Isnin, 8 Jun 2020

Big data pukau moden jadikan penyamun sebagai hero – Tun M

Maklumat yang diperolehi hasil analisa big data kini digunakan dalam kempen politik bagi memikat pengundi dan penyokong.

Menyifatkan big data sebagai kaedah pukau moden, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaedah tersebut telah menyebabkan si pencuri didewa-dewakan sebagai hero.


Pukau moden ini berasas kepada sains dan psikologi.



“Maklumat terperinci dan menyeluruh (big data) berkenaan seseorang atau sesuatu kumpulan boleh didapati dari segala kegemaran memakan, membeli-belah, jenis hiburan, sukan, pelancongan dan lain-lain.

“Data yang didapati boleh dianalisa dengan komputer dan peribadi ditentukan. Dari data ini, strategi boleh dibentuk untuk mencapai matlamat.

“Kos oleh pakar analisa tetap tinggi. Hanya mereka yang kaya raya sahaja yang boleh upah.


“Tetapi bagi mereka yang berkepentingan dan berduit, mendapat khidmat pakar analisa big data tetap berbaloi. Fikirkanlah melalui cara ini pencuri boleh jadi hero yang didewa-dewakan,” katanya dalam satu hantaran di blognya hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, maklumat yang diperolehi boleh diputar sehingga perkara buruk menjadi baik dan perkara baik menjadi buruk.


Ujarnya, melalui pengumpulan data yang menyeluruh berkenaan individu dalam sesuatu masyarakat, maka pihak pakar analisa boleh kenal pasti sifat berkenaan apa yang disukai dan tidak disukai oleh individu berkenaan dan seterusnya oleh masyarakat.

Dengan maklumat tersebut, katanya, cara mempengaruhi fikiran majoriti anggota boleh ditentukan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/06/08/big-data-pukau-moden-jadikan-pencuri-sebagai-hero-tun-m/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Muhyiddin sudah jadi seorang diktator dakwa Tun M

 KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator. Menur...