Sikap setengah-setengah pemimpin dalam Pakatan Harapan mempersendakan manifesto PRU14 dengan pelbagai alasan yang sesekali tak masuk akal telah membangkitkan kemarahan rakyat.
Menurut Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, sesetengah pemimpin Pakatan Harapan bermain-main dengan harapan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat selepas mereka menang.
Jelas Nik Nazmi, sekiranya Pakatan Harapan berjaya melaksanakan semangat manifesto yang diberikan kepada rakyat Pakatan Harapan akan berada dalam kedudukan yang selesa.
“Keadaan ini telah membangkitkan kemarahan rakyat, dan menyebabkan harapan yang subur tadi kembali pudar. Kita tewas dalam beberapa PRK, hilang sokongan bukan saja masyarakat Melayu (ketika dipimpin pemimpin yang dikatakan didokong masyarakat Melayu) malah masyarakat bukan Melayu.
“Kita memang ada melaksanakan sebahagian besar manifesto kita, tetapi kita memperlekehkannya. Saya percaya jika kita mempertahankan semangat manifesto dan berkomunikasi dengan lebih baik, kedudukan kita akan lebih baik,” kata Nik Nazmi.
Nik Nazmi berkata, Pakatan Harapan berjaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kerana mereka memberikan harapan kepada rakyat.
Parti itu dipilih menjadi kerajaan bukanlah semata-mata disebabkan individu atau parti politik tetapi harapan yang ditawarkan sehingga rakyat berani mengambil keputusan untuk menumbangkan kerajaan yang telah berkuasa lebih dari 50 tahun.
“Apabila kita diberi mandat, rakyat ingin melihat kita bebas dari rasuah dan mereformasikan institusi untuk mendapat kerajaan yang bersih. Harapan yang menggunung inilah yang menyebabkan rakyat memilih kita.
“Malangnya, sesetengah pemimpin Pakatan Harapan bermain-main dengan harapan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat. Mereka mempersendakan manifesto PRU14 dengan pelbagai alasan yang sesekali tak masuk akal,” kata Nik Nazmi.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, dengan penurunan had umur mengundi ke 18 tahun suasana politik Malaysia juga akan berubah.
Menurutnya, pengundi muda pada hari ini kebanyakannya telah muak dengan permainan politik yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat.
“Dengan akses mereka kepada teknologi dan internet, sudah tentu mereka dapat melakukan perbandingan yang kritikal. Jika kita gagal menawarkan harapan baru kepada mereka, sudah tentu mereka tidak akan memilih kita,” kata Nik Nazmi.
https://suaramerdeka.com.my/kedudukan-ph-lebih-baik-jika-mempertahankan-semangat-manifesto/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dengan Muhyiddin 'berkuasa mutlak', Dr M jangka berlaku salah guna kuasa
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata "kuasa mutlak" yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pe...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen