Rabu, 10 Jun 2020

PH mahukan Dr. Mahathir sekali lagi sebagai Perdana Menteri

Jawatan Perdana Menteri jika PH kembali berkuasa kini hanya berlegar antara Dr. Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, salah seorang pemimpin Bersatu, Datuk Marzuki Yahya mengakui PH bersama sekutunya yang kini dikenali sebagai PH Plus dikatakan telah mencapaikan persetujuan bersama berhubung calon Perdana Menteri.



Marzuki Yahya, ketika ditanya media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini mengenai hal itu menjawab: “Ya”.


PH kini menggunakan PH Plus ekoran terdapat pemimpin dalam gabungan mereka yang tidak mewakili mana-mana parti politik dalam pakatan itu.

Dr. Mahathir bersama para pengikut setianya iaitu  empat ahli Parlimen Bersatu sini sedang bergelut mencabar pengguguran keahlian mereka dalam Bersatu.

Kedudukan Dr. Mahathir dan empat ahli parlimen itu sebagai ahli Bersatu dikatakan telah gugur apabila mereka berada memilih untuk memihak kepada pembangkang.


Malah kedudukan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu juga dikatakan telah lucut apabila beliau bertindak melepaskan jawatan itu.

Kemungkinan sama ada Dr. Mahathir akan menjadi perdana menteri untuk kali ketiga sejak 1981 bergantung kepada keupayaan PH untuk mengumpul sokongan bagi menumbangkan kerajaan yang kini diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan hanya kelebihan dua kerusi parlimen.


Dr. Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri pada 1981 dan memegang jawatan itu selama 22 tahun.

Selepas itu beliau memimpin pakatan itu untuk menumbangkan Barisan Nasional untuk kembali menjadi perdana menteri selama 22 bulan ekoran beliau bertindak meletakkan jawatan selepas berlaku krisis kepimpinan dalam PH.

Krisis politik selama seminggu pada penghujung Februari lalu berakhir apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac. – SM

https://suaramerdeka.com.my/ph-mahukan-dr-mahathir-sekali-lagi-sebagai-perdana-menteri/

2 ulasan:

  1. Nanti PH PLUS rampas kuasa, Dr.Mahathir jadi PM 22 hari pulak.... He5

    BalasPadam

Melayu tak daftar undi sebab lihat ahli politik seolah dirasuk syaitan kata Khalid Samad

 PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ramai orang Melayu berag...