Jumaat, 19 Jun 2020

[Gaduh saja] Kepada Khairuddin, jangan terlebih lajak macam basikal lajak kata Ketua Pemuda Amanah

Jangan terlebih lajak macam basikal lajak!

Itu nasihat Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Hafiz Roslan kepada Datuk Seri Mohd Khairuddin Abu Hassan.


“Seperti kita tidak suka dan rasa tak beradabnya bagi sahabat kita yang lain lajak mempermainkan nama parti AMANAH dan presiden, begitu juga kita tak mahu sahabat luar kita pandang parti kita.


Foto- Astro Awani

“Kita wajar serah kepada meja bulat perbincangan pucuk pimpinan. Bagi rakan sahabat seperjuangan dari parti selain AMANAH juga, jaga maruah ketua pimpinanmu, dan partimu, jangan lebih lajak sampai mempermainkan nama Presiden AMANAH dan persahabatan kita,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata demikian mengulas pandangan Datuk Seri Mohd Khairuddin Abu Hassan yang mahu Pakatan Harapan (PH) ‘menendang keluar’ Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat menidakkan permintaan menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri (PM) semula jika PH kembali berkuasa.

Malah beliau mahu PH menasihati parti lain termasuk AMANAH supaya kekal menyokong cadangan menjadikan Mahathir sebagai PM.


Menurut Hafiz setiap pucuk pimpinan saling hormat dan menjaga adab, kita semua wajar jaga maruah parti.

“Ahli Ahli AMANAH sudah biasa dengan kata kata kesat dan istilah kotor dari pihak lawan. Ramai ‘panglima- panglima’ kami bersabar, menunggu dan percaya kepada keputusan pimpinan. Kami juga ada maruah.


“Selagi mana belum ada keputusan tertinggi, jangan lajak seperti basikal lajak. Tiada brek dan bulldoze nilai persahabatan dan perjuangan bersama,” ujarnya.- MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/06/19/khairuddin-jangan-terlebih-lajak-macam-basikal-lajak/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pemimpin Umno ada kes mahkamah jangan ugut keluar PN - Bersatu Kepong

Pemimpin Umno yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah dinasihatkan supaya jangan melakukan ugutan politik mahu keluar daripada kerajaan ...