Isnin, 22 Jun 2020

PH tetap kukuh walau ada kenyataan menyinggung kata Anwar

Pakatan Harapan masih kukuh walaupun ada perselisihan mengenai calon perdana menteri gabungan itu, kata Pengerusinya Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar yang juga presiden PKR mengakui ada perasaan yang tersinggung dan terluka akibat perselisihan pendapat itu.


"Sekarang dalam media sosial serang menyerang. Tidak adil ya.


"Ini mungkin kerana kenyataan (Anthony) Loke dan Khalid (Abdul Samad) sedikit sebanyak keras dan menyinggung dan melukakan.


Pada Jumaat, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Anwar gagal mendapatkan sokongan daripada GPS untuk merebut kembali Putrajaya.

Mereka juga tertanya-tanya dengan penolakan PKR untuk menyokong Mahathir sebagai calon perdana menteri, dengan mendakwa parti itu telah menyetujuinya ketika mesyuarat PH pada 30 Mei.

Anwar pada malam ini berkata sokongan DAP dan Amanah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, cuma satu jalan yang lebih panjang dalam usaha untuk menyokong presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

Menurut Anwar lagi, Amanah dan DAP tidak pernah terpesong daripada matlamat tersebut.

"PH itu masih kukuh. PKR, DAP, Amanah, tidak ada sedikit pun suara yang mahu melemahkan PH.

"Kita telah harungi, bukan baru dari zaman PR, sekarang PH, dan oleh demikian agenda kita jelas," katanya.


Bukan semata-mata nak rebut PM, jatuh PN

Menurut Anwar, PH bukanlah sebuah pakatan yang dibentuk hanya untuk memenuhi keperluan semasa seperti berebut untuk jawatan perdana menteri, atau semata-mata untuk menjatuhkan PN.

Sebaliknya, jelas beliau, PH adalah gabungan politik yang berdasarkan agenda reformasi dan untuk memperbaiki ekonomi rakyat.

"Ini bukan pakatan yang digabung hanya untuk memenuhi keperluan semasa.


"Hendak rebut jawatan perdana menteri sekarang atau hendak jatuhkan PN. Tidak," katanya lagi.

Anwar berkata sekarang sudah tidak ada lagi pengkhianat di dalam PH dan perselisihan pendapat antara PKR dengan DAP dan Amanah tidak bermaksud yang kedua parti itu telah melupakan jalinan persahabatan mereka.

"Ini bukannya bermakna mereka sudah lupa jasa dan khidmat (PKR). Tidak benar," jelas beliau lagi.

Baca selanjutnya https://www.malaysiakini.com/news/531217

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...