Rabu, 17 Jun 2020

PKR nafi terima Tun M kembali jadi PM

Para pemimpin PKR menafikan bahawa Pakatan Harapan+ atau PH+ telah menerima semula Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri (PM) sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya.




Sinchew Daily melaporkan, berita mengenai gandingan Mahathir dan Anwar itu telah membawa kejutan kepada akar umbi PKR.

Beberapa pemimpin PKR yang dihubungi berkata, berita tersebut perlu disahkan dan melihat ia bertentangan dengan hasil mesyuarat melibatkan pemimpin tertinggi PH, yang mencadangkan Anwar sebagai PM, sementara Dr. Mahathir sebagai Menteri Mentor.


Difahamkan, Anwar telah memanggil 38 Ahli Parlimen PKR pada Isnin dan tiada seorang pun yang menyokong Dr. Mahathir sebagai PM.

“Setakat mesyuarat PH+ pada Sabtu lalu, belum ada persetujuan yang dicapai, tetapi parti-parti masih berunding untuk menyelesaikan masalah yang ada.

“Berita ini (mengenai persetujuan supaya Dr. Mahathir menjadi PM) adalah tidak tepat, PKR telah hilang kepercayaan terhadap Dr. Mahathir, dan kami tidak akan menyokong beliau,” kata sumber kepada Sinchew Daily.


Sebuah portal berita sebelum ini telah melaporkan bahawa PH bersedia mengangkat semula Dr. Mahathir sebagai PM sementara Anwar menjadi timbalannya.

Menurut laporan itu, PH bersetuju menyokong Dr. Mahathir menjadi PM sehingga akhir tahun dan dokumen juga akan ditandatangani supaya jawatan itu diserahkan kepada Anwar. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/06/17/pkr-tak-setuju-tun-m-jadi-pm/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...