Pakatan Harapan (PH) konsisten dengan pendirian mandat rakyat – yang telah diterjemahkan menerusi PRU-14 lalu – mestilah dikembalikan mengikut proses serta lunas-lunas perundangan sewajarnya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Itu kenyataan bersaa Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Mereka berkata demikian mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini yang mengancam mahu menggunakan kuasanya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya ahli politik di negeri itu masih ‘berebut’ kuasa.
Dalam kenyataan yang sama, PH mengambil maklum dan menjunjung titah Sultan Johor.
“PH Johor juga menegaskan komitmen serta keyakinan penuh terhadap amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi tulang belakang kepada negeri serta negara kita.
“PH Johor akan sentiasa berpegang teguh prinsip ini dalam apa jua keadaan termasuklah dalam mendepani situasi politik semasa yang sedang kita lalui ketika ini,” kata mereka dalam kenyataan itu.- MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2020/06/03/ph-junjung-titah-sultan-tapi-konsisten-mandat-rakyat-perlu-dikembalikan/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Muhyiddin sudah jadi seorang diktator dakwa Tun M
KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator. Menur...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen