Rabu, 10 Jun 2020

Baru 3 bulan jadi PM tidak pernah lagi orang nobat sebagai 'Bapa' kata pembantu Lim Kit Siang

Dia punya dengki orang kata dah tidak boleh bawa bincang, almaklumlah setelah kerajaan PH runtuh, ramai pemimpin PH terutaman D4P jadi sawan yang agak teruk.

Perilaku masing-masing menampakkan sangat celaru dalam perubahan kuasa yang mereka sendiri pun tidak sedar dipermainkan oleh PM yang dahulu.



Masalahnya cara mereka meroyan agak lucu, bila nitizen memanggil PM Muhyiddin sebagai 'Bapa' pun mereka boleh koyak.


Apa punya level pemimpin pembangkang agaknya yang mempunyai pemikiran sebegini.

Tak pernah PM berkhidmat 3 bulan dinobat sebagai ‘bapa’


Setiausaha Politik Lim Kit Siang Syahredzan Johan mempertikaikan gelaran Bapa Kebajikan Rakyat yang diberikan oleh Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Menurutnya tidak ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri dinobatkan sebagai bapa dalam masa tiga bulan menerajui kerajaan dan negara.




Justeru beliau mempersoalkan sama ada gelaran yang diberikan oleh pensyarah tersebut, Mohd. Syukri Shuib
yang dipetik oleh Bernama TV dalam laporan 100 hari pentadbiran Muhyiddin itu sebagai propaganda.


“Tak pernah rasanya seorang Perdana Menteri dinobatkan sebagai ‘bapa’ apa-apa dalam masa 3 bulan jadi PM. Tak tahu lah apa punya propaganda sampai macam ni,” ciap Syahredzan dalam Twiternya hari ini.

Dalam laporan Bernama TV, Mohd. Syuib berkata, gelaran Bapa Kebajikan Rakyat itu diberikan berikutan kepimpinan Muhyiddin dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat bagi mengharungi kemelesetan ekonomi ekoran wabak Covid-19.

Pensyarah itu berkata, kewibawaan dan keprihatinan Muhyiddin sebagai ketua kerajaan menonjol dari segi pengurusan dan kaedah menangani kesan ekonomi ke atas rakyat akibat penularan virus Covid-19.


Menurutnya, segala langkah Muhyiddin bukan sahaja memerlukan arahan segera, berani dan tegas tetapi kebijaksanaan mengatur strategi supaya kepentingan semua pihak terjaga.

Ini membawa kelegaan kepada rakyat walaupun berada dalam Perintan Kawalan Pergerakan yang cukup tegas.

Sementara itu panggilan ‘Abah’ juga diberikan kepada Muhyiddin oleh rakyat di media sosial.  Gelaran itu diberikan selepas beberapa kali Muhyiddin muncul secara langsung di kaca TV mengumumkan bantuan kewangan dan ekonomi kepada rakyat yang terdesak berikutan kesan ekonomi yang dicetuskan oleh Covid-19.


Selain Muhyiddin, gelaran ‘Pak Long’ diberikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan ‘Pak Ngah’ kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Gelaran yang diberikan netizen di media sosial itu menggambarkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sudah memasuki hari ke-100 dekat di hati rakyat dan menerapkan konsep kekeluargaan.


Kerajaan PN menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik Covid-19 namun berjaya mengambil hati rakyat.-SM

https://suaramerdeka.com.my/tak-pernah-pm-berkhidmat-3-bulan-dinobat-sebagai-bapa/

1 ulasan:

  1. MACAM LAHANAT BANGSAT MELAYU MUNAFIQ MELAYU DAP NI.SELALU2 LA DOAKAN TANAH MELAYU MALAYSIA NI AMAN JER WAHAI MELAYU MUNAFIQ DAP..

    BalasPadam

'Malas layan, PRU14 pun ahli MIC tak sokong PAS, mereka undi PH'

 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan me...