“Duit orang ramai derma kepada Armada Bersatu Enterprise terima dalam RM900 000. Dari jumlah itu, RM120 000 telah dipindahkan kedalam akaun ASB Syed Saddiq.
“Jadi bersedialah Syed Saddiq, tiada lagi Tommy Tomato (Thomas) menyelamatkan kamu kerana kes ini bakal didakwa oleh SPRM.
“Keduanya, dulu kamu ada Latifa Koya untuk selamatkan nyawa kamu, tetapi kini dia sudah tiada.” – Lokman Adam
Lokman Adam turut berkata Syed Saddiq bakal didakwa kerana memberikan keterangan palsu kepada SPRM berhubung wang RM250k yang hilang dari rumah ketua Armada tersebut.
“Syed Saddiq pada mulanya berkata duit itu datangnya dari orang ramai, maknanya duit parti.
Apabila perlembagaan Bersatu mengatakan bendahari agung parti tidak boleh memegang lebih dari RM50k, bagaimana pula ketua Armada boleh memegang RM250k.
“Oleh itu Syed Saddiq kemudian telah mengubah alasannya dengan mengatakan duit tersebut datang dari kedua ibu bapanya.” – Lokman Adam
Lokman Adam berkata demikian dalam satu video secara langsung di akaun youtube beliau. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti ditunjukkan beliau bagi mengesahkan dakwaan tersebut.
Terdahulu, The Star melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai berjumlah RM600,000 dari dua ahli pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Armada yang dipercayai disalahgunakan daripada parti itu.
Wang tunai itu dijumpai di rumah dua anggota Armada tersebut.
Sumber
https://www.tuncarlos.com/2020/06/pendedahan-bekas-menteri-bakal-didakwa.html
Tiada ulasan:
Catat Komen