Sabtu, 6 Jun 2020

Muhyiddin pengecut kata Hanipa

Demikian dakwaan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang menuduh Perdana Menteri takut membentangkan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen.

Berdasarkan kenyataan yang dipetik portal Malaysiakini melalui Facebook ‘Peguam Pas – Dulu’, Mohamed Hanipa cuba mengatakan pakej yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenepikan rakyat.


Foto - The Star

“Dari rakyat kepada rakyat, tetapi tak pernah pergi Dewan Rakyat!


“Kasihan. Ketakutan menyelubungi beliau. Apa pun, dalam sistem demokrasi berparlimen, hendak isytihar apapun isytiharlah tetapi kena ingat mesti bagi Parlimen lulus,” katanya.

Bagaimanapun, dalam keadaan seluruh negara yang menghadapi tekanan ekonomi, jika dibahaskan pasti akan lambat diterima rakyat.

Berdasarkan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang begitu terang-terangan menghentam dan menolak pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, pasti sukar untuk rakyat menerima bantuan.


Dalam situasi negara tertekan dengan kesan ekonomi akibat daripada serangan pandemik Koronavirus (Covid-19), rakyat pasti mahukan bantuan segera supaya kelangsungan hidup boleh diteruskan.

Kenyataan Mohamed Hanipa itu seolah-olah merendah-rendahkan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Dalam mana-mana negara yang maju demokrasinya sesebuah kerajaan tak akan boleh biarkan walau satu pakej wang negara dibiarkan untuk dilaungkan dan dibelanjakan tak ketahuan tanpa dapat restu Parlimen.

“Kerajaan ‘tebuk atap’ kata akan terbitkan sukuk prihatin bernilai RM 500juta dengan tema ‘daripada rakyat, kepada rakyat’, tetapi tak pernah pergi Dewan Rakyat!” tempelaknya.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 bilion bagi merangsang semula ekonomi dalam jangka masa pendek.

Menerusi pakej yang dinamakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), 40 inisiatif bakal dilaksana meliputi tiga teras utama.

Teras tersebut adalah, memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.


Pakej tersebut juga merupakan tambahan perbelanjaan negara daripada Pakej Rangasangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang bernilai RM260 bilion.

https://suaramerdeka.com.my/hanipa-tuduh-muhyiddin-takut/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar

 Seorang tokoh Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar. Perkara i...