuk siasat dan saya telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sejak kes ini mula disiasat hampir dua bulan,” kata Syed Saddiq.

https://suaramerdeka.com.my/sprm-siasat-rasuah-berani-kerana-benar-kata-syed-saddiq/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Suhakam: Vaksin percuma perlu rangkumi banduan, warga asing

 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan memberikan vaksinasi percuma kepada golongan rentan serta mereka yang berada dala...