Isnin, 1 Jun 2020

Jadikan PH kerajaan yang stabil, pakatan parti yang kuat kata Amanah

Sekiranya diizinkan Allah PH kembali berkuasa, ada banyak perkara dalam yang harus menjadi muhasabah untuk pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH). Kita mahu menjadi sebuah kerajaan yang stabil, dengan pakatan parti yang kuat.


1. AMANAH

Dilihat sebagai sebuah parti masih tiada kekuatan asas. Masa yang singkat di antara tarikh penubuhan parti dan kemenangan pada PRU14 menyebabkan AMANAH belum bersedia menjadi parti yang matang. Banyak kawasan dan cawangan masih di dalam proses penubuhan dan tiada kekuatan di peringkat bawahan.



Gagal menguasai segmen pengundi utama, iaitu Melayu Islam. AMANAH diharapkan menggantikan peranan Pas dalam PH, namun sehingga kini masih dilihat tidak mampu menyaingi pengaruh Pas khususnya di kawasan tradisional Melayu Islam. Amanah masih belum dikenali dan agenda parti masih jauh dari difahami pengundi.

Walaupun AMANAH cuba mengusir fahaman sempit perkauman dan agama, ia harus insaf bahawa perubahan tidak berlaku semalam, ia memerlukan waktu untuk diubah. Kekuasan penting untuk mempastikan agenda ini mampu dibawa. AMANAH harus bijak mengimbangi di antara kehendak pembaharuan dan terus kekal berkuasa.


Terbawa sentimen anti-Pas yang tidak membawa sebarang signifikan kepada pengundi majoriti. Kebanyakan pemimpin AMANAH adalah bekas pemilihan Pas di semua peringkat. Hakikat bahawa AMANAH terbina dari serpihan Pas harus diterima. Sentimen ini masih terbawa-bawa sehingga dilihat AMANAH terlalu fokus menyerang Pas dan menenggelamkan agenda lainnya. Rakyat kebanyakan yang tidak pernah peduli romantisme ini melihat ia dengan bosan dan muak.

AMANAH harus memenangi hati pengundi Melayu Islam dengan kekuatan sendiri. Memahami pemikiran dan sentimen orang Melayu kebanyakan penting untuk meningkatkan sokongan di kalangan pengundi bukan ahli parti. AMANAH harus meyakinkan bahawa ia mampu menjadi parti yang akan menjaga hak Melayu Islam dalam kerajaan PH.


“Blue Ocean” bagi AMANAH adalah Kelantan dan Terengganu. Negeri-negeri lain telah ada pemain-pemain utamanya di kalangan PH dan Bersatu. AMANAH harus terima hakikat bahawa untuk maju ke hadapan, parti ini harus membina asas yang kukuh di Kelantan dan Terengganu. Dengan cara ini, kehadiran AMANAH dalam PH dan mana-mana blok akan dirasai bukan hanya menumpang kekuatan parti-parti lain.

Tiada ulasan:

Catat Komen

'Malas layan, PRU14 pun ahli MIC tak sokong PAS, mereka undi PH'

 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan me...